Wednesday, 23 July 2014
Tank Merkava Tentara Zionis Israel hancur lagi ditembak
KENA LAGI!!!
Tank Merkava Tentara Zionis Israel hancur lagi ditembak militan Palestin Brigade Al-Qossam..
Total Tank yang ditembak hancur hingga kini ada 6 buah Tank.. Lebih dari 25 Tentara Zionis Israel TEWAS! Ini kali pertamanya Israel kehilangan banyak Alutsista dan Tentara..
Rakyat Palestina terus ditekan dengan semakin banyaknya kematian, sampai kini hingga 572 Rakyat Palestina tewas. HAMAS tidak lantas menyerah karena ini, justru mereka semakin KUAT.. Serangan DARAT Israel GAGAL TOTAL.. ALLAHU AKBAR!!! —
Tank Merkava Tentara Zionis Israel hancur lagi ditembak militan Palestin Brigade Al-Qossam..
Total Tank yang ditembak hancur hingga kini ada 6 buah Tank.. Lebih dari 25 Tentara Zionis Israel TEWAS! Ini kali pertamanya Israel kehilangan banyak Alutsista dan Tentara..
Rakyat Palestina terus ditekan dengan semakin banyaknya kematian, sampai kini hingga 572 Rakyat Palestina tewas. HAMAS tidak lantas menyerah karena ini, justru mereka semakin KUAT.. Serangan DARAT Israel GAGAL TOTAL.. ALLAHU AKBAR!!! —
MASJID RATA DIBOM ISRAEL..
Yang bilang ini bukan Perang Agama, inilah buktinya.. MASJID UMAT MUSLIM Rata dibom Zionis Israel..
Kalau ini bukan perang Agama, tak mungkin Masjid dibom.. Ini Perang Agama juga Perang Kemanusiaan.. Zionis Israel memang Laknatullah..
Kita sebagai umat islam, tidak boleh diam saja melihat kelakuan Israel ini. Minimalnya kita mengutuk kebrutalan Israel..
Israel bedil lima masjid
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Julai 2014
- Keadaan masjid yang musnah teruk selepas dibedil rejim Zionis.
Jurucakap polis, Ayman Batniji memaklumkan serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis ke atas 70 lokasi itu turut menyasarkan kompleks sukan dan kediaman bekas ketua Hamas.
"Serangan darat di kawasan terbabit juga telah memusnahkan beberapa rumah di sepanjang sempadan timur wilayah tersebut. Sekurang-kurangnya 19 bot nelayan hangus terbakar selepas dibedil tentera laut Israel dari Mediterranean," katanya dipetik AFP.
Amnesty International melaporkan lebih 2,000 rumah di Genting Gaza musnah akibat bedilan rejim Zionis hingga menyebabkan lebih 100,000 kehilangan tempat tinggal ketika ini.
Sehingga kini, lebih 600 penduduk Palestin terkorban manakala lebih 3,500 lagi cedera dalam serangan Israel yang dilancarkan sejak 15 hari lalu.
Israel guna bom fosforus putih
23 Julai 2014
- Bayi berumur lima bulan adalah antara mangsa kekejaman terbaharu rejim Zionis di Gaza.
Perkara itu didedahkan selepas seorang doktor di Norway mengecam tindakan rejim Zionis kerana menggunakan bom beracun terhadap penduduk Palestin.
Difahamkan, Israel pernah menggunakan jenis bom sama ketika Perang Lapan Hari tercetus pada 2012, menurut Press TV.
Sementara itu, sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan penembak tepat dikerah untuk membunuh orang awam di kawasan kejiranan Shujaiya.
Menurut Gerakan Perpaduan Antarabangsa, seorang penduduk yang mahu pulang ke rumahnya telah ditembak mati tanpa perikemanusiaan.
Lebih 40 askar Israel maut
23 Julai 2014
GENTING GAZA - PALESTIN. Lebih 40 askar Israel maut dalam insiden pertempuran dengan sayap bersenjata gerakan Hamas yang tercetus sejak 8 Julai lalu.
Jurucakap Hamas memberitahu seramai 15 lagi askar rejim Zionis terkorban ketika bertempur dengan Briged al-Qassam di timur Genting Gaza.
Difahamkan, angka kematian askar Israel semakin meningkat selepas Operasi Perlindungan Sempadan diperluaskan pada Jumaat lalu.
Sebelum ini, Israel bertindak menyembunyikan jumlah sebenar anggota yang terbunuh kononnya kerana mahu mengaburi mata masyarakat dunia sedangkan hakikat sebenarnya mereka amat menggeruni al-Qassam.
palestin
Pengganas Israel membunuh ribuan rakyat Palestin. Akan tetapi Allah menggantikannya dengan hampir 4500 orang bayi dilahirkan sepanjang tempoh serangan kebinatangan Israel ke atas bumi Gaza.
