Dua wanita Palestin cedera
Penduduk Palestin membantah tindakan Israel merampas tanah milik mereka di kampung Kfar Qddum, berhampiran Nablus, Jumaat lalu.
TEBING BARAT - Sekurang-kurangnya dua wanita cedera dalam serangan yang dilancarkan tentera Israel ke atas kumpulan penunjuk perasaan di Hebron, kelmarin.

Askar rejim Zionis turut menahan tiga individu ketika protes yang diadakan di kejiranan Um al-Kheir, timur Al-Khalil sebagai membantah projek  peluasan penempatan haram pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Serangan dan penahanan penduduk Palestin juga dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu, menurut laporan Press TV.

Pada masa ini, terdapat lebih setengah juta pendatang haram Yahudi tinggal di lebih 120 kawasan penempatan haram yang dibina secara meluas sejak pendudukan Israel pada 1967.