Sunday 30 March 2014

EU boikot Israel

EU boikot Israel
Rejim Israel bertindak kejam merobohkan kediaman seorang penduduk Palestin di Tebing Barat. 
30 Mac 2014 BRUSSELS - BELGIUM. Parlimen Kesatuan Eropah (EU) bersepakat menyertai kempen antarabangsa yang semakin berkembang untuk memboikot Israel susulan peningkatan aktiviti di kawasan yang diduduki di wilayah Palestin.

Ketua Dasar Luar EU Catherine Ashton berkata, sebanyak 29 ahli Parlimen menyokong usul supaya menggesa firma-firma Eropah menggantung urusan perdagangan dengan firma Israel.

“Sebarang  hubungan ekonomi dengan syarikat Israel yang terlibat dalam pembinaan penempatan haram adalah pencabulan hak asasi manusia dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya dalam laporan Al Ahram.

Menurutnya, EU juga menyekat semua geran dan pembiayaan kepada mana-mana entiti Israel yang berpangkalan di penempatan haram.

Pemulauan berleluasa sejak Mac lalu menyebabkan negara itu kerugian 30 juta dolar (RM 98 juta) setakat ini.

Sementara itu, ribuan rakyat Jordan menuntut penutupan kedutaan Israel di Amman susulan pembunuhan seorang hakim Jordan Raed Zaytar, 38, oleh tentera Israel di Tebing Barat.

Perdana Menteri Jordan Abdullah Ensour berkata, Israel benar-benar bertanggungjawab terhadap kematian itu.

Selain itu, penduduk Jordan juga menggesa Parlimen Jordan untuk membatalkan 994 perjanjian damai dengan Israel.

Friday 28 March 2014

Nafi Gaza dikepung 1,000 kereta kebal


2014/03/27 - 05:44:46

Kuala Lumpur: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menafikan bahawa pihaknya ada mengeluarkan sebarang maklumat yang kononnya Gaza, Palestin kini dikepung oleh 1,000 kereta kebal.

Pengarah Strategi MAPIM, Sani Araby Al-Kahery, dalam satu kenyataan balas menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat berkenaan kerana ia tidak benar sama sekali.


Keperluan asas meruncing

Gaza memang terkepung dan keperluan asas sangat meruncing.

Dunia seharusnya mengecam supaya pintu Rafah dibuka, namun fakta yang ditokok tambah sehingga bertukar menjadi fitnah harus dielakkan.

Delegasi MAPIM kini terkandas dalam cubaan masuk ke Gaza. Kami ke sana bagi menjayakan misi Break The Siege, katanya.

Sani turut menggesa orang ramai supaya memeriksa kesahihan sesuatu berita yang tersebar terlebih dahulu sebelum bertindak menyebarkan atau berkongsi dengan orang lain.
Dakwa kena kepung

Antara lain yang terkandung dalam maklumat disebarkan itu mengatakan pasukan tentera Israel kini sedang mengepung Gaza dengan kekuatan 1,000 kereta kebal bagi menutup laluan utama keluar dan masuk ke bandar berkenaan.

Maklumat itu turut mengaitkan perkara itu dengan tindakan Israel yang menutup kesemua kedutaan mereka di seluruh dunia sejak beberapa hari lalu.

Thursday 27 March 2014

Pemuda Palestin dipukul kejam


27 Mac 2014


BETHLEHEM - PALESTIN. Seorang pemuda Palestin dipukul dengan kejam selepas diculik unit khas tentera Israel, Mustarbeen di pintu masuk kem pelarian Aida, kelmarin.

Menurut saksi, unit tersebut melakukan penyamaran sebelum menyerang Mutassim Alsurefee, 20, dan memukulnya.

"Mangsa ditahan ketika sedang berjalan ke pusat belia di kem pelarian. Penduduk di sekitar kawasan kejiranan menjerit untuk menghalang mangsa daripada dipukul, namun ia tidak diendahkan," katanya.

Penduduk di sekitar kem pelarian kini semakin terhimpit selepas sepasukan tentera Israel ditempatkan untuk mengepung kawasan tersebut dan menghalang penduduk keluar rumah dengan menghalakan senjata ke arah tingkap dan pintu rumah mereka, laporan dipetik dari PNN.

Arab tolak negara Yahudi


Kuwait: Pemimpin negara Arab semalam menyokong penuh keengganan Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi dalam tindakan yang mungkin menggugat usaha damai Amerika Syarikat (AS).

Deklarasi itu diisytiharkan dalam kenyataan hasil perjumpaan dua hari di sini.


“Kami menolak sepenuhnya gesaan untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi,” kata kenyataan itu, semalam.

Palestin mengiktiraf Israel ketika permulaan proses damai pada awal 1990-an, namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkeras mahukan pengiktirafan negara itu sebagai tanah air orang Yahudi.


Ini dilihat menghancurkan sebarang hak pelarian Palestin untuk kembali ke negara asal mereka.


Liga Arab sebelum ini menyatakan pendiriannya menolak tuntutan berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Kaherah, awal bulan ini.

Setiausaha Negara AS John Kerry berdepan pelbagai kesukaran untuk menyambungkan semula rundingan damai selepas 29 April ini - tarikh akhir ditetapkan untuk perbincangan - berikutan pelbagai isu berbangkit.

Presiden Palestin Mahmud Abbas sebelum ini menegaskan pihaknya tidak sekali-kali akan melayani tuntutan Netanyahu.

Pemimpin rejim Zionis itu meletakkan perkara itu sebagai syarat utama bagi proses rundingan kerana mendakwa perkara itu yang paling asas dalam pertelingkahan dengan Palestin.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Tuntutan Israel sebagai negara Yahudi ditolak


2014/03/27 - 05:33:35

Bandaraya Kuwait: Pemimpin Arab menyokong penuh keengganan Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, tuntutan Israel yang dijangka mengancam menjejaskan rundingan damai.

Kami menyuarakan penolakan penuh tuntutan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, kata pengisytiharan itu pada akhir mesyuarat dua hari di Bandaraya Kuwait.


Warga Palestin mengiktiraf negara Israel pada permulaan proses damai awal 1990-an tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendesak mereka mengiktiraf budaya, agama dan melepaskan hak kembali bagi pelarian Palestin.

Liga Arab tolak tuntutan

Liga Arab sudah menolak tuntutan itu dalam satu kenyataannya yang diterbitkan di ibu pejabat Kaherah, awal bulan ini.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berdepan tugas sukar untuk memastikan rundingan damai kekal menepati rancangan sebelum 29 April dengan rundingan menggariskan beberapa isu penting termasuk pengiktirafan.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan bahawa beliau tidak akan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi.
Netanyahu mahukan pengiktirafan sebagai isu utama rundingan dan menyifatkan penolakan Arab terhadap negara Yahudi adalah punca konflik.

Bagi warga Palestin, isu itu berkait dengan nasib pelariannya yang dipaksa keluar dari rumah atau melarikan diri pada 1948 apabila Israel menjadi negara.
AFP

Tuesday 25 March 2014

Pelampau Yahudi toreh tayar kereta


Baitulmaqdis: Puak pelampau Yahudi disyaki bertanggungjawab membocorkan tayar berpuluh-puluh kereta penduduk Palestin di timur bandar raya ini Serangan berlaku di Beit Hanina, kawasan penempatan rakyat Palestin di sektor utara dan timur Baitulmaqdis dengan grafiti bahasa Ibrani pada sebuah bas tertulis ‘Bangsa lain di muka bumi adalah musuh’.

Polis berkata, tayar 34 kenderaan dibocorkan, namun wakil media di tempat kejadian menyatakan jumlahnya 45 buah dan keempat-empat tayar pada setiap kenderaan ditoreh.

Penduduk tempatan memberitahu, kamera pengawasan di kawasan itu menunjukkan sekumpulan lelaki melakukan jenayah itu yang melambangkan jenayah kebencian terhadap penduduk Palestin.

Pada mulanya jenayah ini dilakukan kepada masyarakat Palestin sebagai balas dendam kerana langkah rejim Zionis merobohkan penempatan haram penceroboh Yahudi.

Serangan itu bagaimanapun kini menjadi fenomena berbaur perkauman.

Pada Jun tahun lalu 21 kenderaan musnah dalam serangan serupa di bandar sama.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25

Hamas dapat sokongan tentang Israel


BAITULMAQDIS 24 Mac - Berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin berhimpun di Gaza, semalam bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan pimpinan pergerakan Hamas yang bertelagah dengan Israel dan Mesir.
Portal berita alarabiya.net melaporkan, mereka turut membantah tindakan Mesir melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas dan menutup laluan sempadan di Sinai-Gaza.
Ketua pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh menggesa agar penutupan sempadan itu diakhiri dengan segera sambil menegaskan bahawa jihad bukan satu keganasan.
"Kenapa menghukum penduduk Gaza? Adakah salah jika menentang penjajah seperti Israel? Penduduk Gaza kini hidup dalam kesusahan, tetapi kami tidak akan mengaku kalah kerana kami sudah biasa dengan kehidupan sebegini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140325/lu_04/Hamas-dapat-sokongan-tentang-Israel#ixzz2wvRE8LEk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 24 March 2014

AS bebas perisik untuk selamat rundingan damai


Baitulmaqdis: Amerika Syarikat mungkin membebaskan Jonathan Pollard yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup sebagai cara untuk menyelamatkan rundingan damai Israel dengan Palestin.

Memetik sumber diplomatik Barat, radio Israel melaporkan, pentadbiran Presiden Barack Obama tidak menolak kemungkinan membebaskan Pollard sebagai pertukaran kepada persetujuan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk membebaskan tahanan Arab di Israel yang dituduh melakukan keganasan oleh rejim Zionis.

Pollard, bekas penganalisis Tentera Laut AS, ditangkap pada 1985 kerana memberi ribuan dokumen mengenai pengintipan Amerika Syarikat di dunia Arab kepada Israel.

Israel dijadual membebaskan kumpulan 26 tahanan Arab pada 29 atau 30 Mac di bawah persetujuan yang menyaksikan penyambungan semula rundingan damai dengan Palestin.

Rejim Zionis itu bersetuju membebaskan sejumlah 104 tahanan jangka panjang apabila rundingan dimulakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry pada Julai.

Setakat ini ia sudah membebaskan 78 orang yang semuanya dihukum penjara lebih 20 tahun.

Pihak Berkuasa Palestin menuntut supaya antara yang dibebaskan kali ini ialah rakyat Israel keturunan Arab atau warga Palestin yang memegang kad pengenalan Israel.

Kerajaan Netanyahu bagaimanapun menolak tuntutan itu.

Enggan tunduk ugutan Israel

Enggan tunduk ugutan Israel
 Projek penempatan haram Yahudi menjadi halangan utama dalam perjanjian damai antara Palestin dan Israel. 
24 Mac 2014
RAMALLAH - PALESTIN. Pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas menegaskan tiada perjanjian boleh dicapai bersama Israel jika Palestin tidak diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka.

Mahmoud berkata, mereka tidak akan tunduk dengan ugutan Israel walaupun tekanan semakin memuncak ketika ini.

"Kami juga menolak sebarang ancaman yang bertujuan untuk menakut-nakutkan penduduk Palestin," tegasnya ketika mesyuarat tergempar bersama Jawatankuasa Pusat Fatah di Tebing Barat.

Menurutnya lagi, Tel Aviv perlu mengotakan janji mereka untuk membebaskan baki tahanan Palestin dalam tempoh sembilan bulan seperti yang dipersetujui tahun lalu.
Bagaimanapun, Israel sekali lagi berdolak-dalik dan enggan membebaskan kesemua tahanan terbabit melainkan Palestin bersetuju untuk menyambung semula rundingan damai selepas tarikh akhir April depan.  

"Jika Tel Aviv terus berdegil, kami akan mengambil tindakan mengikut norma perjanjian tersebut," katanya. 

Dalam perkembangan lain, laporan dipetik dari Press TV, pertempuran dilaporkan tercetus antara rejim Zionis dan penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur yang mengadakan bantahan mengutuk pembunuhan tiga saudara mereka di Tebing Barat.

Pihak berkuasa turut melepaskan gas pemedih mata dan memberkas beberapa penunjuk perasaan di kota lama tersebut.

PM Israel pertahan serangan


PARA penyokong Hamas berhimpun bagi memperingati kematian para pemimpinnya akibat dibunuh tentera Israel di Bandar Gaza, Palestin semalam.


BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan, satu serangan tentera negaranya di utara Tebing Barat kelmarin merupakan suatu tindakan yang wajar.
Menurutnya, serangan itu dilakukan ke atas para pejuang Palestin yang melaku- kan serangan terhadap askar-askar Isarel dan orang awam.
"Dasar kami adalah untuk memudaratkan sesiapa yang melakukan kemudaratan ke atas kami," katanya kepada Kabinet di sini.
Tiga pejuang Palestin termasuk seorang pejuang pergerakan Hamas terbunuh pada awal kelmarin dalam satu kejadian tembakan di kem pelarian Jenin.
Tentera Israel menyerbu kem tersebut untuk menangkap seorang pejuang Palestin, Hamza Abu Al-Haija.
Namun, Hamza enggan menyerah diri.
Dia kemudian melepaskan tembakan ke arah askar-askar Israel menyebabkan dua daripada mereka cedera.
Askar-askar Israel turut melepaskan tembakan menyebabkan Hamza terbunuh.
Hamza, 23, merupakan anak seorang ketua ketenteraan Hamas, Jamal Abu Aleija di Tebing Barat.
Jamal kini berada di sebuah penjara di Israel kerana menjalani hukuman penjara seumur hidup. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2wp7IKe24 
Hakcipta terpelihara 

Sunday 23 March 2014

Israel bunuh 4 warga Palestin


Jenin: Tentera Zionis menembak mati empat warga Palestin awal pagi semalam dalam serbuan yang disusuli pertempuran dengan penduduk di sebuah bandar di Tebing Barat.