Pelik tapi benar. Perjuangan rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza diteruskan oleh para wanitanya, sebagai satu tindakan mencabar israel dan strategi mempersiapkan generasi pelapis para Mujahidin.
Satu penghormatan daripada kita terhadap para wanita yang bakal menggoncangkan jiwa pengganas-pengganas Israel dan menjadikan tidur malam sang penjenayah Israel dipenuhi dengan mimpi-mimpi ngeri!
Pelik tapi benar. Perjuangan rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza diteruskan oleh para wanitanya, sebagai satu tindakan mencabar israel dan strategi mempersiapkan generasi pelapis para Mujahidin.
Satu penghormatan daripada kita terhadap para wanita yang bakal menggoncangkan jiwa pengganas-pengganas Israel dan menjadikan tidur malam sang penjenayah Israel dipenuhi dengan mimpi-mimpi ngeri!
AL-ASY’AL : INISIATIF SENYAP MESIR BAGI MENGHAPUSKAN PENENTANGAN DI GAZA
Rabu, 23-07-2014 - Dr Abdullah Asy’al, profesor undang-undang, Mesir, memberi amaran bahawa usaha bersungguh-sungguh Mesir bagi menjadi pendamai di antara pergerakan Hamas dan pihak penjajah Zionis, yang sudahpun mendapat perkenan menteri luar negara-negara Arab, sebenarnya bertujuan melucutkan senjata milik pergerakan itu dan memaksa mereka keluar dari Gaza.
Al-Asy’al dalam isyaratnya memberitahu Quds Press bahawa beliau percaya, usaha rejim Mesir itu adalah supaya Hamas melucutkan semua senjata mereka dan menyerahkan Gaza kembali kepada Israel.
Beliau berkata, “Israel bersedia melaksanakan peperangan darat pada hari ini bagi menghapuskan pergerakan Hamas, namun kementerian luar Arab cuba menghalang hal ini berlaku. Cuma syaratnya, Hamas perlu melucutkan senjata, serta keluar dari Gaza dan kembali ke wilayah lain. Kita berada di antara dua pilihan. Hamas perlu menghapuskan Israel bersendirian, ataupun negara Arab terpaksa melucutkan senjata Hamas bagi pihak Israel.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff
MANTAN PENDETA YAHUDI: HAMAS BERJAYA MENUNDUKKAN ISRAEL
Rabu, 23-07-2014 - Mantan Pendeta Yahudi bagi tentera Zionis, Ovijaa Rontsakhi menolak keputusan Menteri Kabinet agar melakukan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Rontsakhi dalam kenyataannya yang disiarkan dalam media massa Ibrani pada hari selasa menganggap gencatan senjata bersama gerakan Palestin itu bermaksud Hamas berjaya menundukkan seluruh negara ke lututnya.
Beliau berkata lagi, Hamas tidak kisah berapa banyak peluru berpandu yang telah membunuh. Namun yang penting baginya ialah imej Israel yang melarikan diri ke kem pelarian. Keputusan Kabinet akan menguatkan roh perjuangan kepada Hamas yang membolehkan mereka mengalahkan
Israel. Hamas dan rakyat Palestin mendapat kekuatan melalui semangat perjuangan kerana mereka tidak mempunyai kereta kebal atau pesawat udara. Oleh itu, keputusan itu menjadikan mereka mampu memiliki negara ini sepenuhnya dan menyebabkan Israel melarikan diri ke kem
pelarian.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah
Ambulans pun turut hancur dalam tragedi Hayy Syujaiyyah.
Ambulans pun turut hancur dalam tragedi Hayy Syujaiyyah.
Lihat bulatan merah.
Ia menunjukkan perkataan ambulans dalam bahasa Arab.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
[IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Lihat bulatan merah.
Ia menunjukkan perkataan ambulans dalam bahasa Arab.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
[IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Kelihatan helikopter masih belum berhenti mengangkut tentera rejim Zionis yang cedera ke Hospital Soroka, Beersheba.
Terkini
Kelihatan helikopter masih belum berhenti mengangkut tentera rejim Zionis yang cedera ke Hospital Soroka, Beersheba.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : Ghazzah al-Aan [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Kelihatan helikopter masih belum berhenti mengangkut tentera rejim Zionis yang cedera ke Hospital Soroka, Beersheba.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : Ghazzah al-Aan [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Damailah dikau dalam syurga-Nya.
| Terkini
Muhammad Ahmad Al-Badi, berumur 6 bulan syahid, menjejaki ayahnya yang syahid dua jam lalu di Beit Lahia.
Damailah dikau dalam syurga-Nya.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : Shehab [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Muhammad Ahmad Al-Badi, berumur 6 bulan syahid, menjejaki ayahnya yang syahid dua jam lalu di Beit Lahia.
