Wednesday 30 November 2016

Mahmud Abbas dipilih semula terajui Parti Fatah

DUNIA SELASA, 29 NOVEMBER 2016 @ 11:41 PM

Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmud Abbas dipilih semula sebagai pemimpin Parti Fatah hari ini pada kongres pertama pergerakan itu dalam tempoh tujuh tahun, kata jurucakap Fatah. Jurucakap Fatah, Mahmud Abu al-Hija, berkata pemimpin berusia 81 tahun itu dilantik semula untuk mengetuai Fatah, sebuah pergerakan terbesar dan tertua Palestin dalam undi sebulat suara, hari ini. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/218214

Tuesday 29 November 2016

Api di Israel mula padam






SEBUAH pesawat memadamkan api di penempatan Halamish, barat laut Ramallah berhampiran Kampung Nabi Saleh di Tebing Barat kelmarin. - AFP

BAITULMUQADDIS – Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan penempatan di Tebing Barat yang memaksa berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan rumah dan menyaksikan lebih 20 orang ditahan, kata pihak berkuasa semalam.

“Tidak ada lagi kebakaran yang aktif. Sejak malam semalam, suasana agak aman, kami tidak mempunyai sebarang aktiviti,” kata jurucakap perkhidmatan kebakaran dan keselamatan, Yoram Levy kepada AFP.

Sejak Selasa lalu, anggota bomba Israel berhempas-pulas memadamkan kebakaran belukar yang melanda seluruh negara dan tiba di bandar utama, Haifa pada hari Khamis sekali gus memaksa beribu-ribu orang meninggalkan kediaman mereka.

Pesawat pemadam kebakaran dari Israel dan beberapa negara termasuk Rusia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada turut membantu menyiram bertan-tan air untuk mengawal kebakaran.

Palestin turut menyertai usaha tersebut dengan menghantar 41 orang anggota bomba bersama lapan jentera.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut berterima kasih kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas kerana membantu negara itu mengawal kebakaran.

Netanyahu menghubungi Mahmud di sebelah petang kelmarin untuk melahirkan rasa terima kasih atas bantuan yang diberikan, kata kenyataan pejabat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Israel mengesyaki bahawa beberapa kebakaran mungkin dikaitkan dengan jenayah rentetan daripada konflik Israel-Palestin.

Polis telah menahan 23 orang suspek yang disyaki dan menyoal siasat tujuh yang lain.

Lebih 404 hektar tanah di utara Israel musnah dalam kebakaran tersebut. Cuaca kering dan berangin menjadi punca kebakaran merebak dengan pantas, menurut pegawai alam sekitar Israel. – Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4RODUgQCk
Hakcipta terpelihara 

Monday 28 November 2016

23 ditahan insiden kebakaran di Israel


28 NOVEMBER 2016

23 ditahan insiden kebakaran di Israel


23 ditahan insiden kebakaran di Israel Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran di bandar Haifa, utara Israel itu, Jumaat lalu.
TEL AVIV - Pihak berkuasa menahan 23 suspek disyaki ada kaitan dengan insiden kebakaran besar melanda seluruh kawasan tengah dan utara Israel.

Kelmarin, jurucakap polis, Luba Samri memaklumkan jumlah insiden dilaporkan adalah lebih 1,500 kebakaran.

"Ia adalah dua kali ganda daripada jumlah biasa. Kebakaran itu mungkin berpunca daripada kecuaian atau perbuatan khianat," jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk mengucapkan terima kasih atas penghantaran bantuan jentera bersama anggota untuk mengawal kebakaran itu.

Khamis lalu, Pertahanan Awam Palestin berpusat di Ramallah, Tebing Barat menghantar lapan jentera pemadam kebakaran sebagai respons terhadap rayuan bantuan Tel Aviv.    

Dalam perkembangan berkaitan, puluhan ribu penduduk di bandar pelabuhan Haifa yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - CNN

Israel selesai padam kebakaran

DUNIA ISNIN, 28 NOVEMBER 2016 @ 11:19 AM

ANGGOTA bomba memadamkan sisa kebakaran di Hadera, utara Israel. - Foto AFP

TEL AVIV: Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan Tebing Barat selama lima hari dan memaksa puluhan ribu penduduk menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa yang menyalahkan tragedi itu ke atas perbuatan membakar.

 Tiada kematian setakat ini tetapi 112 orang dirawat kerana mengalami kecederaan, kebanyakannya disebabkan terhidu asap, kata pegawai perubatan. Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah apabila kebakaran yang disemarakkan dengan angin kencang dan kemarau membakar ribuan hektar kawasan. Sejak beberapa hari lalu, pesawat bomba dari pelbagai negara dilihat terbang rendah di kawasan bukit di Tebing Barat dan Israel untuk menggugurkan air dan bahan mengawal kebakaran.

 Pada satu ketika minggu lalu, kebakaran berlaku di kawasan berhampiran Baitulmaqdis, dan penduduk cuma mampu kembali melihat rumah mereka yang rentung. "Tiada lokasi aktif yang tinggal. Sejak malam kelmarin, keadaan agak tenang. Kami tiada aktiviti baru," kata jurucakap bomba, Yoram Levy. Menurut Levy, bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, termasuk 20 kebakaran besar.