Ia keganasan paling buruk di wilayah Palestin itu sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian berlaku dengan serbuan tentera Zionis yang bertujuan menangkap Hamza Abu el-Heija, anggota Hamas berusia 22 tahun yang dikehendaki kononnya kerana menyerang dan mengebom rakyat Israel.

Pegawai Palestin berkata, tentera Israel mengepung rumah Hamza di kem pelarian Jenin dan menyerbunya selepas pemuda itu enggan keluar.

Tembak-menembak kemudian menyusul.


Apabila penduduk sekitar keluar, tentera Zionis itu menembak mereka juga, menyebabkan tiga orang mati.

Kem pelarian berkenaan sering menjadi sasaran keganasan tentera Israel.
Ketika kebangkitan Intifada lebih 10 tahun lalu, tentera Zionis menyerang kem berkenaan untuk memusnahkan apa yang mereka kata sarang ‘pengganas.’

Puluhan warga Palestin terbunuh dalam kekejaman itu.

Ketegangan muncul semula sejak beberapa bulan lalu ekoran ketiadaan kemajuan dalam rundingan damai.

Pegawai Palestin berkata, tentera Israel menembak mati 57 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 900 lagi sejak rundingan damai disambung semula Julai lalu.

Ia tidak termasuk tiga orang yang dibunuhnya semalam.

Rakyat Palestin menuntut Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza menjadi wilayah negara Palestin merdeka.

Wilayah berkenaan ditawan oleh Israel dalam Perang 1967. Mereka mahu Israel bersetuju menjadikan sempadan muktamad negara Palestin berdasarkan kedudukan pada tahun berkenaan dan membenarkan rejim itu mengekalkan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

Tetapi Israel tetap angkuh dan degil, enggan berundur dari kawasan yang dijajahnya selepas 1967 selain memaksa Palestin mengiktirafnya sebagai negara Yahudi.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Ikrar Hamas


Pejuang Hamas semalam menghantar mesej kepada rakyat Israel melalui sistem pesanan ringkas yang berbaur ancaman.

Ia dilakukan 10 tahun selepas ulama Hamas, Sheikh Ahmed Yassin terkorban dalam serangan udara yang dilakukan rejim Zionis itu.

Penduduk Israel dan wartawan yang berada menerima pesanan ringkas yang berbunyi: “Jika Gaza diserang, rakyat Israel akan menderita,” dan “Dalam peperangan seterusnya, semua tanah Palestin akan ditawan semula.” Sumber Hamas memberitahu perkara itu dilakukan Briged Ezzedine al-Qassam sempena ulang tahun ke-10 pembunuhan Ahmed.



Satu lagi mesej dihantar berbunyi: “Al-Qassam memilih kamu untuk menjadi Shalit seterusnya,” merujuk kepada tentera Israel, Gilad Shalit yang diculik dan ditahan selama lima tahun sebelum dibebaskan sebagai pertukaran kepada pembebasan 1,000 rakyat Palestin yang dipenjarakan Israel.

Mesej itu dikatakan dihantar dari telefon bimbit yang berbeza.

Semua nombor yang menghantar mesej itu gagal dihubungi kecuali yang dijawab oleh seorang lelaki Israel yang memberitahu taliannya diceroboh.

Emel majalah IsraelDefence juga digodam dan satu emel mengenai pembunuhan Ahmed dimuat naik.

Emel itu berbunyi: “Kami takkan lupa apa yang dilakukan ke atas beliau (Ahmed).


Kami bersumpah akan membalas dendam dan kali ini akan memenggal kepala pemimpin anda.

“Rejim Zionis membunuhnya menggunakan peluru berpandu dan kini peluru berpandu kami boleh menyerang setiap sudut Israel.” Ahmed, pengasas dan ulama Hamas terkorban dalam serangan udara Israel pada 2004.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Tiga penduduk Palestin terbunuh



SEBAHAGIAN penduduk menghadiri majlis pengebumian Hamza di Jenin semalam.


JENIN, Palestin - Tiga penduduk Palestin terbunuh di kem pelarian Jenin, Tebing Barat awal semalam dalam satu pertempuran, kata beberapa pegawai.
Ketiga-tiga mereka terbunuh dalam pertempuran melibatkan askar-askar Israel yang melancarkan operasi untuk menangkap seorang pejuang Palestin.
Sumber-sumber perubatan dan keselamatan menyatakan, dua daripada mereka yang terbunuh itu merupakan pejuang Palestin.
Salah seorang pejuang yang maut itu ialah Hamza Abu Al-Heja yang merupakan anggota sayap ketenteraan Hamas.
Menurut sumber berkenaan, seorang lagi yang terbunuh itu merupakan orang awam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2wjAmagGm 
Hakcipta terpelihara 

Friday 21 March 2014

Presiden Israel ucap selamat kepada Iran


Baitulmaqdis: Presiden Israel mengambil tindakan “luar biasa” semalam apabila menghantar ucapan selamat sempena tahun baru Parsi kepada Iran.

Melalui ucapan disiar radio berbahasa Parsi, Presiden Shimon Peres mengucapkan selamat kepada penduduk Iran yang meraikan perayaan Nowruz.


Kenyataan berkenaan turut dimuat naik di laman sosialnya. Tarikh 21 Mac adalah hari pertama musim luruh menandakan sambutan Nowruz dalam kalendar Parsi sejak 1393.



Dalam bahasa Hebrew dan Parsi, Peres mengatakan kedua-dua negeri berkenaan saling menghormati budaya dan maruah diri serta cuba hidup dalam keadaan aman dan saling memahami. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21

Penyiasat Israel mengancam serangan seksual, perobohan rumah, kata kanak-kanak Palestin


-140303-anak detainee.jpg

Tentera dan polis Israel secara rutin menahan dan menangkap kanak-kanak Palestin.
 Saeed Qaq / APA imej )
Seorang penyiasat Israel didakwa memaksa kanak-kanak Palestin untuk menandatangani pengakuan selepas mengancam dia dengan keganasan seksual, menurut afidavit yang ditandatangani dikumpul oleh Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa - Seksyen Palestin (DCI-Palestin).
Seperti yang dilaporkan sebelum ini saya hari ini di laman web DCI-Palestin, Othman S., 14, ditahan oleh tentera Israel di Timur Baitulmuqaddis pada pagi 25 November 2013 Bersama-sama dengan adiknya, dia telah dibawa ke Kompaun Rusia , soal siasat Israel berpusat di Jerusalem:
Semasa soal siasat, seorang pegawai perisikan menuduhnya membaling batu dan kemudian koktel Molotov di kereta polis dan apabila Othman tidak akan mengaku, pegawai mengugut untuk sodomize dia.
"(The integrator) kemudian membawa batang penyapu, kira-kira 1.5 meter (6 kaki) panjang, dari salah satu sudut dan mengancam untuk mendorong ia sehingga bahagian bawah," kata Othman sambil menambah bahawa penyiasat berkata kepadanya: "Anda mahu saya mendorong ini melekat sehingga keldai anda sehingga anda akan merasa sakit dan beritahu saya yang benar? "
Penyiasat juga menghina ibu Othman dan kakak dan memberi amaran bahawa dia akan "merobohkan rumah saya jika saya tidak bercakap," katanya.
Budak lelaki itu kemudiannya terpaksa menandatangani pengakuan bersedia dalam bahasa Ibrani, bahasa yang dia tidak faham.
Othman bukan kanak-kanak Palestin yang pertama yang diancam dengan penderaan seksual oleh penyiasat Israel. Satu Ogos 2013 laporan oleh kumpulan hak asasi manusia Israel B'Tselem didokumenkan beberapa kes penderaan, termasuk ancaman seksual , diEtzion balai polis di Tebing Barat yang diduduki.
Antara Ogos 2009 dan Julai 2013, menurut laporan itu, 12 kanak-kanak memberi keterangan bahawa "penyiasat mengancam mereka atau saudara-saudara perempuan dengan serangan seksual seperti rogol atau kecederaan kemaluan."
Sila baca seluruh update berita saya di laman web DCI-Palestin .

Israel lulus rancangan bina 186 penempatan


BAITULMAQDIS 20 Mac - Israel semalam meluluskan rancangan pembinaan 186 penempatan baharu di timur Baitulmaqdis yang menyebabkan kemarahan daripada penduduk Palestin.
Majlis perbandaran tempatan telah meluluskan rancangan itu untuk 40 unit rumah di Pisgat Zeev dan 146 buah rumah di Har Homa yang terletak dalam kawasan dirampas Israel dari Palestin pada 1967 dan tidak mendapat pengiktirafan komuniti antarabangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140320/lu_02/Israel-lulus-rancangan-bina-186-penempatan#ixzz2wdQR1IfM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 20 March 2014

Israel Bina Telpon 186 buah penempatan baru di Jerusalem .

Menurut Kaunselor Bandar Jerusalem, pihak Israel Kegunaan Sekarang Present Use Akan 186 buah rumah baru di rantau timur Jerusalem Yang merupakan kawasan Tanah Milik rakyat Palestin Berikut perjanjian damai Yang Belum membuahka results Acha mengambil pemutusan hukum Untuk mempercepatkan Proses pengasuhan penempatan baru buat rakyat Israel. 





sumber berita: http://bit.ly/1lSQngl

-AKA-

Israel lulus rancangan bina 186 penempatan


BAITULMAQDIS 20 Mac - Israel semalam meluluskan rancangan pembinaan 186 penempatan baharu di timur Baitulmaqdis yang menyebabkan kemarahan daripada penduduk Palestin.
Majlis perbandaran tempatan telah meluluskan rancangan itu untuk 40 unit rumah di Pisgat Zeev dan 146 buah rumah di Har Homa yang terletak dalam kawasan dirampas Israel dari Palestin pada 1967 dan tidak mendapat pengiktirafan komuniti antarabangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140320/lu_02/Israel-lulus-rancangan-bina-186-penempatan#ixzz2wRmgrplT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 19 March 2014

Tentera Israel menembak Remaja 16 Tahun

Berita terbaru Masjid Hebron iaitu Seorang Remaja Yosuf Abu Akar (16 tahun) ditembak Mati Oleh Tentera Israel dan dipulangkan beliau Cuba Untuk memanjat tembok pemisah di rantau Hebron. . Pihak Tentera Israel Masih menyimpan mayat Remaja terbabit sumber: Alray Agensi Media -AKA- 

Israel mahu tindak sendiri


Baitulmaqdis: Menteri Pertahanan Israel semalam berkata, rejim Zionis itu itu tidak boleh bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan program nuklear Iran.

Moshe Yaalon berkata demikian ketika kuasa dunia bersiap sedia mengadakan rundingan baru dengan Iran berhubung program nuklear nya.


Barat berusaha menghentikan program nuklear Iran kerana bimbang ia digunakan untuk membina senjata atom.

Teheran bagaimanapun menyangkal dakwaan kononnya program nuklear itu bertujuan untuk kegunaan ketenteraan.


Ia sebaliknya mendakwa program itu bertujuan untuk kegunaan awam, khususnya membangunkan sistem jana kuasa.


Jika rundingan dengan kuasa dunia berjaya, pelbagai sekatan yang dikenakan terhadap Iran akan ditarik balik.

Israel bagaimanapun mengecam rundingan itu.

“Kami berpendapat Amerika Syarikat sepatutnya mengetuai kempen menentang program nuklear Iran.

“Jika kami terus mengharapkan orang lain melakukannya untuk kami, ia akan memakan masa.

“Kerana itu, kami berpendapat, Israel perlu bertindak sendiri dalam menangani program nuklear Iran,” kata Yaalon.

Pejabat menteri pertahanan Israel itu mengesahkan Yaalon berkata demikian tetapi enggan mengulas sama ada ia bermaksud Israel sudah bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Iran.

Yaalon dalam kenyataannya itu juga mengecam pemimpin Barat dengan berkata mereka berusaha mengelakkan konfrontasi dengan Iran.

Dia turut mendakwa pengaruh Amerika Syarikat kini semakin terhakis di beberapa negara seperti Ukraine.

“Kelemahan bukan satu pilihan. Tiada yang dapat menggantikan AS sebagai polis duniaSaya berharap AS sedar hakikat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama Yaalon membuat kenyataan kontroversi yang ditujukan kepada AS.

Januari lalu dia menyifatkan Setiausaha Negara AS, John Kerry sebagai keterlaluan dalam usaha membawa keamanan di Asia Barat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

Tuesday 18 March 2014

Palestin bantah catuan makanan PBB

Palestin bantah catuan makanan PBB
Penduduk melakukan protes di pejabat UNRWA di Gaza. 
18 Mac 2014

 GAZA - PALESTIN. Pencatuan program makanan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNRWA) menyebabkan ribuan pelarian Palestin kelaparan.

Susulan itu, ratusan pelarian berhimpun di luar pagar UNRWA di Gaza City dengan membawa periuk belanga mengadakan protes terhadap catuan tersebut.

