Netanyahu terus berdolak dalih
Kerja- kerja pembinaan penempatan haram masih diteruskan di Tebing Barat. Gambar Kecil: Netanyahu
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran rundingan damai yang tertangguh lebih tiga tahun dengan Palestin dijangka sukar dilakukan.

Kenyataan itu disuarakan selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kedua-dua pihak perlu menyelesaikan segala pertindihan itu terlebih dahulu sebelum membincangkan rundingan lain di Timur Tengah.

“Perbincangan sukar dilakukan terutama berkaitan draf perjanjian dan referendum,” katanya dalam laporan Al Jazeera.

Beliau dengan angkuh berkata, Israel memenuhi satu daripada tuntutan utama Palestin iaitu membebaskan tahanan namun tuntutan utama lain tidak akan dilayan.

“Kami bersetuju membebaskan 80 tahanan tetapi desakan menghentikan pembinaan projek di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur tidak boleh dipenuhi,” katanya.