Pihak berkuasa Israel mengesyaki sebahagian tragedi itu disengajakan dan berkaitan dengan konflik Israel-Palestin. Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat setakat ini dipastikan akibat perbuatan khianat, tanpa memberikan butiran lanjut. Bercakap di kawasan penempatan Israel di Halamish di Tebing Barat, lokasi puluhan rumah rosak pada hujung minggu, beliau berkata Israel perlu bertindak balas kepada perbuatan khianat itu dengan membina lebih banyak penempatan.

Polis menangkap 23 orang yang disyaki memulakan kebakaran dan menyoal siasat tujuh lagi. Bagaimanapun, pihak Palestin turut menyertai usaha antarabangsa memadamkan kebakaran yang merebak pantas dan turut berhadapan kerosakan tanaman dan rumah. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217645

Sunday 27 November 2016

Militan mengaku bertanggungjawab kebakaran di Israel


27 NOVEMBER 2016
Militan Palestin mengaku bertanggungjawab


Militan Palestin mengaku bertanggungjawab Israel turut mendapat bantuan daripada Palestin dalam usaha memadamkan kebakaran di Haifa.
HAIFA - ISRAEL. Sebuah kumpulan militan Palestin yang bersekutu dengan al-Qaeda mendakwa mereka bertanggungjawab di atas kebakaran di negeri tersebut yang memaksa lebih 80,000 rakyatnya meninggalkan rumah mereka lapor Dailymail.

Kumpulan Salafi Palestin Ma’sadat al-Mujahideen mengakui terlibat dengan kebakaran di bandar ketiga terbesar Israel. Polis menahan 12 orang yang mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Setakat ini kebakaran adalah terkawal namun polis memberi amaran meminta agar rakyat bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Wakil Yayasan Jamestown yang mengawasi pengganas memberitahu The Independent mengatakan dakwaan kumpulan Ma’sadat al-Mujahideen itu turut mengundang persoalan.

“Walaupun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut menimbulkan persoalan, bagaimanapun, daripada rekod sedia ada menunjukkan mereka sering menggunakan api sebagai senjata jihad.

“Terdapat satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Gabungan Belia Intifada turut mengaku bertanggungjawab terhadap kebakaran ini pada Khamis lalu,” katanya.

Pada masa ini, penduduk yang dipindahkan dari rumah mereka tidak dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka.

Sementara itu, Perdana Menteri Isreal, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat dan mendakwa orang-orang terlibat adalah bersifat pengganas.

Beberapa orang rakyat Palestin ditahan dalam cubaan menyalakan api berhampiran penempatan Israe di Kochav Yaakov di Tebing Barat manakala seorang lagi lelaki ditangkap di bawah tuduhan menghasut selepas menyiarkan mesej hasutan di laman Facebook.

Polis Palestin bongkar rangkaian seludup tengkorak manusia

DUNIA AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 10:12 AM



RAMALLAH: Perkhidmatan Keselamatan Palestin (PPS) membongkar rangkaian jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan mengerikan di Tebing Barat. PPS menangkap empat anggota rangkaian itu yang pakar dalam mengorek semula mayat dan kemudian menjual tengkorak kepada kumpulan lain untuk kegunaan menghasilkan dadah. Anggota kumpulan dari Hebron dan Jericho itu memiliki tujuh tengkorak manusia ketika ditangkap. Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPS, maklumat diterima mengenai sekumpulan lelaki berusia antara 20 dan 35 tahun, dan selepas itu pegawai ditugaskan menyiasat kes itu dan menangkap suspek.

 Kenyataan berkata, pada awalnya pegawai menahan seorang lelaki yang digambarkan paling lemah dalam kumpulan itu, suspek dari Hebron yang kemudian memberi keterangan mengenai rakan subahatnya. Keseluruhan anggota kumpulan ditahan dan disoal siasat, dan mengaku melakukan jenayah itu. Pegawai kanan keselamatan memberitahu kumpulan itu menjual tengkorak yang dapat dikorek dari kubur kepada rangkaian lain untuk digunakan dalam penghasilan heroin.

Beliau berkata, siasatan insentif masih dibuat untuk memburu dan menangkap anggota lain kumpulan itu dalam kes berkenaan. Siri jenayah itu menyebabkan penduduk Palestin di wilayah berkenaan bimbang dengan apa yang mungkin berlaku kepada mayat keluarga dan rakan mereka. Pengguna media sosial juga berkongsi kebimbangan selepas kenyataan dikeluarkan, dan penduduk menuntut anggota rangkaian itu dikenakan hukuman paling berat. Menurut suspek, tengkorak manusia dijual pada harga 15,000 shekel (RM17,313), dengan harga lebih tinggi bagi tengkorak lama. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217336

Netanyahu ucap terima kasih kepada Abbas atas bantuan

AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 12:08 PM
PASUKAN Bomba Palestin bersama pasukan keselematan Israel ketika dalam operasi memadamkan kebakaran. - Foto AFP  

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghubungi Presiden Mahmoud Abbas pada Sabtu untuk menyatakan penghargaan kerana menghantar pasukan bomba bagi membantu memadamkan kebakaran hutan di wilayah Yahudi itu.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) menghantar lapan kereta bomba dan berpuluh anggota untuk tujuan itu. "Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, petang ini menghubungi Pengerusi PA, Abu Mazen, dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menghantar pasukan bomba untuk membantu memadamkan api.

"Netanyahu juga menghargai jasa baik penduduk Arab dan Yahudi yang memberi perlindungan kepada mangsa kebakaran," menurut kenyataan, merujuk Abbas dengan nama panggilannya.

 Pasukan bomba Israel bergelut mengawal kebakaran yang sudah merebak ke seluruh bandar raya ketiga wilayah itu, Haifa, dan memaksa puluhan ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing hari keempat berturut-turut.

Pasukan bomba yang dibantu pesawat khas, yang disediakan beberapa negara termasuk Russia, berusaha mengawal kebakaran besar di banyak wilayah, termasuk berhampiran Baitulmaqdis, yang bermula sejak 22 November lalu.

Menurut laporan, anggaran 748 hektar hutan dan kawasan pedalaman musnah dalam kebakaran hutan itu di seluruh wilayah dan puluhan terpaksa dipindahkan dari Haifa. Sekurang-kurangnya 132 penduduk bandar raya itu dirawat di hospital dengan kecederaan disebabkan bencana itu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217363

Kebakaran di Israel dapat dikawal selepas lima hari

DUNIA AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 8:50 PM


ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Hadera, Israel. - Foto AP

BAITULMAQDIS: Anggota bomba dapat memadam kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Israel dan di Tebing Barat sejak lima hari lalu.

Kebakaran yang didakwa pihak berkuasa berpunca perbuatan khianat menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Tiada kematian namun 122 orang dirawat kerana cedera, terutama menyedut asap, kata pegawai perubatan.

Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah ketika kebakaran yang diburukkan lagi angin kencang dan cuaca kering. Pesawat bomba daripada sejumlah negara dilihat menyembur bertan-tan air dan bahan kalis api di kawasan bukit dan jajahan Tebing Barat. Pada satu ketika minggu lalu, api marak di kawasan berhampiran bandar ini dan penduduk hanya mampu melihat rumah dan premis perniagaan rentung.

"Tiada lagi kawasan kebakaran aktif yang tertinggal. Sejak malam semalam, suasana agak tenang. Tiada aktiviti baharu," kata jurucakap perkhidmatan bomba dan penyelamat Yoram Levy. Menurut Levy, anggota bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, dengan 20 daripadanya kebakaran besar.

Pihak berkuasa Israel mengesyaki, sesetengah kebakaran dimulakan dengan sengaja dan dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin. Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, hari ini dilaporkan berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat dikenal pasti perbuatan khianat, tanpa memberi butiran lanjut. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217476

Warga Arab gembira Israel terbakar






AGENSI - IMAM Kuwait, Mishary Rashid al-Afasy turut memuat naik status di Twitter mengenai kebakaran di Israel.

RAMALLAH – Golo­ngan netizen di bumi Arab bergembira dengan bencana kebakaran belukar yang me­nimpa Israel apabila laman sosial rantau itu dipenuhi hashtag seperti #Israelisburning (Israel terbakar), #theZionistentityisburning (entiti Zionis terbakar) dan #TelAviv_IsBurning (Tel Aviv Terbakar), lapor portal berita IBT semalam.

Hashtag #Israelisbur­ning juga muncul sebagai yang ketiga popular di internet sejak 24 jam lalu.

Masyarakat Arab terutamanya penduduk Pa­lestin percaya tragedi di Israel itu sebagai balasan di atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Malah, sesetengah mereka turut mendoakan kemusnahan yang lebih teruk di seluruh bumi Israel.

Portal Ynetnews memetik seorang pengguna Twitter sebagai berkata: “Semua jiran Israel harus membantu - saya cadangkan mereka menghantar pesawat yang dipenuhi dengan minyak petrol dan menyimbahnya ke kawasan kebakaran.”

Seorang lagi pengguna menulis: “Tuhan, tambah lebih api kepada mereka sehingga pengakhirannya.”

Ketua Keselamatan Awam di Dubai, Dhahi Khalfan Tamim menulis di Twitter: “Israel mengharamkan laungan azan dan dibalas dengan api.”

Imam dari Kuwait, Mishary Rashid al-Afasy turut menulis: “Selamat berjaya kepada api yang membakar.”

Namun, beberapa penyokong Israel turut menggunakan medium yang sama untuk melahirkan rasa marah mereka terhadap mesej kebencian itu.

Seorang pengguna menulis: “Sebagai seorang yang beragama Islam, saya malu apabila melihat orang Islam bergembira dengan hashtag sebegini. Kuatkan semangat Israel dan moga anda dapat mengatasi masalah ini #israelisburning. – Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4RBYvKHHy
Hakcipta terpelihara 

Beratus kediaman rosak



Agensi
am@hmetro.com.my


Baitulmaqdis: Pihak berkuasa Palestin, hari ini, menawarkan pasukan bombanya untuk membantu Israel yang terbakar, terutama di bandar ketiga terbesarnya, Haifa.

Sehingga ini, rejim itu masih bertarung untuk mengekang lebih 12 kebakaran lain di seluruh negara itu, pada hari keempat berturut-turut.

