Wednesday, 15 October 2014
Bantu pulih pembangunan Gaza
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Oktober 2014
Sebahagian peserta konvoi yang tiba di Dataran Senawang, sempena Ride 1 Million For Gaza’ ke Negeri Sembilan. |
Timbalan Pengerusi Mapim, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, melalui konvoi ini, mereka mensasarkan untuk mendapat sumbangan sekurang-kurang sejuta, bagi membolehkan pertubuhannya membantu masyarakat di bumi Gaza, yang kini masih memerlukan bantuan.
Katanya, pada bantuan Mapim Fasa 1 lalu, pihaknya telah berjaya menghantar bantuan sebanyak RM1.8 juta ke Gaza, dan berharap pada kali ini ia melebihi sasaran.
“Walaupun peperangan di Gaza telah berakhir, namun kita mendapati banyak bantuan yang mereka perlukan, terutamanya bekalan air bersih. “Di negara malang itu, rakyatnya terlalu sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih, berikutan air yang diterima adalah sangat kotor, selain bantuan dari segi bekalan makanan, pakaian dan tempat tinggal.
“Oleh yang demikian, kami berhasrat agar bantuan berterusan dapat dihulurkan kepada rakyat ini, bagi membolehkan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna, sama seperti rakyat di negara Islam yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program konvoi Ride 1 Million For Gaza ke negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini, semalam.
Turut serta, Pengerusi Mapim negeri, Mohd Fuad Othman; Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani dan Ketua Pemuda Pas negeri, Nor Azman Mohammad.
Kata Ahmad, sejak konvoi tersebut dilancarkan pada 27 September lalu sehingga tempoh 13 Oktober ini, mereka berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM40,000.
“Diharap matlamat untuk mencapai RM1 juta akan tercapai sekiranya semua pihak dan masyarakat sekeliling sedar sekali gus membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Selepas negeri Sembilan, kumpulan motosikal besar ini kemudiannya meneruskan jelajah ke Kuala Lumpur, Selangor dan berakhir di Perak.
Bantah lawatan Yahudi ke Masjid al-Aqsa
SEORANG wanita Palestin dihalang memasuki kawasan al-Aqsa, semalam. |
Kejadian selepas solat Subuh itu terjadi ketika penunjuk perasaan mengecam Yahudi ortodoks melawat kawasan yang dianggap suci dalam kalangan penganut Islam dan Judaisme itu.
Jurucakap polis Luba Samri berkata, pemuda Palestin membaling batu dan objek lain ke arah anggota keselamatan.
"Mereka juga membina penghadang jalan raya," katanya.
Apabila polis mula menyuraikan mereka, kata Luba, penunjuk perasaan berlindung dalam Masjid al-Aqsa yang tidak boleh dimasuki polis Israel.
Namun, lawatan penduduk Yahudi ortodoks kemudian berlangsung tanpa kejadian keganasan lanjut.
Kawasan itu memang menjadi lokasi lazim perbalahan di antara polis dan pemuda Palestin.
Rabu lalu kejadian sama berlaku apabila penunjuk perasaan membaling batu dan suar ke arah polis selepas pelawat Yahudi bergerak menghampiri kawasan suci itu selepas cuti umum Israel, Sukkot. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1611#sthash.bYxZKGcW.dpuf
Masjid dibakar pelampau Yahudi
SEORANG penduduk Palestin melihat kesan kebakaran pada masjid di Aqraba, Tebing Barat, semalam. |
Nama kumpulan pelampau berkenaan, 'price tag' (tanda harga) ditemui diconteng pada tembok luar masjid berkenaan, kata pegawai dan penduduk Palestin.
Polis Israel berkata, mereka sudah mula menyasat kejadian itu.
Menurut penduduk, mereka melihat asap keluar dari bangunan itu sebelum solat Subuh dan berkejar untuk memadamkannya.
"Alhamdulillah hanya permaidani saja musnah sementara satu dindingnya hitam. Jika kami tidak bergegas memadamkan kebakaran itu, mungkin seluruh masjid akan terbakar," kata seorang penduduk kampung, Maher Fares.
Pegawai Palestin di Nablus, Ghassan Daghlas berkata, dia mengesyaki pendatang Yahudi di kawasan terbabit bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Penempatan haram Yahudi teletak kira-kira empat kilometer ke utara Aqraba.
"Mereka memecahkan tingkap dan melontar bom api ke dalam masjid, menyebabkan permaidani terbakar," kata Ghassan.
Perkataan Yahudi bermakna 'tanda harga' diconteng di luar masjid.
Kumpulan 'tanda harga' itu melakukan beberapa siri serangan ke atas penduduk Palestin, Arab Israel dan gereja di Tebing Barat dan Israel sejak 2008 sebagai reaksi kepada bantahan untuk membina penempatan Yahudi. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1888#sthash.fHP6hFj5.dpuf
Pandangan dah berubah
Baitulmaqdis: Duta Britain ke Israel berkata, undi untuk mengikitraf negara Palestin oleh Parlimen negara itu menunjukkan perubahan sentimen rakyat negara itu terhadap Israel.