Sebelum ini, UNRWA menyediakan makanan, pendidikan dan perkhidmatan asas lain untuk pelarian Palestin di wilayah Palestin dan di kem-kem pelarian Palestin di Syria, Lubnan dan Jordan.

Namun, beberapa bulan kebelakangan ini, organisasi itu mengurangkan bantuan makanan buat keluarga di Gaza.

Jawatankuasa pelarian Shukri al- Arouqi berkata, kini hanya 65 peratus  bantuan makanan segera disalurkan kepada mereka.

“Bajet untuk program makanan ini kira-kira AS$16 juta (RM52 juta) setahun tahun. Mengapa mereka tidak menggunakan wang itu untuk membeli makanan lebih,” katanya.

Lebih daripada 800,000 rakyat Palestin di Gaza menerima bantuan makanan UNRWA, termasuk bakul makanan, tepung, beras, gula dan minyak.

Bagaimanapun, UNRWA melaporkan, hanya 57 peratus isi rumah di Gaza, atau kira-kira 1.04 juta orang sahaja yang memerlukan bantuan makanan.

Friday 14 March 2014

Israel serang Genting Gaza

Israel serang Genting Gaza
Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis. 
14 Mac 2014

GENTING GAZA - Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara dengan menyasarkan 29 kawasan termasuk pangkalan Hamas dan kumpulan sayap bersenjata Jihad Islam, Briged al-Quds di wilayah tersebut sejak kelmarin.

Bagaimanapun menurut Press TV, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden terbabit.

Difahamkan, serangan balas itu dibuat kononnya selepas kumpulan militan mengaku membedil sekurang-kurangnya 90 roket ke Israel sebagai respons terhadap serangan udara yang membunuh tiga anggota mereka di selatan Gaza, Selasa lalu.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menggesa Israel supaya menghentikan tindakan agresif ke atas Gaza.

Jurucakap beliau, Nabil Abu Rudeina berkata, Mahmoud turut meminta rejim Zionis tidak meningkatkan lagi ketegangan di Genting Gaza yang kini dilanda krisis kemanusiaan meruncing akibat sekatan haram Israel sejak 2007.

Dalam perkembangan lain, kerajaan sementara Mesir mendedahkan bahawa mereka telah memusnahkan 1,370 terowong rahsia yang menghubungkan sempadan negara itu dengan Genting Gaza.

Tindakan pihak berkuasa Mesir tersebut turut menjejaskan hubungan bersama Hamas selain menyebabkan kira-kira 1.7 juta penduduk Gaza terpaksa hidup menderita selepas laluan utama yang digunakan untuk urusan harian musnah sejak Julai lalu.

Selatan Israel dihujani roket


Serangan Palestin itu menyebabkan ribuan penduduk Israel bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. 
Ia dianggap serangan terbesar pejuang Palestin sejak November 2012 yang menyebabkan pertempuran lapan hari antara Israel dan Hamas. 

Bagaimanapun, tiada kecederaan dialami mana-mana pihak dalam serangan terbaru itu, malah sekolah turut beroperasi seperti biasa.
Foto
SEORANG anggota tentera Zionis membetulkan kedudukan mesingannya di atas kenderaan di Nahal Oz, berhampiran sempadan Gaza, semalam. Keadaan di wilayah Palestin itu semakin tegang apabila pejuang Palestin dan tentera Israel berbalas serangan.

Jurucakap tentera Israel berkata, pejuang Palestin melepaskan lima roket, namun hanya satu mengenai kawasan milik Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan.

Menurutnya, lebih 60 roket dibedil menyasarkan selatan Israel sejak rejim itu melancarkan serangan Rabu lalu, malah lima daripadanya mengenai kawasan yang berpenduduk. 

Terdahulu, pesawat Israel mengebom 29 sasaran di Gaza, termasuk pangkalan digunakan pejuang Hamas dan sayap bersenjata Jihad Islam, Briged Quds. 

Jihad Islam mengakui bertanggungjawab bagi semua serangan roket berkenaan. 

Jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeina berkata, serangan udara Israel yang bermula sekitar jam 8.30 malam (waktu tempatan) menimbulkan kemarahan pemimpin Palestin itu yang menuntut Israel berhenti menyerang Semenanjung Gaza. 

Menjelang petang semalam, Jihad Islam mendakwa sudah melepaskan sekurang-kurangnya 90 roket terhadap Israel. 

Tindakan itu bagi membalas serangan udara Israel Selasa lalu yang mengakibatkan tiga pejuang maut di Gaza.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

Thursday 13 March 2014

Tentera Israel bunuh ulama

Tentera Israel bunuh ulama
Jenazah Raed Zeiter diusung ketika pengkebumian di Tebing Barat, Nablus, semalam. - Foto AFP 


Israel: Seorang hakim Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di kawasan bersempadan Jordan kelmarin.

Hakim Palestin itu, Raed Zeiter, 38 ditembak dan dibunuh tentera berhampiran Jambatan Allenby antara Israel dan Jordan, dan melaungkan “Allahu Akbar” ketika mara ke arah tentera yang menjaga terminal sebelum kematiannya.

Raed Zeiter, seorang ulama kelahiran Nablus dengan kerakyatan Jordan dikatakan cuba merampas senapang salah seorang tentera. Pihak tentera berkata, ia masih meneruskan siasatan.

Ambil “langkah tegas” Selepas Jordan mengancam untuk mengambil “langkah tegas” terhadap tindak balas Israel membabitkan insiden itu, pihak berkuasa Israel berjanji memaklumkan perkembangan kepada Jordan membabitkan siasatan itu.

Insiden itu mencetuskan kemarahan pemerintahan Hashemite dengan penunjuk perasaan berkumpul di luar Keduataan Israel di Amman menuntut Jordan menarik diri daripada perjanjian damai 1994 yang ditandatangani antara pihak berkaitan.

Tunggu hasil siasatan

Menteri kerajaan Jordan dipetik agensi media China Xinhua kelmarin sebagai berkata bahawa Amman menunggu keputusan siasatan Israel membabitkan insiden itu.
“Kami mengikuti siasatan ini,” kata menteri hal ehwal media Jordan, Mohammad Momani. “Apabila kami mempunyai keputusan, kami akan mengumumkan langkah tegas ini.

Kami juga akan mengambil tindakan terhadap pembunuh hakim ini.” katanya.

Wednesday 12 March 2014

Krisis meruncing di Gaza

Krisis meruncing di Gaza
Loji jana kuasa tunggal di Genting Gaza terpaksa menghentikan operasi pada Jumaat ini. 
12 Mac 2014 GENTING GAZA - Loji jana kuasa tunggal di sini mungkin terpaksa menghentikan operasinya pada Jumaat ini akibat masalah kekurangan bekalan bahan api yang dihadapi wilayah itu sejak tahun lalu.