Sehingga petang ini, kira-kira 60,000 penduduk masih belum kembali ke rumah masing-masing selepas menyelamatkan diri daripada kebakaran besar di Haifa itu.


Polis dan bomba masih berada di sekitar bandar berkenaan kerana bimbang kebakaran merebak semula memandangkan cuaca kering dan berangin.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, puluhan penduduk dimasukkan ke hospital kerana terhidu asap manakala beratus kediaman rosak.

Dalam langkah yang dianggap pelik, rejim Zionis itu mengerahkan pasukan simpanan tentera menyertai polis dan tentera serta menggunakan beberapa pesawat yang dihantar beberapa negara untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, sebuah kampung kecil Yahudi di kawasan hutan berhampiran Baitulmaqdis dipindahkan, pagi ini, apabila beberapa rumah terbakar.


Menurutnya, 12 penduduk ditangkap kerana didakwa memulakan kebakaran dengan sengaja.

Pemimpin rejim Israel berkata, ada kemungkinan penyerang Arab sengaja mencetuskan kebakaran itu.

Ketua Polis Israel, Roni Alsheich memberitahu wartawan, siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat dan ‘bermotifkan politik’.

Ia bermula tiga hari lalu di Neve Shalom, berhampiran Baitulmaqdis, disusuli dengan kebakaran di Zichron Yaakov, utara Israel dan kawasan lain berhampiran Baitulmaqdis sebelum merebak ke Haifa.

Beberapa negara, termasuk Russia, Perancis, Cyprus, Turki, Croatia, Greece dan Itali menghantar bantuan memerangi kebakaran itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 6:47 PM

Kebakaran merebak ke Tebing Barat



SEBUAH restoran di Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis musnah dalam kebakaran. - AFP
Agensi
Baitulmaqdis: Kebakaran di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis memaksa ratusan pendatang meninggalkan kediaman masing masing selepas pemindahan besar-besaran di kawasan lain di Israel.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Zionis berkata, lebih 12 orang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran besar yang berlaku sejak Khamis lalu.

Bomba Israel dan Palestin dengan dibantu pesawat asing berusaha memadamkan puluhan kebakaran liar yang diburukkan dengan musim kering dan angin kencang.

Dalam kebakaran terbaru, 1,000 penduduk penempatan Yahudi di Halamaish berhampiran Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 rumah rosak atau musnah akibat terbakar, kata jurucakap polis rejim berkenaan.

Kebakaran juga berlaku berhampiran penempatan Yahudi di Dolev, Alfei Menashe dan Karnei Shomron, semuanya di Tebing Barat.

Bagaimanapun, belum ada pemindahan berlaku di kawasan itu.

Pesawat memerangi kebakaran dari beberapa negara, termasuk Russia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada digunakan untuk menggugurkan air di kawasan kebakaran, termasuk Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis.

Sebuah pesawat Supertanker dari Amerika Syarikat, pesawat bomba terbesar di dunia yang baru tiba, turut menyertai operasi itu semalam.

Polis berkata, mereka menangkap 14 orang yang disyaki menyebabkan kebakaran itu secara sengaja atau tidak.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Di Haifa, bandar ketiga terbesar Israel, puluhan ribu penduduk yang dipindahkan Khamis lalu, mula kembali ke rumah masing-masing untuk menilai kerosakan.

Pemimpin Zionis berkata, mereka mengesyaki kebakaran itu sengaja dilakukan penduduk Arab Israel atau Palestin.

Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Arab Israel menyangkal dakwaan itu dengan berkata, penduduk keturunan Arab yang mewakili 17.5 peratus populasi Israel juga terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Pihak berkuasa Palestin turut menyertai usaha memadamkan kebakaran dengan menghantar 41 anggota bomba dan lapan trak ke Haifa, tempat kira-kira 200 keluarga hilang tempat tinggal.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 9:46 AM

Peduduk Yahudi lari, kebakaran belukar merebak ke Tebing Barat




SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Nataf, dekat Baitulmuqaddis kelmarin. - REUTERS


BAITULMUQADDIS – Kebakaran belukar berdekatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah Israel memaksa beratus-ratus orang meninggalkan kediaman mereka, kata polis semalam.
Situasi itu berlaku ketika anggota bomba Israel dan Palestin dengan dibantu sebilangan pesawat asing, bertungkus-lumus memadamkan kebakaran belukar yang tersebar akibat cuaca kering dan angin kencang.
Sebelum ini, lebih 80,000 orang di bandar ketiga terbesar di Israel, Haifa dan beberapa kawasan lain telah berpindah.
Sekitar 1,000 penduduk di penempatan Halamish dekat Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 kediaman musnah atau rosak dalam kebakaran itu.
Kebakaran juga dilaporkan berlaku berdekatan penempatan ha­ram Doleve dan Karnei Shomron dekat Tebing Barat.
Sejumlah pesawat pemadam api adalah dari Israel dan negara-negara seperti Rusia, Turki, Greece, Perancis dan Kanada terus menggugurkan bertan-tan air di beberapa lokasi termasuk Kampung Nataf dekat Baitulmuqaddis.
Sementara itu, polis Israel mengumumkan telah menangkap 14 orang kerana disyaki cuai atau mencetuskan kebakaran dengan sengaja tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut tentang identiti mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RBQ6riaT 
Hakcipta terpelihara 

Kebakaran merebak ke Tebing Barat




SEBUAH restoran di Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis musnah dalam kebakaran. - AFP



Agensi
Baitulmaqdis: Kebakaran di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis memaksa ratusan pendatang meninggalkan kediaman masing masing selepas pemindahan besar-besaran di kawasan lain di Israel.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Zionis berkata, lebih 12 orang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran besar yang berlaku sejak Khamis lalu.