Dalam wawancara dengan Radio Israel semalam, Matthew Gould berkata, undi simbolik di Parlimen negaranya menggambarkan pandangan dan pendapat rakyat Britain terhadap rejim Yahudi berikutan perang 50 hari di Gaza pada Julai dan Ogos lalu.
Israel membunuh lebih 2,100 penduduk Palestin, kebanyakan orang awam dalam perang itu berbanding kematian seramai 70 orang, hampir semuanya tentera, di pihak Israel. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1889#sthash.URGDWdkt.dpuf
Penduduk Israel bakar masjid
AQRABA, Tebing Barat 14 Okt. - Sehari selepas Masjid al-Aqsa dicemari dengan pertempuran antara tentera Israel dan penduduk Palestin, hari ini sebuah masjid lain dibakar di sini dalam satu serangan oleh penduduk Yahudi yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Price Tag'.
Penduduk Palestin berhampiran berkata, mereka melihat kepulan asap di masjid di Kampung Aqraba, timur Nablus sebelum Subuh dan bergegas memadamkan kebakaran berkenaan.
Kebakaran itu menyebabkan permaidani rosak dan dinding masjid berjelaga.
"Jika kami tidak memadamkan api, kemungkinan keseluruhan masjid akan terbakar," kata seorang penduduk kampung itu, Maher Fares.
Seorang pegawai Palestin, Ghassan Daghlas berkata, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di kawasan penempatan haram Yadudi di Itamar yang terletak kira-kira empat kilometer ke utara Aqraba.
"Kumpulan itu memecahkan tingkap masjid dan melemparkam bom ke dalam masjid sehingga menyebabkan permaidani terbakar," kata Ghassan.
Menurut seorang jurugambar, tulisan 'Price tag' turut dilakar pada dinding luar masjid berkenaan.
Kumpulan 'Price tag' juga pernah melancarkan beberapa serangan ke atas penduduk Palestin, Arab-Israel serta merosakkan gereja di Tebing Barat dan di wilayah Israel sendiri sejak 2008. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141015/lu_03/Penduduk-Israel-bakar-masjid#ixzz3GACNpfz4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Britain iktiraf negara Palestin
LONDON 14 Okt. - Anggota Parlimen Britain semalam mengundi dengan keputusan majoriti mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, dalam satu usul yang tidak terikat, dan penuh dengan simbolik, namun keputusan itu tidak akan mengubah polisi kerajaan berhubung isu tersebut.
Usul itu disokong oleh 274 anggota Parlimen dan hanya 12 yang menentang untuk 'mengiktiraf Palestin bersama Israel sebagai sebuah negara, sebagai satu sumbangan mereka untuk memuktamadkan rundingan kepada penyelesaian pembentukan dua negara'.
Perdebatan hangat di Dewan Rendah Parlimen itu disaksikan penduduk seluruh dunia dan mungkin memberi kesan diplomatik serta mengukuhkan kempen oleh pihak berkuasa Palestin untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara.
Tindakan itu dibuat selepas kerajaan Sweden mengumumkan ia akan mengiktiraf negara Palestin, sekali gus menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama di Eropah Barat berbuat demikian sehingga membangkitkan kemarahan Israel.
Bagaimanapun, kerajaan Britain tidak terikat untuk membuat keputusan ke atas usul itu yang dimulakan oleh kumpulan penyokong pembangkang daripada Parti Buruh dan hanya mahu mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai.
"Aspirasi rakyat Palestin tidak boleh direalisasikan sepenuhnya sehingga ada penyelesaian kepada penjajahan ini dan kami percaya penubuhan (negara Palestin) itu hanya perlu dicapai menerusi proses rundingan.
"Hanya penamatan kepada pencerobohan akan memastikan negara Palestin akan menjadi satu kenyataan dan United Kingdom secara dua hala mengiktiraf sebuah negara Palestin apabila kami menilai bahawa ia adalah bantuan terbaik yang dapat membawa keamanan,'' kata Menteri Asia Barat, Tobias Ellwood.
Perdana Menteri Britain David Cameron dalam pada itu mengelak daripada mengundi bersama anggota kerajaan lain yang menyokong langkah penyelesaian dua negara.
Anggota Parti Buruh yang mengemukakan usul itu, Grahame Morris berhujah bahawa pengiktirafan sebuah negara Palestin boleh menghidupkan semula rundingan damai dengan Israel yang terhenti sebelum ini.
Sebelum perbahasan bermula, sejumlah penunjuk perasaan berhimpun dalam hujan lebat di luat bangunan Parlimen sambil membawa sepanduk yang menyokong penubuhan negara Palestin. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141015/lu_02/Britain-iktiraf-negara-Palestin#ixzz3GAC0qj6b
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)