Damailah dikau dalam syurga-Nya.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : Shehab [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Amerika Syarikat menghentikan semua penerbangan pesawatnya ke Israel berikutan ancaman roket-roket dari Gaza.
| Terkini
Amerika Syarikat menghentikan semua penerbangan pesawatnya ke Israel berikutan ancaman roket-roket dari Gaza.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : QNN [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Amerika Syarikat menghentikan semua penerbangan pesawatnya ke Israel berikutan ancaman roket-roket dari Gaza.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : QNN [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Max, datang dari Los Angeles untuk berkhidmat sebagai tentera rejim Zionis. Dia terbunuh di Gaza.
| Terkini
Max, datang dari Los Angeles untuk berkhidmat sebagai tentera rejim Zionis.
Dia terbunuh di Gaza.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : Shehab [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
—
Max, datang dari Los Angeles untuk berkhidmat sebagai tentera rejim Zionis.
Dia terbunuh di Gaza.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#PrayforMH17
Sumber : Shehab [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Gaza: Angka korban meningkat kepada 636 orang
HARAKAHDAILY | .
GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin semalam mengumumkan angka korban akibat serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 semalam kini meningkat kepada 636 orang.
"Sekurang-kurangnya 636 terbunuh dan 4040 yang lain cedera dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza semalam," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qodra.
Beliau memaklumkan dari jumlah itu, sebahagiannya iaitu sekurang-kurangnya 162 orang adalah kanak-kanak dan 78 lagi wanita.
Tentera Zionis Israel memulakan serangan ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu meliputi serangan udara dan laut, manakala pada Khamis serangan darat secara besar-besaran dimulakan.
Sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam turut membuat serangan balas sebagai mempertahankan tanah Gaza.
Pihak tentera rejim Israel sehingga kini mengumumkan lebih 30 askar mereka telah terkorban sejak serangan dimulakan.
Menurut perangkaan rasmi Israel, 30 Israel - termasuk dua orang awam - telah sejak terbunuh sejak pertempuran bermula. -HARAKAHDAILY 23/7/2014
Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya meletupkan sebuah kenderaan tentera musuh
Gambar Hiasan
|
Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya meletupkan sebuah kenderaan tentera musuh dengan periuk api berskala besar di Timur Hayyu Tuffah lalu memusnahkannya secara total.
Gaza 7:26 PM
Perang Hari ke-15
Sumber;
Al-Qassam
Gaza: Israel sahkan dua lagi askarnya maut
HARAKAHDAILY | .
GAZA: Pihak tentera Israel (IDF) dalam satu kenyataan rasmi hari ini mendedahkan dua lagi askar mereka maut ketika menyerang Gaza petang semalam.
Jurucakap pasukan tentera rejim itu berkata, kedua-dua mereka terbunuh ketika bertempur dengan sayap kanan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam.
Salah seorang mayat askar telah dikenal pasti sebagai Sarjan Oded Ben Sira, 22, dari Nir Etzion.
Kenyataan itu menyebut, majlis pengkebumian akan diadakan pada petang Selasa di tanah perkuburan tentera Nir Etzion.
Nama askar kedua bagaimanapun belum didedahkan untuk penerbitan.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah pegawai dan anggota tentera rejim Zionis yang terbunuh setakat ini kepada 27 orang.
Al-Qassam dalam kenyataannya bertegas tidak akan berdiam diri dengan operasi tentera penceroboh yang kini melakukan serangan darat, laut dan udara ke atas penempatan penduduk di Gaza.
Sejak tentera rejim melancarkan serangan bermula 7 Julai lalu, seramai 573 orang Palestin gugur syahid manakala 3,400 lagi dilaporkan.
Sebahagian besar mereka adalah wanita dan kanak-kanak. -HARAKAHDAILY 22/7/2014
Jurucakap pasukan tentera rejim itu berkata, kedua-dua mereka terbunuh ketika bertempur dengan sayap kanan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam.
Salah seorang mayat askar telah dikenal pasti sebagai Sarjan Oded Ben Sira, 22, dari Nir Etzion.
Kenyataan itu menyebut, majlis pengkebumian akan diadakan pada petang Selasa di tanah perkuburan tentera Nir Etzion.
Nama askar kedua bagaimanapun belum didedahkan untuk penerbitan.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah pegawai dan anggota tentera rejim Zionis yang terbunuh setakat ini kepada 27 orang.
Al-Qassam dalam kenyataannya bertegas tidak akan berdiam diri dengan operasi tentera penceroboh yang kini melakukan serangan darat, laut dan udara ke atas penempatan penduduk di Gaza.
Sejak tentera rejim melancarkan serangan bermula 7 Julai lalu, seramai 573 orang Palestin gugur syahid manakala 3,400 lagi dilaporkan.
Sebahagian besar mereka adalah wanita dan kanak-kanak. -HARAKAHDAILY 22/7/2014
Tragedi MH17 dan Gaza: Abim gesa kurangkan hiburan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR:Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa pihak kerajaan khususnya agensi di bawah Kementerian Penerangan agar mengurangkan aktiviti berbentuk hiburan sepanjang akhir bulan Ramadan al-Mubarak ini.
Naib Presidennya, Hasri Harun berkata kedapatan usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat khususnya stesen radio dan televisyen menggerakkan program sambutan menjelang hari Raya Idulfitri.
“Sesungguhnya Abim berpandangan bahawa pihak berwajib harus peka dan prihatin dengan suasana dan permasalahan terkini yang berlaku khususnya di bulan yang mulia ini.
“Ia termasuklah isu pembunuhan rakyat Islam di Palestin oleh tentera rejim Israel yang amat mendukacitakan seluruh dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Abim juga menyeru agar kempen digerakkan oleh seluruh rakyat malaysia agar mengurangkan aktiviti hiburan yang mana ia bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan yang masih berbaki dan memberikan keselesaan kepada umat islam untuk beribadah dengan tenang sepanjang akhir Ramadan ini.
Katanya, program-program berbentuk kerohanian sama ada dari pelbagai agama juga wajar dijalankan agar dapat sama-sama mendoakan agar negara dihindari dari sebarang malapetaka pada masa akan datang.
“Abim juga menarik perhatian agar pihak stesen televesyen supaya sama-sama kita menghormati bulan yang mulia ini di samping menghormati peristiwa yang amat besar dalam sejarah negara, termasuk kehilangan MH370 dan kes terbaru iaitu MH17 yang ditembak di Ukraine,” ujarnya.
Beliau menambah, usaha ini juga bagi sama-sama menghormati saat kesedihan keluarga penumpang pesawat dan keluarga krew terbabit. –HARAKAHDAILY 22/7/2014
Naib Presidennya, Hasri Harun berkata kedapatan usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat khususnya stesen radio dan televisyen menggerakkan program sambutan menjelang hari Raya Idulfitri.
“Sesungguhnya Abim berpandangan bahawa pihak berwajib harus peka dan prihatin dengan suasana dan permasalahan terkini yang berlaku khususnya di bulan yang mulia ini.
“Ia termasuklah isu pembunuhan rakyat Islam di Palestin oleh tentera rejim Israel yang amat mendukacitakan seluruh dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Abim juga menyeru agar kempen digerakkan oleh seluruh rakyat malaysia agar mengurangkan aktiviti hiburan yang mana ia bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan yang masih berbaki dan memberikan keselesaan kepada umat islam untuk beribadah dengan tenang sepanjang akhir Ramadan ini.
Katanya, program-program berbentuk kerohanian sama ada dari pelbagai agama juga wajar dijalankan agar dapat sama-sama mendoakan agar negara dihindari dari sebarang malapetaka pada masa akan datang.
“Abim juga menarik perhatian agar pihak stesen televesyen supaya sama-sama kita menghormati bulan yang mulia ini di samping menghormati peristiwa yang amat besar dalam sejarah negara, termasuk kehilangan MH370 dan kes terbaru iaitu MH17 yang ditembak di Ukraine,” ujarnya.
Beliau menambah, usaha ini juga bagi sama-sama menghormati saat kesedihan keluarga penumpang pesawat dan keluarga krew terbabit. –HARAKAHDAILY 22/7/2014
Gaza: 573 gugur syahid termasuk wartawan
HARAKAHDAILY | .
GAZA: Semalam adalah hari ke-15 berturut-turut tentera Zionis Israel melancarkan serangan terhadap penduduk Gaza.
Sehingga semalam, jumlah korban terus meningkat kepada 573 orang manakala 3,400 lagi dilaporkan cedera yang sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu juga, ribuan rumah lagi musnah dalam serangan bom tentera Israel.
Semalam juga seorang petugas media Palestin Khaled Hamad terbunuh ditembak tentera Israel.
Hamad, 25, yang bekerja untuk syarikat Continue TV, ditembak mati ketika membuat liputan operasi tentera Israel di kejiranan Shujaia di bandar Gaza.
Israel juga dikatakan mensasarkan beberapa lagi wartawan tempatan dalam usaha menyekat penyebaran maklumat kekejaman mereka kepada dunia.
Wartawan Mahmoud Al-Louh dan jurukamera Kareem Tartouri turut menjadi sasaran Israel apabila mereka diserang semalam.
Mahmoud dan Kareem yang berkerja dengan stesen radio Al-Ashab dilaporkan cedera.
"Wartawan mesti dibenarkan untuk melaporkan apa yang berlaku dan tidak disasarkan oleh tentera untuk kerja-kerja mereka.
"Kami menyeru Israel untuk menghormati hak-hak dan kebebasan media Palestin, " kata Presiden Persekutuan Wartawan Antarabangsa Jim Boumelha.
