Wednesday 25 September 2013

Berita | Masjidil Aqsa Hari Ini

1. Tentera Zionis telah memperkasakan kekuatan mereka di Tebing Barat,disebabkan oleh ketidak puas hatian mereka yang meluap-luap serta kemarahan yang meletus dalam menghadapi pertempuran dengan rakyat Palestin,terutamanya disebabkan oleh pembunuh 2 askar Israel yang menyebabkan berlakunya pertikaian semenjak seminggu yang lalu.

2. Orang ramai berkumpul untuk keluar memberikan bantuan kepada Al-Aqsa 5 jam yang lalu.

3.Kemenangan buat Al-Aqsa | Kelihatan beberapa orang Yahudi yang kuat beribadah sedang membuat perkumpulan tanpa memecah masuk Aqsa.

4. Penduduk Yahudi menganjurkan suatu perarakan ke Maqam Nabi Saleh untuk menguasai makam tersebut.

sumber: Gazanow [AAB]
#aqsasyarif
 
Palestin Hari Ini

Berita | Palestin Hari Ini

1. Setelah dikepung oleh tentera Zionis, para penduduk melaungkan sepenuh hati "birruh biddam nafdika ya Aqsa" yang bermaksud "dengan jiwa ,dengan darah kami akan bebaskan Aqsa"

2. Gambar pencerobohan Tentera Israel ke atas Masjidil Aqsa dua jam lalu.

3. Duta Palestin di Mesir, Barakat al-Farra mengishtiharkan bahawa lintasan Rafah akan dibuka Rabu depan, yang kedua bulan depan, untuk tempoh tiga hari, jemaah hanya dibenarkan menyeberangi Gaza sahaja.

Beliau ,al-Farra memberitahu berita rasmi,bahawa pada petang Selasa 2300 jemaah jemaah Gaza akan dipindahkan dari Rafah dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, dan dari sana ke King Abdul Lapangan Terbang Antarabangsa Aziz di Jeddah untuk menunaikan haji atas kapal Palestin Airlines.

Beliau menambah lagi bahawa hubungan yang berterusan dengan pihak berkuasa Mesir untuk membuka laluan sebelum tarikh akhir, untuk membolehkan pelajar untuk menghadiri universiti mereka secepat mungkin.

4. Menurut Yayasan Al-Aqsa pada petang Selasa semalam bahawa tentera Zionis di bandar Jerusalem sudah mula menghalang mereka yang di bawah umur 45 tahun daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

Yayasan itu memberi keterangan didalam akhbar petang Selasa bahawa hal ini adalah sebahagian daripada kempen untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk penduduk ke masjid akhir-akhir ini.

Ia menegaskan bahawa tentera Israel mengenakan tindakan yang keras keatas penduduk yang memasuki Masjidil Aqsa sejak pagi Ahad lepas.Mereka mengambil kad pengenalan dan tidak membenarkan mereka masuk dalam tempoh masa tertentu. Suasana menjadi tegang sehingga hari Selasa.

sumber: Gazanow , iarab.com[IZ]

Gaza : Di Ambang Kematian (2)

Artikel | Euromid Observer

Gaza : Di Ambang Kematian (2)

"Sekatan Yang Menyesakkan"

Satu laporan pada bulan Oktober 2011 oleh pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menyatakan sekatan ke atas Gaza melalui darat, udara dan laut ‘adalah satu penafian hak asasi manusia dan melanggar undang-undang antarabangsa serta menyebabkan hukuman kolektif yang menyekat segala import dan export, termasuk keluar masuk orang ramai ke Gaza dan akses kepada tanah pertanian dan perairan perikanan. Rakyat Gaza tidak dapat menyediakan keperluan kepada keluarga mereka, kualiti prasarana dan perkhidmatan penting semuanya telah merosot’.

Sebelum perlaksanaan pengepungan penuh oleh Israel ke atas Gaza pada 2007, terdapat enam laluan rasmi ke Gaza: Erez, Karni, Nahal Oz, Kerem Shalom dan Sufa (dengan Israel) dan Rafah (dengan Mesir). Sebelum 2007, purata sebanyak 70 trak eksport meninggalkan Gaza setiap hari dan 583 trak bekalan barangan dan kemanusiaan masuk.

Rujuk peta : http://bit.ly/17oHczA

Majoriti barangan melalui Karni, terletak di Utara-Timur Semenanjung Gaza.Karni merupakan saluran utama untuk pengimportan bahan api (seperti untuk penjanaan kuasa dalam Gaza) yang berpusat di Nahal Oz. Sejak Jun 2007 Karni telah ditutup, termasuk Belt Conveyor, mesin penghantar yang menghantar bijirin melalui dinding konkrit berperimeter besar. Sufa ditutup sepenuhnya pada September 2008. Kebanyakan barang-barang yang dibenarkan masuk ke Gaza kini masuk melalui saluran yang lebih kecil di Kerem Shalom yang terletak di titik persimpangan di selatan yang mana hanya sebahagiannya yang berfungsi. Dalam tempoh dua tahun pertama sekatan, secara purata hanya 112 lori setiap hari, satu perlima daripada bilangan sebelumnya yang dibenarkan masuk ke Gaza.

Eksport telah diharamkan sepenuhnya kecuali beberapa penghantaran kecil. Erez di Utara mempunyai kemudahan untuk mengawal masuk sejumlah besar orang yang masuk dan keluar Gaza, tetapi kini hanya berurusan dengan sebilangan kecil pelawat asing seperti pekerja bantuan dan segelintir rakyat Palestin yang dibenarkan atas urusan tertentu, terutamanya rawatan perubatan atau belajar diluar negara.

Ekonomi Gaza tidak dapat mencapai perkembangan dan kemajuan kerana Israel terus menyekat perdagangan luar negera, termasuk dengan Israel, dan urusan pemindahan untuk ke tebing barat atau dari Tebing Barat. Israel menghadkan akses laluan ke tanah pertanian dan perairan memancing, serta terdapat masalah elektrik yang kronik .Kekangan semasa tidak menggalakkan pelaburan, mencegah pertumbuhan yang mampan, dan mengekalkan tahap pengangguran, kekurangan makanan dan pergantungan bantuan.

Walaupun ekonomi Gaza menunjukkan sedikit peningkatan pada kadar purata 16 peratus antara 2011 dan 2012, ia hanya mencerminkan asas yang masih rendah. Ini boleh dikaitkan dengan kombinasi bantuan yang lebih tinggi ,aliran masuk barangan lebih tinggi dari aliran keluar barangan dari Gaza. Sebagai tambahan, pelonggaran sekatan ke atas kemasukan barangan dari Israel selepas serangan Israel ke atas Flotilla Gaza pada pertengahan 2010, dan peningkatan pembelian melalui terowong dari Mesir serta didorong oleh sektor pembinaan yang berkembang sebanyak 40% yang menyumbang kepada hampir 8% kepada pertumbuhan di Gaza 2012. Sektor pembinaan menarik nafas lega mengetahui bantuan bekalan bahan binaan yang akan datang terutamanya melalui terowong dari Mesir (lebih daripada 80% daripada bahan-bahan binaan). Sebelum berlakunya sekatan Israel pada tahun 2007, import purata Gaza melalui sempadan Israel adalah 583 trak, Sebaliknya, purata pada separuh pertama tahun 2013 hanya 270 trak menyebabkan ekonomi Gaza bergantung sepenuhnya kepada Terowong Mesir.

Artikel Asal : Slow Death | The collective punishment of Gaza
has reached a critical stage

Baca juga : Gaza | Di ambang kematian (1) : http://on.fb.me/181xe5G