Jurucakap syarikat bekalan kuasa elektrik Gaza, Jamal al-Dardasawi memaklumkan bekalan bahan api yang masih ada sudah tidak dapat menampung 50 peratus keperluan penduduk.

"Kami menjangkakan krisis bekalan kuasa elektrik di Semenanjung Gaza akan menjadi lebih buruk pada hujung minggu ini. Lebih 1.5 juta penduduk mungkin terpaksa bergelap selama beberapa jam pada setiap hari untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan.

"Selain itu, krisis bekalan kuasa elektrik tersebut juga dijangka memberi kesan besar kepada operasi kilang dan premis perniagaan," katanya kepada Press TV.

Disember lalu, sebanyak 450,000 liter bahan api yang dibiayai Qatar dihantar ke Gaza sebagai respons terhadap rayuan kecemasan selepas sebahagian besar bandar tersebut lumpuh akibat banjir.

Difahamkan, penutupan laluan Kerem Shalom oleh rejim Zionis dan sempadan Mesir telah menyebabkan krisis bekalan kuasa elektrik di wilayah itu semakin meruncing sejak Jun lalu.

Tuesday 11 March 2014

Liga Arab tidak iktiraf Israel

Mahmoud
Mahmoud 
11 Mac 2014
 TEL AVIV - ISRAEL. Negara-Negara Liga Arab mengesahkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas masih menolak permintaan Israel untuk pengiktirafan negara itu sebagai negara Yahudi.

Permintaan itu ditolak ketika Amerika Syarikat (AS) mendesak pemimpin itu untuk membuat konsesi sebagai sebahagian daripada usaha mencapai perjanjian rangka kerja dan melanjutkan rundingan damai konflik Israel-Palestin.

Menteri Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, semua negara Liga Arab menyokong tindakan Presiden itu dalam usaha untuk menamatkan penjajahan Israel ke atas Palestin.

“Kami sebulat suara dan sekeras-kerasnya menolak untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi,” katanya.

Menurutnya kepada Press TV, Israel melakukan pencabulan hak secara terang-terangan dan merampas tanah penduduk Palestin walaupun negara itu masih terikat dengan perjanjian Oslo pada 1993.

Ketika ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu amat terdesak memerlukan sokongan Liga Arab untuk mengiktiraf negaranya bagi mencapai matlamat rundingan seperti diaturkan AS dan negara  bersekutunya.

Tentera Zionis tembak mati hakim Jordan


Baitulmaqdis: Tentera Israel semalam menembak mati seorang hakim warga Jordan yang didakwa cuba merampas sepucuk senjata daripada seorang askarnya di pintu sempadan Tebing Barat dan Jordan.

Kejadian berlaku di Allenby ketika hakim berkenaan hendak menyeberang dari Jordan memasuki Tebing Barat. Lelaki itu mulanya didakwa warga Palestin.


Sehubungan kejadian itu, Israel bertindak menutup pintu sempadan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan Sabah al-Rafia berkata, pihaknya berusaha mendapat gambaran lebih jelas mengenai kejadian itu daripada pihak berkuasa Israel.


Bapa hakim berkenaan, Alaa Zueter berkata, dia ke mahkamah untuk menemui anaknya tetapi gagal.


“Saya hanya mengetahui dia ditembak mati oleh askar Israel menerusi media,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/11

Monday 10 March 2014

Tentera Zionis rampas kapal


Eilat (Israel): Rejim Zionis semalam memunggah sebuah kapal yang ditahan di Laut Merah kononnya kerana membawa senjata dari Iran ke Gaza.

Kapal itu dipintas sebelum diarah berlabuh di Pelabuhan Eliat.

Puluhan kontena di atas kapal Klos-C yang didaftar di Panama itu dipunggah dan dipindahkan ke sebuah pangkalan tentera laut berhampiran menggunakan lori.

Komando tentera laut merampas kapal itu Rabu lalu di antara Eritrea dan Sudan sebelum dua kapal perang Israel mengiringinya ke pelabuhan berkenaan.

Pegawai tentera Left Jen Benny Gantz berkata, kapal itu membawa roket M-302 dari Iran untuk dihantar ke Semenanjung Gaza.

“Setiap satu daripada roket berkenaan mengancam keselamatan rakyat Israel.



Setiap peluru dan roket yang ditemui tertulis satu alamat di Israel,” katanya.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/10

Polis Hamas tangkap ahli Fatah


GAZA CITY 10 Mac - Pihak polis di bawah pimpinan pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, dilapor menahan berpuluh-puluh ahli pergerakan Fatah yang dipimpin oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin.
Jurucakap Fatah, Hassan Ahmad berkata, kira-kira 20 anggota Fatah ditangkap ketika menghadiri satu majlis memperingati pejuang Palestin yang maut dibunuh tentera Israel di Khan Yunis, selatan kawasan yang dikuasai Hamas.
Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Hamas, Islam Shahwan memaklumkan, polis terpaksa bertindak menangkap kesemua suspek kerana majlis itu diadakan tanpa permit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140310/lu_01/Polis-Hamas-tangkap-ahli-Fatah#ixzz2vYMiHZg4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 8 March 2014

Presiden Palestin enggan iktiraf Israel


Gaza: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata beliau tidak akan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi dan tidak akan menerima ibu negara Palestin di dalam wilayah Israel.

Kenyataan pemimpin Palestin itu menggambarkan jurang antara beliau dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu masih luas selepas rundingan tujuh bulan yang diusahakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.


Kenyataan Mahmoud itu disiarkan agensi berita Palestin, WAFA semalam.

Ketika bercakap kepada aktivis belia parti Fatah, Mahmoud berkata, beliau tidak akan berganjak daripada pendiriannya menolak tekanan antarabangsa supaya rakyat Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi.


“Mereka mendesak dengan mengatakan “keamanan tak mungkin tercapai tanpa negara Yahudi”. Itu mustahil dan kami tak akan terima.” katanya.


Netanyahu sebelum ini berkata, pengiktirafan itu perlu sebagai bukti rakyat Palestin benar serius untuk berdamai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Friday 7 March 2014

Penduduk tinggal sehelai sepinggang

Penduduk tinggal sehelai sepinggang
Penduduk hilang tempat berteduh selepas rumah dirobohkan rejim Zionis. 
7 Mac 2014
BAITULMUQADDIS - ISRAEL. Tentera Israel terus galak merobohkan puluhan rumah milik masyarakat Badwi Palestin menyebabkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal.

Kelmarin, beberapa jentolak mengiringi sekumpulan besar tentera Israel bertindak merobohkan kira-kira 35 rumah di kampung al-Zaarura di Negey.

Seorang penduduk berkata, mereka tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda dan diusir keluar sehelai sepinggang.

