Tuesday 25 November 2014

Pelampau Yahudi bakar rumah penduduk Palestin


Keadaan rumah penduduk Palestin yang diserang pelampau Yahudi di Tebing Barat, semalam.
Keadaan rumah penduduk Palestin yang diserang pelampau Yahudi di Tebing Barat, semalam.
TEL AVIV - ISRAEL. Pelampau Yahudi dilaporkan membakar sebuah rumah milik penduduk Palestin di Tebing Barat, menurut media tempatan semalam.

Insiden berlaku di Khirbet Abu Fallah, 25 kilometer di utara Ramallah.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Datuk Bandar, Masud Abu Mura berkata ketika kejadian terdapat empat penghuni wanita berada di dalam rumah berkenaan.

"Kira-kira pukul 4 pagi, beberapa pelampau Yahudi membaling bom petrol dan menyebabkan sebahagian daripada rumah tersebut musnah dijilat api," katanya.

Abu Mura menambah, dalam serangan itu pelampau Yahudi turut melakar grafiti 'kematian kepada orang Arab' dalam bahasa Hebrew.

Awal bulan ini, sebuah masjid di al-Mughayir rosak teruk apabila diserang menggunakan molotov koktel oleh pelampau Yahudi, laporan dipetik dari Press TV.

Status penggunaan senjata kimia di Syria, Israel


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Mohd Nasrudin Mohd Yusof, rakyat Malaysia pertama yang telah menerima anugerah Nobel Keamanan 2013 atas pencapaian perkhidmatannya dalam memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia," kata Nasrudin Hassan.
Ahli Parlimen Temerloh itu menyatakan demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau merujuk kepada Butiran 110100 - Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia.
"Berhubung dengan butiran ini, kita dimaklumkan bahawa penggunaan senjata kimia di Syria didakwa didalangi oleh regim pemerintahan yang kejam sehinggakan pihak PBB dan Pertubuhan Bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) menjalankan misi memusnahkan senjata kimia tersebut," ujarnya.
Menurutnya, pemusnahan senjata kimia memerlukan kepakaran teknikaliti yang cukup tinggi kerana tidak semua negara mahupun syarikat swasta berupaya untuk memusnahkan senjata kimia tersebut.
Justeru, berdasarkan kepada peruntukan Bajet 2015 di bawah butiran itu, beliau bertanya bolehkah mendapatkan penjelasan mengenai status penggunaan senjata kimia di seluruh dunia sama ada di Syria, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel memandangkan perwakilan negara kita telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta pemeriksaan di peringkat antarabangsa.
Beliau juga ingin mendengar penjelasan daripada kerajaan sekiranya Malaysia terlibat dalam aktiviti eksport import bahan kimia dwifungsi yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
"Jika ada, siapakah rakan niaga tersebut, syarikat yang mengendalikan serta jumlah dagangannya," ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

palestin

Pemuda Palestin diserang 3 Yahudi


Baitulmaqdis: Tiga lelaki Israel menyerang seorang pemuda Palestin, semalam.
Jurucakap polis Luba Samri berkata, mangsa dalam keadaan baik dan kini dirawat di sebuah hospital di sini, manakala kes itu dalam siasatan.
Keadaan di Baitulmaqdis semakin tegang berikutan kebimbangan penduduk Palestin bahawa kerajaan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu mengubah status quo dipersetujui di Masjid al-Aqsa dengan membenarkan orang Yahudi beribadah di situ.
Perkara itu berulang kali dinafikan Netanyahu, namun ramai anggota parti gabungannya mahukan perubahan itu dibuat.
Kelmarin, sebuah rumah Palestin di Tebing Barat dibakar pelampau Yahudi yang turut menconteng slogan anti-Islam dalam bahasa Hebrew.
Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat polis Israel. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11453#sthash.d4BdUjev.dpuf

Kediaman Palestin dibakar pelampau Yahudi


TEL AVIV 25 Nov. - Pelampau Yahudi dilaporkan membakar sebuah rumah milik penduduk Palestin di Tebing Barat, menurut media tempatan semalam.
Insiden berlaku di Khirbet Abu Fallah, 25 kilometer di utara Ramallah.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Datuk Bandar, Masud Abu Mura berkata ketika kejadian terdapat empat penghuni wanita berada di dalam rumah berkenaan. - AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kediaman-palestin-dibakar-pelampau-yahudi-1.28826#sthash.Ubet8PKH.dpuf