Bomba Israel dan Palestin dengan dibantu pesawat asing berusaha memadamkan puluhan kebakaran liar yang diburukkan dengan musim kering dan angin kencang.

Dalam kebakaran terbaru, 1,000 penduduk penempatan Yahudi di Halamaish berhampiran Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 rumah rosak atau musnah akibat terbakar, kata jurucakap polis rejim berkenaan.

Kebakaran juga berlaku berhampiran penempatan Yahudi di Dolev, Alfei Menashe dan Karnei Shomron, semuanya di Tebing Barat.

Bagaimanapun, belum ada pemindahan berlaku di kawasan itu.

Pesawat memerangi kebakaran dari beberapa negara, termasuk Russia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada digunakan untuk menggugurkan air di kawasan kebakaran, termasuk Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis.

Sebuah pesawat Supertanker dari Amerika Syarikat, pesawat bomba terbesar di dunia yang baru tiba, turut menyertai operasi itu semalam.

Polis berkata, mereka menangkap 14 orang yang disyaki menyebabkan kebakaran itu secara sengaja atau tidak.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Di Haifa, bandar ketiga terbesar Israel, puluhan ribu penduduk yang dipindahkan Khamis lalu, mula kembali ke rumah masing-masing untuk menilai kerosakan.

Pemimpin Zionis berkata, mereka mengesyaki kebakaran itu sengaja dilakukan penduduk Arab Israel atau Palestin.

Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Arab Israel menyangkal dakwaan itu dengan berkata, penduduk keturunan Arab yang mewakili 17.5 peratus populasi Israel juga terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Pihak berkuasa Palestin turut menyertai usaha memadamkan kebakaran dengan menghantar 41 anggota bomba dan lapan trak ke Haifa, tempat kira-kira 200 keluarga hilang tempat tinggal.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 9:46 AM

Saturday 26 November 2016

80,000 berpindah, 700 rumah di Haifa musnah




AFP - KEPULAN asap dari sebuah rumah selepas kebakaran merebak di bandar Haifa, utara Israel kelmarin.


HAIFA – Lebih 80,000 orang berpindah dari kediaman mereka di Haifa, kata pihak berkuasa kelmarin ketika kebakaran belukar turut berlaku dekat Baitulmuqaddis dan beberapa kawasan lain di Israel.
Sekurang-kurangnya 700 rumah Haifal musnah dijilat api yang menjulang tinggi.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, kebakaran di serata Israel itu akan dianggap tindakan keganasan sekiranya terdapat bukti ia sengaja dilakukan.
Netanyahu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau mempercayai enam kebakaran di Haifa, utara Israel dan kawasan lain dilakukan dengan sengaja.
Terdahulu, agensi meteo­rologi Israel menyatakan bahawa cuaca kering dan angin yang kuat menyebabkan api merebak dengan cepat.
Setakat kelmarin, lima negara termasuk Rusia dan Turki menghantar pesawat pemadam kebakaran ke Israel bagi membantu me­madamkan api.
Beberapa pegawai berkata, kira-kira 10 pesawat dari Croatia, Cyprus, Greece dan Itali juga telah tiba atau dalam perjalanan ke Israel.
Media tempatan melaporkan sebuah pesawat bom air akan tiba dari Amerika Syarikat dalam tempoh 24 jam.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa saksi berkata, Haifa yang merupakan bandar ketiga terbesar di Israel kelihatan se­perti zon perang.
Kebakaran belukar itu bermula malam Isnin lalu berhampiran kampung Neve Shalom yang di­diami orang Yahudi dan Arab.
Dalam perkembangan terbaru, polis Israel menangkap 12 orang kerana disyaki sengaja me­lakukan kebakaran di tengah dan utara negara itu.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Gilad Erdan menyatakan mereka yang ditahan terdiri daripada warga Israel berketurunan Arab ataupun penduduk Palestin.
Kebakaran di Haifal telah dapat dikawal semalam. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4R7jwPZyL 
Hakcipta terpelihara 

Israel kawal kebakaran di Haifa




KEADAAN kebakaran di Haifa, utara Israel, kelmarin.



Agensi
Baitulmaqdis: Israel semalam berjaya mengawal kebakaran di Haifa, bandar ketiga terbesarnya yang menyebabkan puluhan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Bagaimanapun, rejim itu masih bertarung untuk memadamkan lebih 12 kebakaran lain di seluruh negara itu, hari keempat berturut-turut.

Sehingga petang semalam, kira-kira 60,000 penduduk masih belum kembali ke rumah masing-masing selepas menyelamatkan diri dari kebakaran besar di Haifa itu.

