Wednesday, 23 July 2014

Bekalan kekuatan rohani


Pembaca di Malaysia pasti pernah membaca atau mendengar mengenai Briged Al-Qassam, pasukan komando yang disandarkan harapan untuk membela dan mempertahankan bumi Palestin daripada terus diganyang rejim Israel.
Setiap anak-anak Palestin mengimpikan untuk menyertai Briged Al-Qassam, namun saya difahamkan bukan mudah untuk menyertainya. 
Ini kerana setiap anggota pasukan komando elit bagi rakyat Palestin itu diwajibkan menghafaz al-Quran kerana kekuatan rohani mampu menewaskan aspek persenjataan tercanggih di dunia ini. 

Saya berkesempatan berjumpa dengan salah seorang anggota pasukan briged berkenaan, namun identitinya terpaksa dirahsiakan bagi menjaga keselamatannya.
Foto

Usianya lingkungan 30-an, raut mukanya manis, tutur kata lembut dan peramah. Tiada siapa tahu lelaki itu seorang komando Briged Al-Qassam yang bertugas menjaga keamanan di sempadan.

Hasil perbualan saya dengannya lebih sejam di sekitar Bandar Gaza, tempoh hari, ia memberi satu definisi baru bahawa kekuatan mereka bukanlah daripada aspek persenjataan yang canggih, namun banyak disebabkan faktor dalaman. 

Setiap pelatih yang belum diserap masuk ke dalam briged berkenaan diwajibkan mendirikan solat subuh secara berjemaah selama empat tahun tanpa gagal. Jika tercicir cuma untuk satu hari sekali pun, mereka sudah dianggap gagal. 

Tingkah laku mereka juga sentiasa diawasi oleh penyelia bagi memastikan anggota tentera yang lahir daripada Al-Qassam adalah yang bertakwa kepada Allah SWT dan yakin hanya Allah SWT pelindung dan pemberi kemenangan. 

Dunia barat melabelkan Al-Qassam sebagai pengganas kerana kononnya mengancam keselamatan penduduk Israel sedangkan tugas utama briged itu sebenarnya adalah menjaga kepentingan rakyat Palestin. 

Untuk makluman semua, saya juga agak terkejut dengan kemampuan Al-Qassam apabila dimaklumkan bahawa mereka mempunyai beberapa dron (pesawat tanpa pemandu) yang digelar Ababil, selain dron menyerang yang mampu membawa roket. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment