Polis Israel mengasari seorang wanita Palestin berhampiran perkarangan Masjid al-Aqsa, semalam. Foto: AFP |
TEBING BARAT - PALESTIN. Satu pertempuran antara penduduk Palestin dan pelampau Yahudi tercetus di perkarangan Masjid al-Aqsa, semalam.
Pertempuran itu dikatakan bermula apabila beratus-ratus orang Yahudi cuba memasuki kompleks masjid sempena cuti Tisha B'Av.
Susulan kejadian itu, polis Israel menggempur kawasan masjid dan menggunakan bom tangan pegun ke atas penduduk Islam Palestin, yang kemudian bertindak balas membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel.

Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, mereka bertindak menyerbu masjid itu selepas menerima maklumat penunjuk perasaan menyimpan stok bunga api dan bom petrol sebagai persediaan untuk merusuh.
"Perusuh bertopeng muka melarikan diri ke dalam masjid dan mula membaling batu dan bunga api ke arah polis. Dalam kejadian itu, beberapa anggota polis turut cedera," katanya.
Sementara itu, agensi berita Palestin berkata, ketegangan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati penduduk selepas seorang kanak-kanak Palestin diserang pelampau Yahudi berhampiran salah satu pintu masuk ke Masjid al-Aqsa, kelmarin. - Al-Jazeera