Polis dan bomba masih berada di sekitar bandar berkenaan kerana bimbang kebakaran merebak semula.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, puluhan penduduk dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan akibat terhidu asap. Ratusan rumah rosak.

Dalam langkah yang dianggap pelik, rejim Zionis itu mengerahkan pasukan simpanan tentera menyertai polis dan bomba serta menggunakan beberapa pesawat yang dihantar beberapa negara untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, penduduk sebuah kampung kecil Yahudi di kawasan hutan berhampiran Baitulmaqdis dipindahkan pagi semalam apabila beberapa rumah terbakar.

Menurutnya, 12 orang ditangkap kerana didakwa memulakan kebakaran dengan sengaja.

Pemimpin rejim Israel berkata, ada kemungkinan penyerang Arab sengaja mencetuskan kebakaran itu.

Ketua Polis Israel, Roni Alsheich memberitahu wartawan, siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat dan ‘bermotifkan politik.’

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Gilad Erdan, menuduh kumpulan minoriti, merujuk kepada sama ada penduduk Arab warga Israel atau rakyat Palestin, bertanggungjawab.

Menteri Pelajaran, Naftali Bennett, ketua parti pelampau Yahudi berkata, penduduk Yahudi tidak mungkin memulakan kebakaran itu, sebaliknya menyalahkan ‘pengganas nasionalis,’ merujuk kepada penduduk Palestin.

Pemimpin Palestin tidak mengulas mengenai kebakaran itu. Bagaimanapun, Ayman Odeh, tokoh politik Arab di Israel membantah dakwaan penduduk Arab bertanggungjawab, sebalik ya mendakwa rejim Israel mengambil kesempatan untuk memburukkan penduduk minoriti Arab.

Kebakaran bermula tiga hari lalu di Neve Shalom, berhampiran Baitulmaqdis, disusuli dengan kebakaran di Zichron Yaakov, utara Israel dan kawasan lain berhampiran Baitulmaqdis sebelum merebak ke Haifa.

Beberapa negara, termasuk Russia, Perancis, Cyprus, Turki, Croatia, Greece dan Itali menghantar bantuan memadamkan kebakaran itu.

Pihak berkuasa Palestin turut menawarkan pasukan bombanya untuk membantu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 5:08 AM

Israel kawal kebakaran di Haifa




KEADAAN kebakaran di Haifa, utara Israel, kelmarin.



Agensi
Baitulmaqdis: Israel semalam berjaya mengawal kebakaran di Haifa, bandar ketiga terbesarnya yang menyebabkan puluhan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Bagaimanapun, rejim itu masih bertarung untuk memadamkan lebih 12 kebakaran lain di seluruh negara itu, hari keempat berturut-turut.

Sehingga petang semalam, kira-kira 60,000 penduduk masih belum kembali ke rumah masing-masing selepas menyelamatkan diri dari kebakaran besar di Haifa itu.

Polis dan bomba masih berada di sekitar bandar berkenaan kerana bimbang kebakaran merebak semula.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, puluhan penduduk dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan akibat terhidu asap. Ratusan rumah rosak.

Dalam langkah yang dianggap pelik, rejim Zionis itu mengerahkan pasukan simpanan tentera menyertai polis dan bomba serta menggunakan beberapa pesawat yang dihantar beberapa negara untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, penduduk sebuah kampung kecil Yahudi di kawasan hutan berhampiran Baitulmaqdis dipindahkan pagi semalam apabila beberapa rumah terbakar.

Menurutnya, 12 orang ditangkap kerana didakwa memulakan kebakaran dengan sengaja.

Pemimpin rejim Israel berkata, ada kemungkinan penyerang Arab sengaja mencetuskan kebakaran itu.

Ketua Polis Israel, Roni Alsheich memberitahu wartawan, siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat dan ‘bermotifkan politik.’

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Gilad Erdan, menuduh kumpulan minoriti, merujuk kepada sama ada penduduk Arab warga Israel atau rakyat Palestin, bertanggungjawab.

Menteri Pelajaran, Naftali Bennett, ketua parti pelampau Yahudi berkata, penduduk Yahudi tidak mungkin memulakan kebakaran itu, sebaliknya menyalahkan ‘pengganas nasionalis,’ merujuk kepada penduduk Palestin.

Pemimpin Palestin tidak mengulas mengenai kebakaran itu. Bagaimanapun, Ayman Odeh, tokoh politik Arab di Israel membantah dakwaan penduduk Arab bertanggungjawab, sebalik ya mendakwa rejim Israel mengambil kesempatan untuk memburukkan penduduk minoriti Arab.

Kebakaran bermula tiga hari lalu di Neve Shalom, berhampiran Baitulmaqdis, disusuli dengan kebakaran di Zichron Yaakov, utara Israel dan kawasan lain berhampiran Baitulmaqdis sebelum merebak ke Haifa.

Beberapa negara, termasuk Russia, Perancis, Cyprus, Turki, Croatia, Greece dan Itali menghantar bantuan memadamkan kebakaran itu.

