Sunday 1 September 2013

DALAM KENANGAN : TOKOH,PEJUANG DAN SYUHADA ( ASY-SYAHID SYEIKH AHMED YASSIN)



Syeikh Ahmad Yasin dilahirkan di Askalan, Palestin tahun 1937, menjadi pelarian tahun 1948 di Gaza selepas pengisytiharan Negara haran “I.s.r.a.e.l” ketika pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai. Beliau lumpuh ketika berumur 12 tahun dalam kemalangan ketika bermain dan hidup diatas kerusi roda sepanjang hayatnya selepas itu. Ketika belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah, beliau menganggotai gerakan Ikhwan Muslimin. Sekembali ke Gaza, beliau mengasaskan Pusat Islam pada tahun 1973 yang kemudiannya banyak mempengaruhi institusi-institusi pendidikan lain di Gaza. Pernah dihukum penjara 13 tahun mulai 1984 atas tuduhan memiliki senjata, mengasaskan gerakan penentangan terhadap Israel, namun beliau dibebaskan pada tahun berikutnya atas pertukaran banduan.

Pada tahun 1987, bersama dengan beberapa tokoh, Syeikh Ahmad Yasin mengasaskan gerakan HAMAS bermisikan tarbiyah umat dan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Barat.

Setiap hari beliau mempunyai jadual yang berbeza akan tetapi ada jadual yang tetap iaitu bangun sejam sebelum azan Subuh untuk membaca Al-Quran dan solat sehingga azan. Selepas solat Subuh, beliau menyambung membaca Al-Quran dan berehat seketika kerana beliau hanya tidur selama 2 jam diwaktu malamnya. Ini adalah kerana, para tetamu selalunya selesai dilayan kesemuanya sehingga jam 1 atau 2 selepas tengah malam. Beliau bangun jam 9 atau 10 pagi., bersaparan dan pergi ke pejabatnya iaitu sebuah bilik di rumahnya sendiri. Dikala itu, keadaan di Gaza tidak seperti sebuah negara seperti hari ini. Pejabatnya yang berupa sebuah bilik di rumahnya itulah seperti kerajaan, bahkan negara dengan segala agensi-agensinya. Di situ berlaku perjumpaan politik, temubual wartawan, kuliah agama dan pentadbiran gerakan. Di situ juga zakat dan derma dikumpulkan dan diagihkan. Di situ perbalahan dalam masyarakat dihakimi dan dileraikan, permasalahan keluarga diselesaikan dan apa sahaja isu yang tergambar difikiran seseorang. Di situ juga tempat orang datang meminta pertolongan mencari pekerjaan, jodoh pasangan atau mencari penyelesaian melanjutkan pelajaran.

Isteri beliau, Hajjah Halimah Yaasin atau dipanggil Ummu Muhammad berkata, “Ustaz seorang yang hebat jiwanya, memiliki kesemua pengertian kemanusiaan. Beliau sentiasa redha terhadaap kami, senyuman jarang terpisah dari bibirnya. Kam benar-benar kehilangannya namun beliaau telah mendapat apa yang dicita-citakannya (syahid).

“Syahid adalah cita-cita beliau yang tertinggi. Itulah doa beliau yang sering dilafazjkan dihari-harinya yang terakhir. Beliau telah lama merinduinya. Alhamdulillah, beliau mendapat syahid ketika dia amat memerlukannya iaitu ketika penyakit-penyakit yang beliau hadapi sudah sampai ke peringkat kronik. Kehidupannya teratur. Masanya dibahagikan kepada ibadah, amal siyasi dan kemasyarakatan. Adakalanya beliau mengambil kesempatan membimbing keluarganya dan memberi kasih sayangkepada cucu-cucunya.

Beliau bangun sejam sebelum subuh, berwudhuk, bersiap untuk solat di Masjid Al-Mujammak Al-Islamy yang terletak di Hayyu Faisaly. Selepas solat subuh beliau menyampaikan kuliah kepada jemaaah surau dan kemudian ke pejabatnya untk meneliti surat-surat yang tiba. Selepas itu beliau membuka Pejabatnya kepada sesiapa yang datang berurusan, mendengar permasalahan mereka dengan teliti dan menghulurkan bantuan di nama yang termampu.

Beliau sentiasa memastikan dirinya menjadi contoh tauladan dalam semua aspek hidup dan perjuangan. Walaupun dalam keadaan sakit, kemahuannya yang kuat sering mengalahkan semangat orang-orang lain yang sihat, terutama dalam berkhidmat kepada masyarakat sekelilingnya.

Seorang anak perempuan Syeikh Ahmad Yasiin bernama Maryam berkata, “Dia adalah seorang ayah yang penyayang yang telah menganugerahkan kepada kami kasih sayang yang tiada hadnya. Sungguh kehilangannya bukan sahaja kehilangan buat kami, malah kehilangan buat umat ini. Beliau sangat tersusun dalam urusannya, seimbang dalam tiap aspek, untuk keluarganya, untuk Dakwahnya, tidak lupa bersama kami dalam memberikan kasih saying. Beliau adalah murabbi, sangat menepati sebarang temujanji, tidak mengeluh walaupun sakit kerana lumpuhnya memuncak, sebaliknya sentiasa bermanis muka sambil memuji Allah swt. Beliau sangat tawadhuk, tidak pernah menolak makanan yang dihidang, menyukai kanak-kanak, gembira bila melihat mereka bersuka ria. Yang paling meyempitkan jiwanya ialah bila mendengar mereka menangis. Beliau mempunyai 3 anak lelaki, 8 anak perempuan dan 40 cucu. Dia tidak bertangguh dalam membantu saya walaupun jika terpaksa menggunakan dulu wang perbelanjaan rumah.''ujar Maryam.

#SEMOGA ROH NYA DI CUCURI RAHMAT,DI TEMPATKAN DI TEMPAT YANG MULIA DI SISI ALLAH BERSAMA PARA SYUAHADA YANG LAIN NYA ..AL FATIHAH

KENALI SYUHADA: ASY-Syahid Ibraheem Al Farra,

KENALI SYUHADA: ASY-Syahid Ibraheem Al Farra,dari pasukan Brgade Izzudin Al Qassam Sayap Tentera Harakat Al Muqawwama Al Islamiya,posisi Mujahid barisan hadapan bagi wilayah Al Quds,gugur dalam pertempuran menentang pasukan Yahudi Laknatullah rejim Israel.

MANIS NYA SENYUM SYUHADA: ASY-SYAHID MAHMOUD AL MABHOUH.



Posisi sebagai Mujahid dari Pasukan Brigade Izzudin Al Qassam,Palestine..

#Semoga roh nya di cucuri rahmat,di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,di tempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah bersama para syuhada yang lain nya.Al Fatihah untuk Asy-Syahid#