Sunday 28 July 2013

Gaza rugi RM740j

Gaza rugi RM740j
Terowong rahsia di sempadan Gaza-Mesir menjadi laluan penting untuk penghantaran pelbagai barangan ke Genting Gaza.

 BANDAR GAZA - MESIR.  Ekonomi Genting Gaza mengalami kerugian kira-kira AS$230 juta (RM740 juta) Jun lalu susulan penutupan terowong rahsia oleh pihak berkuasa Mesir.

Menteri Ekonomi, Alaa Rafati berkata, lebih 20,000 pekerja binaan hilang pekerjaan akibat daripada kekurangan bahan mentah yang biasanya dihantar menerusi laluan rahsia di sempadan Gaza-Mesir itu.

"Penghantaran bekalan yang dibenarkan melalui laluan Kerem Shalom hanya meliputi 30 peratus keperluan penduduk.

Kami tidak membantah penutupan itu tetapi Mesir perlu mencari alternatif lain seperti membuka sempadan Rafah sebagai laluan membawa masuk barangan ke Gaza," jelasnya.

Difahamkan, hampir 90 peratus projek yang dibiayai Qatar dan Turki tergendala sejak 15 Jun lalu. - Maan

Bantuan EU pada Palestin disekat


BAITULMAQDIS 27 Julai - Israel menyekat kemasukan bantuan Kesatuan Eropah (EU) kepada beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat sebagai tidak balas kepada keputusan EU melarang bantuan kewangan kepada pertubuhan Israel di wilayah Palestin yang dijajahnya itu.
Seorang pegawai Israel berkata, mereka terpaksa bertindak balas atas keputusan EU pada minggu lalu 'untuk menyekat dan memulaukan penempatan haram (Yahudi)'.
Pemimpin penempatan haram Yahudi berkata, bantuan EU adalah kecil berbanding kesan yang dibimbangi oleh EU ke atas individu atas syarikat yang terlibat dengan perniagaan di kawasan penempatan haram.
Pegawai Israel yang enggan dikenali itu berkata, Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon memutuskan untuk menggantung hubungan EU di Tebing Barat.
Yaalon telah 'membekukan projek, membatalkan mesyuarat, mengehadkan penyelerasan dan permit untuk operasi EU bagi penduduk Palestin di Tebing Barat.
Sementara itu di Brussels, Maja Kocijancic, jurucakap Ketua Hal Ehwal Luar EU, Catherine Ashton berkata, EU bimbang dengan laporan oleh media Israel itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130728/lu_05/Bantuan-EU-pada-Palestin-disekat#ixzz2aIkouDKh
© Utusan Melayu (M) Bhd