Selain itu, agensi berita antarabangsa CNN turut dilaporkan memanggil balik wartawan mereka, Diana Magnay ekoran tindakan beliau mengutuk Israel.
Beliau membuat kenyataan itu di Twitter ekoran melihat penduduk Israel bersorak melihat pembunuhan beramai-ramai ke atas warga Palesti oleh tentera rejim. - HARAKAHDAILY 22/7/2014
Kata dua Ban Ki-moon kepada Israel dan Hamas: Hentikan pertempuran
2014/07/23
BANDARAYA GAZA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memberi kata dua kepada Israel dan Hamas supaya menghentikan keganasan di Gaza yang kini sudah meragut lebih 620 nyawa rakyat Palestin.
Berikutan perbincangan gencatan senjata peringkat tertinggi di Kaherah, Ban menuju pula ke Israel bagi menyampaikan sendiri mesej berkenaan ketika konflik selama 15 hari itu tidak menampakkan keredaan.
“Mesej saya kepada Israel dan Palestin adalah sama: Henti bertempur, mula berbincang dan lihat punca utama konflik agar kita tidak terjebak dalam situasi sama dalam tempoh enam bulan atau setahun akan datang,” katanya.
Di Kaherah, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry membincang cadangan gencatan senjata dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan kedua-dua mereka melahirkan harapan agar keganasan akan tamat. - AFP
Israel tembak mati rakyat Palestin di Tebing Barat awal hari ini
2014/07/23
RAMALLAH: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin pada pertempuran awal hari ini di perkampungan Hussan, Tebing Barat dekat Bethlehem, kata sumber keselamatan Palestin.
Mangsa dikenali sebagai Mahmud al-Hamamra, 32 dan berkata, mangsa ditembak di dada ketika membaling batu ke arah tentera Israel.
Sementara itu, sumber tentera Israel berkata, tiada maklumat mengenai insiden itu tetapi akan menyiasat. - AFP
Amerika Syarikat, Eropah batal penerbangan ke Tel Aviv
2014/07/23
BAITULMAQDIS: Penerbangan dari Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah serta Kanada ke Tel Aviv dibatalkan berikutan konflik Israel-Gaza yang turut membabitkan kawasan berdekatan lapangan terbang Ben-Gurion.
Serangan roket semalam adalah antara sasaran terdekat dengan lapangan terbang berkenaan setakat ini yang memusnahkan sebuah rumah dan mencederakan seorang rakyat Israel di kawasan Yehud.
Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat melarang pesawatnya daripada terbang ke Tel Aviv selama 24 jam kerana keadaan merbahaya yang dicetuskan oleh konflik antara Israel dan Gaza.
Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah juga mengeluarkan kenyataan kepada syarikat penerbangan menasihati mereka supaya mengelakkan lapangan terbang berkenaan.
Penerbangan Lufthansa dari Jerman, Air France, Air Canada, Alitalia, penerbangan Belanda KLM, easyJet Britain, penerbangan Turki dan penerbangan Aegean Greece adalah antara syarikat yang membatalkan penerbangan ke Tel Aviv atas alasan keselamatan dan keganasan yang semakin meningkat. - AP
Mahu musnah terowong Hamas
Baitulmaqdis: Israel tidak akan menghentikan serangan terhadap penduduk Palestin di Gaza sehingga operasi memusnahkan terowong yang digunakan kumpulan pejuang untuk menyerang negara Yahudi itu selesai.
Menteri Kehakiman rejim Zionis, Tzipi Livni yang berkata demikian menolak semua syarat yang dikemukakan Hamas bagi menghentikan serangan.
Menurutnya, sebarang gencatan senjata dalam waktu terdekat tidak akan dicapai selagi operasi belum berakhir.
“Pertama sekali, gencatan senjata tidak akan terjadi sebelum kami menyelesaikan operasi memusnahkan terowong berkenaan.
“Kedua, ia tidak akan terjadi dengan penerimaan sebarang syarat yang diletakkan Hamas,” katanya.
Pegawai Hamas sudah menggariskan beberapa syarat sebelum mereka bersetuju melakukan gencatan senjata.
Antara syarat utama ialah Israel menghentikan kepungan selama lapan tahun ke atas Gaza dan membebaskan tahanan veteran yang ditangkap semula selepas dibebaskan pada 2011. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23
Zionis bom lima masjid
Gaza: Israel semalam melancarkan serangan terhadap 70 sasaran di di Gaza, termasuk lima masjid, kompleks sukan dan rumah bekas pemimpin Hamas.
Keganasan yang dimulakan sejak dua minggu lalu itu kini mengorbankan lebih 600 penduduk Palestin.
