Friday 15 August 2014

palestin

palestin

palestin

palestin

Turki rawat rakyat Palestin yang cedera


  • Salah seoarang rakyat Palestin yang cedera dipindahkan ke ambulans sebelum dibawa ke Turki menggunakan pesawat tentera. - Foto ReutersSalah seoarang rakyat Palestin yang cedera dipindahkan ke ambulans sebelum dibawa ke Turki menggunakan pesawat tentera. - Foto Reuters

ANKARA - TURKI. Turki akan terus menerima rakyat Palestin yang cedera untuk diberikan rawatan di negara itu jika dibenarkan Israel, kata Presidennya, Recep Tayyip Erdoğan.

Memetik laporan Today Zaman, setakat ini Turki telah menerima kira-kira 30 rakyat Palestin yang cedera.

“Kita membawa kira-kira 30 saudara kita di Gaza ke negara kita.
"Mereka menerima rawatan di hospital kita dan mereka akan terus datang selagi kita mendapat kebenaran dari Israel,” katanya.

Sebuah pesawat tentera  Turki mendarat di Lapangan Terbang Ankara Esenboğa pada Rabu dengan 18 rakyat Palestin dan waris masing-masing.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel, Rabu lalu.

Rakyat Palestin yang cedera itu termasuk seorang wanita hamil dan lima anaknya.

Sementara Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay berkata, tiada pesakit kritikal yang dibawa namun beliau akui kesukaran untuk memindahkan mereka yang cedera.

“Kesukaran utama dialami ketika memindahkan pesakit. Kita mahu membawa 40 pesakit tetapi kita hanya mampu membawa 18 daripada mereka,” katanya.

Sebelum ini Erdogan mengumumkan pemindahan pertama seramai empat orang selepas memenangi pemilihan Presiden berdasarkan keputusan tidak rasmi

Selepas keputusan rasmi diketahui, Erdogan mengumumkan pula pelancaran koridor udara dalam ucapan kemenangannya, Ahad lalu.

Duta Palestin juga tukang azan


KUALA LUMPUR: Walaupun tugas asasinya sebagai wakil rasmi ke Malaysia, Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H Al Agha sering dijemput untuk menjadi muazin bagi beberapa majlis dan masjid di sekitar Kuala Lumpur.
Bermula dengan Majlis Iftar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pada 23 Julai lalu, beberapa pihak lain, termasuk menteri turut menjemputnya untuk menyampaikan azan ketika masuk waktu solat.
Dalam temu ramah dengan BH Online di Kedutaan Palestin di Jalan Pegawai baru-baru ini, Dr Anwar berkata beliau sendiri tidak tahu kenapa beliau sering diminta untuk melaungkan azan.
"Mungkin selepas mendengar azan saya di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Ramadan lalu, hadirin lain pula ingin mengambil kesempatan untuk meminta saya melakukannya pada majlis mereka.
"Mungkin juga dengan cara ini mereka dapat memperkenalkan wakil Palestin pada majlis yang dianjurkan," katanya.
Sebagai memenuhi permintaan penulis, temu ramah dengannya Jumaat lalu dimulakan dengan rakaman azan yang boleh disaksikan dengan melayari video dalam BH Online. Beliau mempunyai suara lunak dan mampu membawa alunan azan panjang terutama pada bait terakhir.
Antara majlis lain di mana beliau dijemput menjadi muazin termasuk solat Jumaat di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu, di rumah terbuka Aidilfitri Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri di Hotel Nouvelle, Sungai Besi pada 11 Ogos dan satu lagi majlis ketika beliau mengunjungi Kota Kinabalu di Sabah.
Dr Anwar yang kini mengiringi delegasi Malaysia ke Gaza anjuran Pergerakan Putera UMNO, mula bertugas di Kuala Lumpur sebagai wakil Kerajaan Perpaduan Palestin bagi menggantikan Abdelaziz Abughoush, empat bulan lalu.
Dr Anwar dilantik sebagai wakil Kerajaan Perpaduan Palestin bagi menggantikan Abdelaziz Abughoush empat bulan lalu.
Berasal dari bandaraya Khan Yuonis di Semenanjung Gaza, beliau berkelulusan Sarjana Kedoktoran dalam Pengurusan Pendidikan dan Sarjana Sastera Pendidikan.
Selain berpengalaman sebagai pensyarah, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Media dan Perhubungan Awam di Kementerian Perumahan Pihak Berkuasa Palestin.
Sebelum menjadi duta ke Malaysia, beliau berkhidmat di Sri Lanka dan Maldives.
Ikuti temubual dengan Dr Anwar membincangkan mengenai nasib Palestin dalam siri pertama di BH Online esok.

