Monday 10 March 2014

Tentera Zionis rampas kapal


Eilat (Israel): Rejim Zionis semalam memunggah sebuah kapal yang ditahan di Laut Merah kononnya kerana membawa senjata dari Iran ke Gaza.

Kapal itu dipintas sebelum diarah berlabuh di Pelabuhan Eliat.

Puluhan kontena di atas kapal Klos-C yang didaftar di Panama itu dipunggah dan dipindahkan ke sebuah pangkalan tentera laut berhampiran menggunakan lori.

Komando tentera laut merampas kapal itu Rabu lalu di antara Eritrea dan Sudan sebelum dua kapal perang Israel mengiringinya ke pelabuhan berkenaan.

Pegawai tentera Left Jen Benny Gantz berkata, kapal itu membawa roket M-302 dari Iran untuk dihantar ke Semenanjung Gaza.

“Setiap satu daripada roket berkenaan mengancam keselamatan rakyat Israel.



Setiap peluru dan roket yang ditemui tertulis satu alamat di Israel,” katanya.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/10

Polis Hamas tangkap ahli Fatah


GAZA CITY 10 Mac - Pihak polis di bawah pimpinan pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, dilapor menahan berpuluh-puluh ahli pergerakan Fatah yang dipimpin oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin.
Jurucakap Fatah, Hassan Ahmad berkata, kira-kira 20 anggota Fatah ditangkap ketika menghadiri satu majlis memperingati pejuang Palestin yang maut dibunuh tentera Israel di Khan Yunis, selatan kawasan yang dikuasai Hamas.
Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Hamas, Islam Shahwan memaklumkan, polis terpaksa bertindak menangkap kesemua suspek kerana majlis itu diadakan tanpa permit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140310/lu_01/Polis-Hamas-tangkap-ahli-Fatah#ixzz2vYMiHZg4
© Utusan Melayu (M) Bhd