Jurucakap polis Gaza, Ayman Batniji berkata, dalam serangan terbaru semalam, tentera Zionis turut mengebom lima buah masjid, sebuah pusat sukan dan kediaman keluarga Sheikh Ahmad Yassin, pengasas Hamas.
Dalam pada itu, Israel semalam mengumumkan dua lagi tenteranya mati, satu akibat tembakan dan satu lagi masih belum diketahui puncanya menjadikan, jumlah kematian di pihak mereka meningkat kepada 27.
Dalam pada itu, Israel semalam mengumumkan dua lagi tenteranya mati, satu akibat tembakan dan satu lagi masih belum diketahui puncanya menjadikan, jumlah kematian di pihak mereka meningkat kepada 27.
PEMANDANGAN dari atas menunjukkan keadaan sebuah masjid di Rafah, selatan Gaza selepas dibom tentera Israel.
Ia adalah jumlah kematian tertinggi tentera Israel sejak peperangan dengan kumpulan Syiah Lubnan pada 2006.
Selain itu dua orang awam Israel turut terkorban dalam konflik terbaru itu.
Rejim Zionis memulakan serangan ke atas Gaza pada 8 Julai lalu dengan alasan untuk menghentikan serangan roket Hamas dan memusnahkan terowong yang didakwa dibina kumpulan itu bagi tujuan melakukan serangan di negara Yahudi itu.
Dalam tempoh dua minggu pertempuran tercetus, sayap tentera Hamas, Briged Izuddin Al-Qassam sudah melancarkan kira-kira 2,000 serangan roket ke atas Israel dan ada di antaranya mengenai sasaran sejauh 100 kilometer dari Gaza.
Serangan udara yang berterusan semalam menyebabkan letupan besar dan menggegarkan Gaza sejurus sebelum azan subuh berkumandang.
Serangan semalam turut menyaksikan kereta kebal Israel memusnahkan beberapa buah rumah di sepanjang sempadan timur wilayah berkenaan.
Selain itu, 19 kapal nelayan turut musnah akibat serangan tentera laut Yahudi.
Dalam pada itu, pemimpin kanan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh berkata, 1.7 juta orang di wilayah itu berkongsi matlamat yang sama iaitu mendesak Israel dan Mesir menghentikan kepungan sebelum mereka menerima sebarang pelan gencatan senjata.
“Kami tidak akan berpatah balik dan mendiamkan diri dengan kematian yang berlaku.
“Seluruh Gaza memutuskan untuk menghapuskan sekatan ini dengan darah dan keberanian mereka,” katanya.
Sementara itu, seorang anggota tentera Israel hilang berikutan pertempuran sengit di Semenanjung Gaza.
Pegawai pertahanan rejim Zionis bagaimanapun berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada anggota itu mati atau hidup.
Perkembangan itu dijangka menyukarkan lagi usaha diplomatik untuk menamatkan keganasan rejim itu di Gaza yang sudah meragut lebih 600 nyawa warga Palestin, sebahagian besarnya penduduk awam.
Menurut pegawai itu, askarnya hilang selepas pertempuran sengit di Gaza hujung minggu lalu.
Sementara itu, media Israel berkata, askar berkenaan hilang ketika berada dalam kereta perisai yang menyerang daerah Shijaiyah di Semenanjung Gaza hujung minggu lalu.
Enam tentera Israel mati dalam pertempuran berkenaan.
Hamas sebelum ini mendakwa menawan seorang askar Israel. Tentera Israel bagaimanapun tidak mengesah atau menafikannya.
Pada masa lalu, Israel rejim itu terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan semula anggotanya tenteranya yang terbunuh atau diculik.
Bagi Israel, askar yang ditahan akan menjadi mimpi ngeri. Sayap bersenjata Hamas menawan seorang askar Zionis pada 2006 dan menahannya di Gaza sehingga Israel membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin. - AP
Bekalan kekuatan rohani
Oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman
Pembaca di Malaysia pasti pernah membaca atau mendengar mengenai Briged Al-Qassam, pasukan komando yang disandarkan harapan untuk membela dan mempertahankan bumi Palestin daripada terus diganyang rejim Israel.
Setiap anak-anak Palestin mengimpikan untuk menyertai Briged Al-Qassam, namun saya difahamkan bukan mudah untuk menyertainya.
Ini kerana setiap anggota pasukan komando elit bagi rakyat Palestin itu diwajibkan menghafaz al-Quran kerana kekuatan rohani mampu menewaskan aspek persenjataan tercanggih di dunia ini.
Saya berkesempatan berjumpa dengan salah seorang anggota pasukan briged berkenaan, namun identitinya terpaksa dirahsiakan bagi menjaga keselamatannya.
Saya berkesempatan berjumpa dengan salah seorang anggota pasukan briged berkenaan, namun identitinya terpaksa dirahsiakan bagi menjaga keselamatannya.