MPM gesa AS henti sokong Israel


15/08/2014 8:10pm

KUALA LUMPUR - Majlis Pendekar Malaysia (MPM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini bagi mengutuk tindakan negara itu menyokong Israel.
Presiden MPM, Tan Sri Omardin Mauju berkata, memorandum dua muka surat itu ditujukan kepada Presiden Barack Obama bagi menuntut Amerika Syarikat supaya berhenti memberi sokongan ketenteraan dan kewangan kepada Israel.
"Kami semua bersatu dalam memberitahu Amerika Syarikat bahawa rakyat Malaysia menentang Israel dan kekejaman yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat di sini.
Omardin juga menggesa semua rakyat Malaysia supaya memulau produk yang mempunyai kaitan dengan Israel dan meminta mereka melakukan sesuatu bagi membantu perjuangan rakyat Palestin.
Kira-kira 30 anggota MPM berkumpul di hadapan bangunan kedutaan itu di Jalan Tun Razak di sini pada pukul 2.30 petang sambil membawa sepanduk mengandungi mesej yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Serangan Israel di Gaza sejak 8 Julai lepas menyebabkan hampir 2,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya orang awam terbunuh. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_33.htm#ixzz3AT6DAEck 
Hakcipta terpelihara 

Sebenarnya Zionislah yang takutkan mereka...

Ketundukan dan kepatuhan mereka hanyalah kepada Allah dan Rasul saw. Rejim Zionis bukanlah sesuatu yang menakutkan mereka yang berjiwa besar dan hebat ini.
"Sujud mereka hanya pada Allah" Tentera Briged Al-Qassam sedang solat berjemaah

Sumber : غزة الان

Gencatan senjata 5 hari


  • Penduduk mengambil bantuan dari kem bantuan kemanusiaan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Gaza ketika gencatan senjata lima jam dikuatkuasakan. Foto: AFPPenduduk mengambil bantuan dari kem bantuan kemanusiaan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Gaza ketika gencatan senjata lima jam dikuatkuasakan. Foto: AFP

GAZA - PALESTIN. Israel dan Palestin mencapai kata sepakat apabila menguatkuasakan gencatan senjata lima jam bermula malam, semalam.

Media tempatan melaporkan, sejurus tamat gencatan senjata 72 jam yang berakhir 12 tengah malam kelmarin, kedua-dua kumpulan itu menyambung semula serangan di selatan Gaza selama kira-kira 30 minit sebelum berita gencatan senjata lima hari diperolehi.

"Bedilan roket terakhir antara kedua-dua kumpulan itu mengenai sasaran ke kubu masing-masing," menurut laporan itu.

Sementara itu, gencatan senjata terbabit dipersetujui selepas mereka melakukan rundingan tiga hari di Kaherah, Mesir.
Wakil perunding Palestin, Azzam al-Ahmed berkata, rundingan untuk mendapatkan gencatan senjata kekal gagal selepas Israel enggan menerima beberapa syarat yang diminta.

"Mereka enggan menerima permintaan untuk membenarkan aktiviti laut sejauh 12 batu nautika dan membenarkan pembukaan semula lapangan terbang di Gaza. Keputusan untuk membebaskan dua tahanan di Gaza sebagai pertukaran untuk membebaskan semua tahanan Palestin juga ditangguhkan kerana keengganan mereka," katanya. -Al Arabiya

Perancis bantu perangi ISIL


  • Sukarelawan Iraq berkumpul untuk menyertai tenteranya memerangi ISIL. Foto: AFPSukarelawan Iraq berkumpul untuk menyertai tenteranya memerangi ISIL. Foto: AFP

PARIS - PERANCIS. Presiden Perancis mengumumkan negaranya akan menyertai Amerika Syarikat untuk menghantar senjata kepada tentera Kurdish bagi memerangi Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Iraq.