Pihak berkuasa Palestin turut menawarkan pasukan bombanya untuk membantu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 5:08 AM

Friday 25 November 2016

Berpuluh ribu penduduk Israel pindah akibat kebakaran belukar

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 7:21 AM

API marak menyala membakar pokok dan hutan berhampiran perumahan di Haifa. - Foto AP

HAIFA: Berpuluh-puluh ribu penduduk di bandar Haifa, bandar ketiga di Israel, terpaksa berpindah berikutan kebakaran besar belukar, semalam, ketika bomba berusaha mengawal kebakaran di seluruh negara. Sebahagian penduduk terperangkap di dalam rumah mereka ketika tentera meminta bantuan pasukan simpanan untuk membantu memadamkan api yang kini masuk hari ketiga. Pihak berkuasa mendakwa kebakaran itu mungkin sengaja dibuat. "Api semakin marak dan merebak dari rumah ke rumah. Suasana amat menakutkan," kata Ketua Penyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg kepada radio awam. Jurucakap Majlis Bandaraya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada kira-kira 250,000 penduduk sudah dipindahkan. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld pula berkata, penduduk di kawasan empat kejiranan diarah berpindah susulan enam kebakaran dan empat pusat pemindahan sudah disediakan. Seramai 44 penduduk terbunuh dalam kebakaran pada 2010 di Haifa, kejadian terburuk dalam sejarah Israel -AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216571

Israel tahan 12 orang dituduh buat khianat dengan api

DUNIA JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 8:52 PM


ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di hutan di Haifa. - Foto AFP

BAITULMUQADDIS: Polis Israel hari ini menahan 12 orang yang disyaki melakukan khianat selepas kebakaran hutan besar-besaran yang melanda tengah dan utara Israel sehingga memaksa kira-kira 80,000 penduduk dipindahkan di bandar Haifa dan beratus-ratus buah rumah musnah.

Menurut polis, pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran hutan di kawasan bukit di seluruh bandar raya ini dan sekitar Haifa, dengan bantuan pasukan bomba dari Palestin serta pasukan kecemasan dari Greece, Cyprus, Croatia, Itali, Russia dan Turki. Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau juga menerima bantuan daripada Mesir dan Jordan.

Beliau mendakwa beberapa kejadian kebakaran sebelum ini sebagai perbuatan khianat dan ada kaitan dengan keganasan. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, berpuluh-puluh suspek sudah ditangkap, sama ada ketika cuba mencetuskan kebakaran atau melarikan diri daripada kawasan itu, namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216801

Israel terima bantuan Palestin padam kebakaran

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 10:09 PM


ANGGOTA bomba Israel memeriksa kediaman yang musnah dalam kebakaran di Beit Meir. - Foto AFP


BAITULMAQDIS: Israel menerima tawaran bantuan daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk memadam kebakaran hutan yang meranapkan sebahagian besar kawasan di tengah dan utara negara itu. Krisis itu memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri daripada rumah ketika kebakaran memusnahkan bandar ketiga terbesar negara itu, Haifa.

Empat pasukan bomba Palestin akan menyertai usaha memadam kebakaran terbabit. Seorang pegawai kanan Israel memaklumkan akhbar harian Haaretz bahawa Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah Israel akan memantau kerjasama antara anggota bomba Palestin dan Israel. Russia, Turki, Greece, Itali, Croatia dan Cyprus semuanya turut membantu memadam kebakaran, sementara Amerika Syarikat (AS) bersetuju menghantar pesawat bomba "Supertanker" Boeing 747.


Ketua Polis Israel menyalahkan kebakaran itu terhadap serangan khianat sementara Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkata, serangan seperti itu akan dianggap keganasan. Polis Israel berkata hari ini, mereka menahan 12 orang disyaki memulakan kebakaran itu. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld memaklumkan Reuters, 12 orang ditahan sama ada ketika cuba memulakan kebakaran atau melarikan diri dari kawasan itu, namun tidak memberi butiran lanjut.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Gilad Erdan berkata, mereka yang ditahan adalah golongan "minoriti", rujukan sama ada warga Arab Israel atau Palestin. Kebakaran itu yang marak sejak Selasa lalu, diburukkan lagi dengan angin kencang ketika tempoh kering. Sekurang-kurangnya 130 orang cedera ketika kebakaran merebak, kebanyakannya akibat menyedut asap. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216816

Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan


25 NOVEMBER 2016
Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan

Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan Api marak sedang 'menelan' sebuah pangsapuri di bandar Haifa.
HAIFA - ISRAEL. Kebakaran yang berlaku di bandar Haifa, Israel bermula daripada kemarau panjang yang telah berlanjutan selama dua bulan.

Memetik laporan BBC ia tercetus sebaik sahaja angin kencang bertiup dari utara bandar, menyebabkan api semakin marak dan sukar dikawal.

Difahamkan, kira-kira 80,000 penduduk telah diberitahu untuk meninggalkan kediaman mereka kerana kebakaran tersebut.

Kebakaran hutan itu juga mengancam rumah berhampiran Jerusalem dan di Tebing Barat.

Ketua Polis Israel Roni Alsheich berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dan motif dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat yang bermotifkan politik.

Sementara itu, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menyifatkan insiden terbabit sebagai serangan keganasan terhadap rakyat dan negaranya.