Usianya lingkungan 30-an, raut mukanya manis, tutur kata lembut dan peramah. Tiada siapa tahu lelaki itu seorang komando Briged Al-Qassam yang bertugas menjaga keamanan di sempadan.
Hasil perbualan saya dengannya lebih sejam di sekitar Bandar Gaza, tempoh hari, ia memberi satu definisi baru bahawa kekuatan mereka bukanlah daripada aspek persenjataan yang canggih, namun banyak disebabkan faktor dalaman.
Setiap pelatih yang belum diserap masuk ke dalam briged berkenaan diwajibkan mendirikan solat subuh secara berjemaah selama empat tahun tanpa gagal. Jika tercicir cuma untuk satu hari sekali pun, mereka sudah dianggap gagal.
Tingkah laku mereka juga sentiasa diawasi oleh penyelia bagi memastikan anggota tentera yang lahir daripada Al-Qassam adalah yang bertakwa kepada Allah SWT dan yakin hanya Allah SWT pelindung dan pemberi kemenangan.
Dunia barat melabelkan Al-Qassam sebagai pengganas kerana kononnya mengancam keselamatan penduduk Israel sedangkan tugas utama briged itu sebenarnya adalah menjaga kepentingan rakyat Palestin.
Untuk makluman semua, saya juga agak terkejut dengan kemampuan Al-Qassam apabila dimaklumkan bahawa mereka mempunyai beberapa dron (pesawat tanpa pemandu) yang digelar Ababil, selain dron menyerang yang mampu membawa roket.
100,000 penduduk Palestin berlindung
BANDAR GAZA - Lebih 100,000 penduduk Palestin mendapatkan perlindungan di 69 buah sekolah yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) ekoran serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Penduduk-penduduk Palestin itu berlindung daripada serangan udara dan darat tentera Israel yang bermula pada 8 Julai lalu.
Dua wanita termasuk seorang yang hamil terbunuh dalam serangan tentera Israel yang berlaku di Zaitun, timur Gaza semalam.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata, puluhan lagi penduduk Palestin terkorban semalam dan ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 587 orang.
Jet-jet pesawat Israel telah membedil lebih 70 sasaran di Semenanjung Gaza termasuk kediaman milik pemimpin-pemimpin sayap tentera pergerakan Hamas, lima buah masjid dan stadium bola sepak.
Bedilan kereta kebal turut memusnahkan beberapa rumah di sepanjang sempadan di timur wilayah Gaza.
Sekurang-kurangnya 19 buah bot nelayan Palestin terbakar selepas ditembak dari kapal laut Israel di Laut Mediterranean.
Dua anggota tentera Israel turut terbunuh di Gaza, kata tentera Israel semalam. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz38F6FeHJx
Hakcipta terpelihara
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas Gaza
KUALA LUMPUR 23 Julai - Malaysia mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel yang berterusan menyerang Gaza termasuk serangan terbaru di bandar Shejaija dan Hospital Al-Aqsa, semalam.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, serangan tersebut yang telah meragut sekurang-kurangnya 100 orang awam yang tidak berdosa termasuk 17 kanak-kanak dan 14 wanita.
Menurutnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan dengan mengambil tindakan drastik dalam menghentikan kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
"PBB perlu membantu untuk mengamankan kembali Gaza. Serangan bertubi-tubi Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa merupakan jenayah kemanusiaan yang tidak seharusnya dimaafkan," kata kenyataan itu semalam.
Sehingga kini, serangan tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza telah mengorbankan 576 orang awam dan mencederakan lebih 3,500 orang, selain memusnahkan rumah dan kemudahan awam. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140723/dn_02/Malaysia-kecam-serangan-berterusan-ke-atas-Gaza#ixzz38F4GI700
© Utusan Melayu (M) Bhd
Hezbollah sokong Hamas
BEIRUT 22 Julai - Ketua pergerakan Hezbollah, Hassan Nasrallah menyokong perjuangan penduduk Palestin di Gaza dan yakin Israel bakal mengalami satu lagi kekalahan.
"Hezbollah serta penduduk Lebanon sentiasa berdiri teguh menyokong perjuangan intifada penduduk Palestin dan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pergerakan Hamas," kata Hassan kepada pemimpin Hamas, Khaled Meshaal dalam satu panggilan telefon.
Hassan turut menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan Hamas untuk mempertahankan diri dan mencapai kejayaan berdasarkan pengalaman kegagalan Israel menghancurkan Hezbollah dalam serangan ke atas Lebonan pada Julai 2006.
Sebelum ini, Hamas menuntut Israel menghentikan segera serangan ke atas Gaza dan menggesa penduduk Palestin yang ditahan di penjara Israel dibebaskan sebelum rundingan gencatan senjata kelolaan Mesir diadakan. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_11/Hezbollah-sokong-Hamas#ixzz38EyunG6Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Lebih 100,000 Palestin jadi pelarian
GAZA CITY 22 Julai - Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mendakwa bilangan penduduk Palestin yang melarikan diri dari Gaza ekoran serangan Israel ke atas wilayah Palestin itu, ketika ini sudah melebihi 100,000 orang.
