Friday 30 August 2013

Gerakan 'Tamarrud'/pembangkang di Ghaza Antek Militer Mesir



Yahya Musa, salah seorang petinggi HAMAS menegaskan bahwa gerakan Tamarrud/pembangkang yang muncul di Ghaza adalah hasil didikan militer Mesir. Beberapa anggota dari Gerakan yang direncanakan membuat keonaran di Ghaza ini telah berhasil ditangkap, dan sedang diintrogasi. 

Di Mesir mungkin mereka berhasil, tapi di bumi Mujahidin Ghaza, jangan coba-coba!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=514501081960131&set=a.119620728114837.22171.119605611449682&type=1&theater

Penduduk Palestin menderita

Penduduk Palestin menderitaSekumpulan penduduk Palestin yang terkandas akibat penutupan sempadan Rafah.

GENTING GAZA - Keadaan semakin teruk dari sehari ke sehari.

Keluhan itu antara yang sering diluahkan oleh kebanyakan penduduk Gaza yang menderita selepas kerajaan sementara Mesir menutup sempadan Rafah pada 19 Ogos lalu.

Seorang pemandu teksi, Khaled Jaradeh berkata, wilayah tersebut kini mengalami krisis kekurangan bahan api.

"Kami tidak pernah mengalami masalah ini walaupun ketika pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak," jelasnya yang dipetik laporan PressTV

Difahamkan, sejak rampasan kuasa pada 3 Julai lalu,  hanya mereka yang mempunyai pasport antarabangsa dan pelajar perubatan dibenarkan masuk atau keluar menerusi sempadan Rafah.

Pada masa ini, ribuan penduduk termasuk pesakit dilaporkan terkandas sejak lebih sebulan lalu.

Timbalan Menteri Luar Hamas, Ghazi Hamed memberitahu angka penduduk Palestin yang menggunakan laluan itu juga telah menurun secara mendadak daripada 1,200 kepada 50 orang sehari.

Ramai pekerja yang terkandas di Gaza kini terpaksa menanggung risiko hilang pekerjaan kerana sempadan Rafah adalah laluan tunggal ke dunia luar.

 Penutupan sempadan Rafah juga didakwa telah memberi kesan besar kepada 1.7 juta penduduk di Gaza dan tindakan itu dikatakan adalah lebih buruk daripada sekatan haram yang dikenakan Israel.

Sementara itu, Hamas terus menggesa kerajaan sementara Mesir untuk membuka semula sempadan Rafah bagi memudahkan penduduk Palestin menjalankan urusan harian mereka.