"Sesiapa yang cuba membakar bahagian negeri Israel akan dikenakan hukuman berat," kata Netanyahu.

Palestin bantu Israel padam api


25 NOVEMBER 2016
Palestin bantu Israel padam api


Palestin bantu Israel padam api Palestin bantu Israel padam api
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Israel bersetuju menerima bantuan pihak berkuasa Palestin untuk mengekang api kebakaran yang tidak terkawal di bahagian tengah dan utara Palestin.

Menurut laporan The Independent, empat pasukan bomba Palestin dikerahkan untuk membantu memadamkan kebakaran.

Rusia, Turki, Greece, Itali, Croatia dan Cyprus juga bersetuju untuk membantu manakala Amerika Syarikat telah menghantar pesawat pemadam api 'Super Tanker' ke Palestin.

Kebakaran yang bermula di Haifa berkenaan sebelum ini menyebabkan 80,000 penduduk penempatan haram Israel dipindahkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Israel terbakar, angin kencang burukkan keadaan]

Kebakaran tersebut juga merebak ke beberapa lagi bandar dan menyebabkan bekalan elektrik ke penempatan haram Israel terputus.

Thursday 24 November 2016

Menteri Israel dakwa kebakaran di negara itu angkara khianat

DUNIA
KHAMIS, 24 NOVEMBER 2016 @ 9:30 PM



HUTAN yang terbakar di Nataf berhampiran Jerusalem, Israel. - Foto EPA
HAIFA: Hampir 50 peratus daripada kebakaran berlaku di Israel sejak Selasa adalah perbuatan khianat, Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan, memberitahu Radio Tentera, pagi tadi.

"Api dikhuatiri merebak ke kawasan baharu, bagaimanapun hingga hari ini keadaan terkawal," katanya.

Pegawai kanan bomba, Shimon Ben Ner, berkata beliau tahu mereka sengaja membakar stesen di Haifa sehingga menyebabkan jabatan bomba di Haifa menjadi lumpuh.

Sementara itu, Universiti Haifa dikosongkan pada hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebakaran yang tercetus di bandar utara negara itu.

Awal pagi tadi, penduduk di utara Mount Carmel, iaitu kejiranan Romema sudah meninggalkan kediaman.

Kebakaran merebak di kejiranan Ramot Sappir, Haifa hingga menyebabkan sebuah tadika berdekatan terpaksa dikosongkan.

Kebakaran turut tercetus di sebuah padang di hadapan stesen bomba di Haifa. Api dari semak samun merebak hingga ke tempat letak kereta dan gudang berdekatan hingga melintasi jalan raya.

Lebuh raya 22 dan Jambatan Paz ditutup untuk kenderaan dan polis melaporkan bahawa dua orang cedera di kawasan itu. Semua pihak berkuasa sedang bertungkus lumus mengawal kebakaran itu.

Tambahan pula, Syarikat Elektrik Israel mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga. Syarikat pencawang dilaporkan rosak akibat kebakaran itu hingga menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dipotong sementara bagi langkah keselamatan. - Agensi

KEBAKARAN dekat bandar pelabuhan Israel di Haifa. - Foto AFP   

Israel Dijilat Api, Netanyahu Tuduh Palestin Dalang Kebakaran


Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 7:57 PM

TEL AVIV: Rejim Israel terpaksa menebal muka untuk meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.
Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan tentang rejim Zionis meminta Greece, Croatia, Cyprus serta Turki untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.
Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.
Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.
Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.
Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Wednesday 2 November 2016

Israel rosakkan kubur di Baitulmaqdis

RABU, 2 NOVEMBER 2016 @ 11:12 AM

BAITULMAQDIS: Beberapa kubur umat Islam di kawasan perkuburan bersejarah bersebelahan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, dirosakkan. Pegawai Palestin menyalahkan Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula Jadi Israel dan berkata pemusnahan itu bagi menyediakan ruang untuk pembinaan taman semula jadi. Pihak berkuasa taman Israel memasuki kawasan perkuburan Bab al-Rahma pada pagi semalam diiringi tentera dan memusnahkan kubur di situ. "Kakitangan 'Pihak Berkuasa Semula Jadi Israel', dengan bantuan sekumpulan askar memasuki kawasan perkuburan Bab al-Rahma dan memusnahkan lapan kubur. "Israel mahu menjadikan kawasan perkuburan sebagai taman negara bagi penduduk Yahudi," kata ketua jawatankuasa pemeliharaan perkuburan Islam di Baitulmaqdis, Mustafa Abu Zahra, kepada agensi berita Anadolu. September lalu, Israel mengumumkan rancangan merampas sebahagian kawasan perkuburan untuk dijadikan taman negara, lapor agensi berita Ma'an. Menurut Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Qiswani, pihak berkuasa Israel mendakwa tanah itu milik Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula Jadi. "Ia cuma dakwaan mereka. Israel tiada asas sejarah atau perundangan untuk menuntut sebagai hak ke atas kawasan perkuburan itu," katanya sambil menambah lokasi itu adalah waqaf dan akan kekal begitu. Terdahulu, pegawai Palestin berkata: "Israel bukan hanya memburu umat Islam yang masih hidup tetapi orang yang sudah mati juga tidak selamat. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208529