"Ini merupakan saat yang begitu genting bagi UNRWA, apabila bilangan pelarian yang mencari perlindungan meningkat dua kali ganda berbanding konflik Gaza pada 2009," kata jurucakap UNRWA, Christopher Gunness dalam satu kenyataan.
UNRWA kini membuka 69 buah tempat perlindungan untuk didiami pelarian terbabit, pada ketika Israel memperhebatkan serangan ke atas Gaza.
Konflik Israel Palestin kali ini merupakan yang terburuk sejak Disember 2009, dengan angka korban akibat serangan ganas Israel sudah melebihi 600 orang. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_09/Lebih-100000-Palestin-jadi-pelarian#ixzz38EyFJy5V
© Utusan Melayu (M) Bhd
John Kerry kritik Israel
WASHINGTON 22 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dilihat mengkritik Israel ketika berbual semasa rehat seketika antara beberapa temu bual dengan sebuah stesen televisyen.
Portal berita Arab News melaporkan, Kerry dilihat berbual dengan seorang pegawai Jabatan Negara AS, Johanthan Finer melalui alat pembesar suara tentang askar Israel yang terbunuh di Gaza sebelum muncul dalam rancangan politik Fox News Sunday.
"Saya berharap mereka (Israel) tidak merasakan ia satu jemputan untuk melakukan lebih daripada apa yang ada sekarang.
`Ia lebih baik menjadi satu amaran kepada mereka,'' katanya.
Kerry yang kelihatan kecewa kemudian berkata, "Ia merupakan satu operasi yang jelas.'' yang menunjukkan kekecewaannya berhubung kematian orang awam dalam serangan Israel ke atas Gaza.
"Kita perlu pergi ke sana. Saya rasa Jon (Johanthan Finer), kita perlu ke sana malam ini. Saya rasa tidak munasabah mendiam diri sahaja. Mari kita pergi,'' katanya.
Bagaimanapun, apabila pengacara Fox menanyakan Kerry mengenai kenyataan itu, beliau mengulangi hak Israel untuk mempertahankan diri.
Kerry turut menggesa pergerakan Hamas menerima gencatan senjata bagi menyelamatkan nyawa penduduk Palestin.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_08/John-Kerry-kritik-Israel#ixzz38ExVf91s
© Utusan Melayu (M) Bhd
Zionis Israel bom lima buah masjid
GAZA CITY 22 Julai - Israel mengebom lima buah masjid, sebuah stadium sukan dan rumah bekas ketua tentera Hamas di Genting Gaza dalam serangan udara, awal hari ini.
Jurucakap polis Gaza, Ayman Batniji berkata, serangan udara Israel menyasarkan 70 sasaran di Genting Gaza termasuk rumah bekas ketua sayap tentera Hamas.
"Beberapa buah rumah turut rosak berdekatan sempadan Israel akibat serangan kereta kebal dan sekurang-kurangnya 19 bot nelayan dibakar dalam serangan tentera laut di Laut Mediterranean,'' katanya.
Beliau berkata, serangan bertubi-tubi itu mencetuskan letupan besar sehingga udara di Gaza City berwarna jingga.
Sebuah bangunan enam tingkat turut runtuh dalam serangan udara berkenaan.
Pemilik syarikat pembinaan, Ehad Batch, 40, berkata, beliau dan pekerjanya kini cuba mendapatkan dokumen daripada bangunan perniagaan tersebut yang runtuh.
"Saya tiada pekerjaan sejak tahun lepas ekoran Mesir menghalang terowong di sempadan Rafah yang membolehkan bahan binaan dibawa masuk ke dalam Gaza,'' katanya.
Serangan bertubi-tubi itu dilancarkan Israel ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry bertemu di Kaherah, Mesir untuk menjayakan gencatan senjata antara Israel-Hamas. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_07/Zionis-Israel-bom-lima-buah-masjid#ixzz38ExIdfte
© Utusan Melayu (M) Bhd
Komander Israel terbunuh
GOLAN 22 Julai - Seorang komander Israel daripada Bridged Golan, Kolonel Gassan Ulayan terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza.
Portal Piyungan Online melaporkan, Gassan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius dalam pertempuran tersebut.
Briged Izzuddin al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas melaporkan, mereka berjaya membunuh seorang komander rejim Zionis Israel berpangkat Kolonel serta sejumlah tentera Israel dalam serangan hendap di timur Gaza.
Namun begitu, bila dan di mana kejadian itu berlaku tidak dinyatakan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_05/Komander-Israel-terbunuh#ixzz38EwkqBPA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)