Tuesday, 28 October 2014

Israel mahu bina 1,000 rumah

AFP
Ramallah : Israel bercadang membina lebih 1,000 rumah baru di kawasan timur pinggir Baitulmaqdis yang dijangka akan mencetuskan “ledakan” keganasan, kata seorang pegawai Palestin semalam.
Kata Jibril Rajoub, kelulusan membina 1,060 rumah baru itu diberi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
“Netanyahu perlu menjangkakan rakyat Palestin tidak akan mengalah.
“Jika dia terus mendesak kami ke dalam lingkaran pertumpahan darah dan pembunuhan, dia mesti bersedia menerima nasib seperti apa yang berlaku di Gaza.
“Apa yang berlaku adalah bukti komitmen kami untuk mendapatkan kemerdekaan,” katanya merujuk kepada perang 50 hari yang menyebabkan hampir 2,200 orang maut di Gaza, baru-baru ini.
Semalam, pejabat Netanyahu mengesahkan Israel bercadang meneruskan pembinaan 1,000 rumah baru di dua penempatan Yahudi di Har Homa dan Ramat Shlomo.
Israel menguasai timur Baitulmaqdis melalui Perang Enam Hari pada 1967 dan meluaskan penjajahan mereka dalam tindakan yang tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.
Jibril berkata, keputusan Israel itu akan mencetuskan ketegangan di antara Palestin dan rejim Zionis berkenaan.
“Sangat salah jika Israel menjangkakan penduduk Palestin akan mengabaikan tindakan mereka,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:05 AM


PEKERJA Palestin bekerja di sebuah kawasan binaan projek perumahan baru di Jabal Abu Ghneim, tempat penempatan Yahudi, Har Homa dibina pada lewat 90-an.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4551#sthash.BrYonMau.dpuf

Israel lulus penempatan haram di Baitulmuqaddis


AFP - BEBERAPA lelaki bekerja di tapak pembinaan sebuah kawasan perumahan di kawasan kejiranan Jabal Abu Ghneim berhampiran penempatan haram Yahudi, Har Homa kelmarin.



BAITULMUQADDIS – Kerajaan Israel meluluskan pembinaan hampir 1,000 buah rumah untuk pendatang haram Yahudi di satu kawasan penempatan yang ditawan rejim Zionis di Baitulmuqaddis Timur, kata seorang pegawai semalam.
“Kerajaan membuat keputusan bagi meneruskan rancangan membina lebih 1,000 buah rumah untuk pendatang haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur.
“Sebanyak 400 buah rumah akan dibina di Har Homa manakala lebih 600 buah rumah lagi di Ramat Shlomom,” kata seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Bagaimanapun, pegawai itu enggan mengulas sama ada langkah tersebut memberi kesan secara politik dan diplomatik terhadap Israel selepas masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan penduduk Yahudi merampas beberapa kediaman penduduk Palestin di Silwan.
Amerika Syarikat yang juga sekutu kuat Israel turut memberi amaran tindakan penduduk Yahudi merampas rumah penduduk Palestin itu bakal menjejaskan perjanjian damai antara kedua-dua belah pihak.

SEKUMPULAN polis Israel menahan seorang remaja Palestin dalam satu tunjuk perasaan di Silwan di Baitulmuqaddis Timur kelmarin.



Tindakan penduduk haram Yahudi menduduki beberapa buah rumah penduduk Palestin di Silwan mencetuskan bantahan penduduk yang menyebabkan seorang remaja mati ditembak tentera Israel pada minggu lalu.
Seorang aktivis pemantau penempatan haram Yahudi di Palestin, Lior Amichai berkata, Israel mengambil kesempatan terhadap ketegangan yang memuncak untuk meneruskan pembinaan tersebut.
“Inilah masa terbaik untuk melakukan perkara itu kerana kini Baitulmuqaddis sedang bergolak,” katanya.
Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada kelulusan tersebut bermakna kerajaan Israel hampir memulakan projek pembinaan di lokasi berkenaan atau hanya meluluskan beberapa peringkat rancangan itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3HNioEpFh 
Hakcipta terpelihara 

Mahmoud Abbas minta campur tangan AS


Palestinian president Mahmoud Abbas delivers a statement at a
BAITULMAQDIS 27 Okt. – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) semalam menghantar sepucuk surat kepada Washington bagi mendesak campur tangan Amerika Syarikat berhubung keganasan yang semakin menjadi-jadi di timur Baitulmaqdis sejak kebelakangan ini.
Portal berita Al-Arabiya News melaporkan, Mahmoud dalam surat itu memberi amaran, keadaan akan bertambah buruk sekiranya peneroka haram Yahudi terus dibenarkan memasuki kawasan Bandar Lama Baitulmaqdis yang turut menempatkan kompleks al-Aqsa.
Presiden Palestin itu menyalahkan pihak berkuasa Israel berhubung beberapa pertempuran yang tercetus baru-baru ini di antara pasukan keselamatan Israel dan penunjuk perasaan Palestin di timur Baitulmaqdis.
Satu lagi pertempuran berlaku semalam ketika beratus-ratus penduduk Palestin mengadakan satu perarakan memperingati kematian beberapa penduduk di Silwan di sini.
Sementara itu, pihak berkuasa Palestin meminta Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) melantik sebuah suruhanjaya siasatan yang tidak berat sebelah, untuk menyiasat kes kematian lapan orang penduduknya yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel bermula awal tahun ini.
Kematian terbaharu penduduk Palestin berlaku Jumaat lalu, apabila seorang remaja yang dikenali sebagai Orwah Hammad dari kampung Silwad ditembak mati selepas terlibat dalam satu rusuhan.
“Kami menggesa PBB, Kesatuan Eropah dan AS mengambil tindakan segera supaya Israel bertanggungjawab ke atas penggunaan senjata api dan tindakan membunuh rakyat Palestin yang dilakukan oleh mereka,” kata anggota PLO, Hanan Ashrawi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mahmoud-abbas-minta-campur-tangan-as-1.17547#sthash.qrvelKnS.dpuf

Netanyahu percepatkan pembinaan rumah di Tebing Barat


BAITULMAQDIS 28 Okt. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini menyatakan hasratnya untuk mempercepatkan pembinaan 1,000 buah rumah peneroka di timur bandar raya ini, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjaga hati sekutunya politiknya.
Parti Jewish Home pimpinan Naftali Bennett yang juga merupakan Menteri Kewangan Israel, sebelum ini pernah mengugut untuk tidak lagi menyokong Netanyahu, kecuali beliau bersetuju untuk mengeluarkan 2,000 tender rumah peneroka di Tebing Barat.
Namun, beberapa jam sebelum majlis pembukaan Parlimen untuk sesi musim sejuk diadakan, Netanyahu bertindak mengenepikan permintaan berkenaan.
Pegawai kerajaan berkata, Netanyahu mengarahkan supaya 1,000 unit rumah dibangunkan di Baitulmaqdis, dengan 400 daripadanya di Har Homa dan bakinya di Ramat Shlomo. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/netanyahu-percepatkan-pembinaan-rumah-di-tebing-barat-1.17580#sthash.xgB0We5F.dpuf