"Kami diusir dan rumah dirobohkan. Di manakah saya dan anak-anak akan berteduh?," katanya menurut Press TV.

Tindakan merobohkan kediaman terbabit merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan yang dirangka tiga tahun lalu di Britain.

Selain itu, tindakan Israel terbabit adalah bertujuan untuk mengusir rakyat Palestin secara konsisten di Tebing Barat.

Thursday 6 March 2014

KERUNTUHAN AL-AQSA PETANDA AWAL KIAMAT



Asalamualaikum para muslimin dan muslimat, alhamdulillah kali ini saya terasa terpanggil untuk menulis sedikit makluman untuk tatapan semua umat Islam tidak kira di Malaysia mahupun seantero dunia. Kebetulan kebelakangan ini saya sedang membuat sedikit kajian dan penyelidikan tentang isu yang paling tragis menimpa umat Islam apabila Israel bertindak meruntuhkan tempat suci umat islam yang pertama iaitu Masjidil Al-Aqsa di Baitul Maqdis. Selain dari ia pernah menjadi kiblat sert bait pertama kita sebelum baitullah al-haram di Mekah ia juga menjadi satu lambang keagungan kita semua melaluai peristiwa isra dan mikraj apabila baginda Muhammad saw pernah ke sana menaiki Boraq sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah swt. Di Masjidil Al-Aqsa juga baginda telah mengimami solat berjemaah bersama semua nabi dan rasul sebelumnya. Kemudian dikatakan dari Al-Aqsa baginda naik ke langit bersama malaikat Jibrail melalui tangga ghaib sehingga ke Sidratul Muntaha.

Persoalannya kenapakah bangsa Yahudi amat serius dalam mempertahankan tanah palestin ini sejak dari zaman nabi dulu sehinggalah ke zaman Salahuddin Al-Ayubi apabila beliau satu-satunya pejuang islam yang terakhir berjaya menawan kembali negara Palestin dari tangan musuh melalui perang salib seterusnya menyingkir puak-puak kristian dan yahudi dari bumi anbia. Kenapakan mereka satu-satunya bangsa yang suka merempat di negeri orang dan menghalaudan menindas pula umat islam palestin berkurun-kurun tanpa rasa bersalah. Di sini saya perlu ingatkan pada anda semua bahawa bangsa Yahudi bukanlah calang-calang kaum yang mudah untuk kita perlekehkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa nenek moyong mereka juga bukan calang-calang manusia kerana ramai juga nabi dan rasul di kalangan bani Israel yang agung dan mahsur seperti Nabi Ibrahim as, Nabi Daud as, Nabi Yahya as, Nabi Sulaiman as, Nabi Musa as dan ramai lagi nabi-nabi yang pernah Allah swt lantik dikalangan mereka menjadi sebagai khalifah di bumi ini. Di masa kini kita melihat ramai juga cendiakawan yahudi yang terkenal dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman dan sebagainya.

Gambarajah Rentas Masjidil Al-Aqsa

Mengapa Yahudi Meruntuh Masjid Al-Aqsa?

Maaf kerana intro dan mukadimah saya agak terlalu meleret-leret ini kerana saya ingin membuka mata anda semua kenapa mereka tetap tinggal di tanah Palestin secara haram dan mengistiharkanya sebagai sebuag negara haram yang bernama Israel walaupun ia tiada pengitirafan negara-negara lain. Sebenarnya bangsa yahudi ini mempunyai perancangan dan strategi mega yang sulit untuk mengusai dunia. Agak pelik bagaimana sebuah bangsa yang tiada negara mampu merealisasikan impian itu kerena bilangan mereka yang kecil berbanding dengan umat islam. Bangsa Yahudi mempunyai agenda besar dalam menakluk dunia dalam masa terdekat apabila mereka mampu mengusai ekonomi dunia dan politik negara-negara berkuasa besar (veto) seperti Amerika, Britain, Rusia, India dan China. Bagaimanakah strategi mereka, di sebalik persoalan ini saya berpendapat bahawa bangsa yahudi beranggapan bahawa mereka bisa mengusai dunia sekiranya mereka dapat mengusai semula ilnu-ilmu yang tertanam dibawah runtuhan kuil mereka iaitu Haikal Sulaiman dimana kini dibina di atasnya Masjidil Al-Aqsa sejak zaman Abdul Malik bin Marwan iaitu selepas wafatnya nabi Muhammad saw. Di bawah tapak Masjidil Al-Aqsa juga dipercayai tersembunyi sebuah peti dari syurga yang pernah diberi kepada kaum nabi Sulaiman, Musa dan Harun. Peti tersebut juga dikenali sebagai Tabut Nabi Musa di mana sekiranya peti yang hilang sejak keruntuhan Haikal Sulaiman II dijumpai semula maka dengan kesaktian tabut tersebut bangsa yahudi bisa menawan dunia kembali sebagaimana runtuhnya kerajaan Firaun dengan kehadiran tabut anugerah Allah di zaman nabi Musa as. Di dalam blog saya sebelum ini terdapat beberapa artikel dan tesis yang menceritakan secara panjang lebar mengenai Tabut Nabi Musa dan rasanya tak perlu bagi saya mengupas secara terperinci tentang hal tersebut di sini. Masjidil Al-Aqsa akan dirobohkan oleh mereke semata-mata untuk membina semula Haikal Sulaiman III atau kuil Sulaiman. Sebenarnya di situ dipercayai tertanam begitu banyak kitab-kitab sihir kuno Mesir yang dikatakan mampu untuk menyeru Dewa atau Nabi yang terakhir mereka yang nanti-nantikan untuk menjadi Raja dan pemimpin mereka, tentu anda tahu siapa sudah pastilah Dajjal Al-Masih.

Agenda Yahudi terlalu halus sehinggakan mengikut kajian yang saya buat dan insyallah saya akan bentangkan sedikit masa lagi iaitu bangsa Yahudi inilah sebenarnya telah menyesatkan kaum nasrani atau Ahli Kitab sehingga mereka berpaling tadah pada Nabi Isa as sehingga tercetusnya fahaman agama Kristian. Dan mengikut kefahaman saya juga golongan syiah juga dikatakan mempuyai kaitan dalam agenda Yahudi dalam menyesatkan umat islam, ini kerana golongan syiah ini dipercayai pada satu masa nanti akan menjadi seteru kepada Islam apabila menjadi puak as-Sufyani iaitu penentang ahlul Sunnah kerana golongan syiah ini berpendapat Iman Mahdi akan muncul dari golongan Syiah bukan dari golongan ahlul Sunnah oleh kerana itu merek berpaling tadah dan memihak kepada bangsa Yahudi. Hebat bukan kalau diperhalusi agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam tetapi selagi kita di dalam pimpinan al Quran dan As Sunnah insyallah Allah swt tetap melindungi kita semua umat islam dari fitnah Yahudi yang maha hebat ini.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam. Umat Islam yang berjuta-juta ramainya seperti buih dilautan berbanding yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa.

Ilustrasi Haikal Sulaiman III

Rahsia di bawah Masjidil A-Aqsa

Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.Dimana baginda menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan). Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama “Free Mason”. Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia. Semua dengan satu tujuan iaitu melayani Tuhan Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh “semua melihat” SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan.” Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya.Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Zion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah SWT yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana. Ini adalah kerana mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.

Perkara ini menjelaskan mengapa Amerika begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas. Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh Dajjal dan Amerika adalah pengikut Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya. Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman itu adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa dan kehancuran Al-Aqsa adalah petanda kiamat hampir tiba.

Allahualam.

PBB berkata 300,000 rakyat Palestin di kawasan diilhamkan pengilhakan Israel


131009-khirbet-makhul-35.jpg

Masyarakat Khirbet al-Makhul, yang memusnahkan Israel pada bulan September. 
 Dylan Collins /Intifada Elektronik )
Terdapat hampir 300,000 rakyat Palestin yang tinggal di "Kawasan C" daripada yang diduduki di Tebing Barat, menurut angka baru  diterbitkan minggu ini oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan ( OCHA ).  
Kawasan C yang membentuk lebih daripada 60 peratus daripada Tebing Barat yang diduduki, termasuk Jerusalem Timur , yang ditetapkan untuk kawalan penuh Israel awam dan tentera 1995 oleh perjanjian Oslo II. Kawasan ini adalah rumah kepada 532 komuniti kediaman, "menjejaskan beberapa komuniti yang paling lemah di Tebing Barat dari segi keperluan kemanusiaan," menurut PBB.
Tetapi  Naftali Bennett , seorang ahli politik berhaluan kanan yang melampau dan Menteri Ekonomi dan Perdagangan, sebelum ini mendakwa bahawa hanya 50,000 rakyat Palestin tinggal di Kawasan C. Bennett, yang adalah dari (Yahudi Rumah) pihak Habayit Hayehudi,menggesa Israel untuk menjajah sepenuhnya kawasan itu  dan mengenakan kerakyatan Israel pada penduduknya.
Pada tahun 2008, NGO Israel Bimkom sebelum ini menganggarkan Kawasan C adalah rumah kepada antara 150,000 dan 180,000 rakyat Palestin, sebagai wartawan Amira Haas dilaporkan di harian Israel Haaretz .

Menembak zon

OCHA menganggarkan bahawa kira-kira 18 peratus daripada Tebing Barat ditetapkan sebagai zon tentera tertutup untuk aktiviti ketenteraan. Sesetengah 6,224 rakyat Palestin hidup dalam masyarakat di kawasan-kawasan ini, yang dikenali sebagai "zon tembakan"masyarakat. Satu lagi lebih daripada 12,000 tinggal berdekatan mereka.
Dalam Masaffar Yatta - dipanggil "Firing Zon 918" oleh pihak berkuasa pendudukan Israel - lebih daripada 2,000 orang dijadual pengusiran dan telah hidup dalam keadaan yang tidak menentu untuk tahun.
Pada September 2013, dua belas keluarga (sekitar 120 orang) telah dipaksa apabila jentolak Israel memusnahkan masyarakat Khirbet al-Makhul di Lembah Jordan, sebagai Dylan Collins dilaporkan Intifada Elektronik pada masa itu.
Sebahagian besar daripada Palestin "zon tembakan" masyarakat bergantung kepada penggembala dan pertanian untuk kehidupan ekonomi mereka. Lebih daripada 80 peratus daripada mereka telah melaporkan "penurunan dalam bilangan ternakan mereka dalam tempoh dua tahun lepas berikutan beberapa langkah Israel, termasuk perancangan dan pengezonan terbatas, peneroka keganasan dan aktiviti ketenteraan," kata OCHA lembaran fakta dilaporkan.

Jerusalem

Menurut statistik, daerah Jerusalem yang merupakan bahagian yang paling padat dengan penduduk Kawasan C, di mana 74,000 penduduk Palestin tinggal.
Di Timur Baitulmuqaddis, Israel mengenakan web kompleks birokrasi pada penduduk asli di bandar ini Palestin sebagai sebahagian daripada proses berterusan mengusir mereka untuk memberi laluan kepada perluasan penempatan Yahudi sahaja.
Berhampiran koloni penempatan Israel di Ma'ale Adumim , beberapa 2,800 Palestin Badwi - lebih daripada 85 peratus sudah pelarian - tinggal di Jerusalem tetapi timurdinding Israel di Tebing Barat .
Beratus-ratus keluarga telah dipindahkan secara paksa pada masa lalu, dan hari ini semua masyarakat mempunyai tanah dicuri oleh penempatan dan hidup tanpa elektrik.Pihak berkuasa Israel juga telah mengeluarkan perintah perobohan kepada majoriti rumah.
Penduduk Palestin di Timur Baitulmuqaddis memegang kad pengenalan biru khas Israel-dikeluarkan. Israel kumpulan hak asasi manusia B'Tselem menganggarkan bahawa lebih dari 14,000 orang telah mempunyai Jerusalem-residensi mereka dibatalkan sejak 2000.
Antara 1999 dan 2012, pihak berkuasa Israel merobohkan 928 rumah di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, mengikut statistik B'Tselem ini .

Impian

Di bawah adalah senarai anggaran membimbangkan lain daripada OCHA fakta kunci:
  • Pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan perintah perobohan kepada hampir 70 kawasan perumahan Palestin.
  • 49 peratus masyarakat mengalami sekatan yang teruk ke atas kebebasan pergerakan.
  • Separuh daripada masyarakat mempunyai atau mengalami rampasan tanah.
  • 21 peratus mengalami keganasan fizikal oleh peneroka Israel.
  • 32 peratus mengalami serangan peneroka pada harta mereka.
  • 27 peratus daripada penduduk di Kawasan C sudah pelarian PBB yang berdaftar di kem-kem yang sesak yang membentuk hanya enam peratus daripada jumlah kawasan.
"Ini rumah kami," Naftali Bennet berkata pada persidangan penduduk Israel pada Januari 2013 "Kami adalah penyewa di sini, bukan penghuni."
Tetapi walaupun senarai yang semakin bertambah-dasar Israel yang direka untuk menggantikan dan ghettoize Palestin di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Timur Jerusalem, terdapat hampir dua kali ganda Palestin masih tinggal di Kawasan C daripada anggaran sebelumnya.
Walaupun pelan Bennett itu sudah mustahil, hakikat bahawa lebih 300,000 rakyat Palestin hidup di kawasan yang dia mahu menjajah bermakna bahawa reka bentuk perkauman beliau juga lebih sedikit daripada mimpi paip.