Menurut laporan Middle East Eye, Presiden Francois Hollande dalam satu kenyataan berkata, beliau membuat keputusan untuk menghantar senjata bagi memenuhi keperluan yang diperlukan pihak berkuasa di wilayah Kurdistan menerusi perjanjian dengan Baghdad.

"Perancis berhasrat memainkan peranan aktif bersama rakan dan pihak berkuasa Iraq dalam menyediakan semua bantuan yang diperlukan," katanya.

Hujung minggu lalu, negara berkenaan menyediakan 18 tan bantuan kemanusiaan dan penghantaran bantuan baharu sebanyak 20 tan telah tiba di utara Iraq kelmarin.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve memaklumkan, terdapat hampir 900 rakyat negara itu menjadi militan dan berjuang di Syria serta Iraq.

"ISIL melatih dan membawa mereka ke zon perang. Apa yang dibimbangi pihak keselamatan adalah militan Eropah menggunakan kemahiran berperang yang dimiliki di tanah air setelah mereka pulang," katanya.

Menteri Luar Australia Julie Bishop turut memberitahu, kira-kira 150 rakyat negara terbabit juga dipercayai telah menyertai kumpulan militan di dua negara bergolak itu.

Gaza berdarah: Masjid ranap dibedil Israel


2014/08/14 - 03:13:32

Kuala Lumpur: Masjid Al-Qassam bernilai RM1.2 juta yang dibina oleh Aman Palestin, hasil sumbangan dana rakyat Malaysia untuk kemudahan umat Islam sekitar Abbasan al Kabeera, Khan Younis, ranap dibom Israel yang mengganas di Gaza.

Selain masjid dua tingkat yang mampu menampung 3,000 jemaah terbabit, TADIKA yang turut disediakan bersebelahannya juga musnah dalam serangan minggu lalu.


Kediaman penduduk turut dimusnahkan

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, berkata kediaman penduduk berdekatan masjid juga dimusnahkan dalam serangan itu, menjadikan kawasan berkenaan umpama padang jarak.

Beliau berkata, masjid asal di lokasi sama dimusnahkan oleh Israel, juga secara pengeboman di wilayah terbabit pada perang 2008.

Simpati dengan kesulitan umat Islam di situ yang terpaksa bersolat di bawah khemah, Aman Palestin dengan sokongan rakyat Malaysia, mengambil alih pembinaan semula mulai 2010. Masjid Al-Qassam digunakan umat Islam setempat mulai akhir tahun 2013 sebelum perasmian disempurnakan April lalu.

Namun minggu lalu, masjid berkenaan sekali lagi dibom oleh Israel hingga ranap.
Nasib malang itu disedari petugas Aman Palestin di Gaza ketika membuat tinjauan sepanjang tempoh gencatan senjata tiga hari yang berakhir hari ini (semalam), katanya kepada BH.

Awang Suffian berkata, susulan itu, Aman Palestin bertekad mendirikan kembali masjid terbabit demi kemudahan umat Islam setempat dan janji itu sudah disampaikan menerusi CEO Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam.

Usaha membangunkan semula masjid itu akan digerakkan sebaik gencatan senjata panjang dicapai di Gaza, supaya bantuan kemanusiaan lebih mudah dihantar, katanya.

Sumbangan untuk pembinaan semula masjid berkenaan boleh disalurkan menerusi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara dengan melayari laman web www.amanpalestin.net atau menerusi akaun Bank Islam: 12029010047880 atau Maybank: 562263010787.

Derita bertimpa bedilan Zionis


Kaherah: Dalam sekelip mata dia bukan saja kehilangan seorang abang, malah terpaksa meneruskan hidup dengan hanya sebelah kaki selain mengalami kecederaan parah di perut akibat terkena bedilan peluru berpandu rejim Zionis Israel.

Remaja Palestin, Ghasam Salim, 19, ketika itu duduk dalam saf bersama abangnya di Masjid Suleiman, Khan Yunis untuk menunaikan solat Isyak, 14 Ramadan (12 Julai) lalu apabila serangan tentera udara Israel meranapkan masjid dan membunuh sebahagian daripada 330 jemaah.


Abangnya antara yang syahid dalam serangan itu dan dia pula dibawa ke hospital berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Palestin di sini untuk rawatan susulan.



Akibat kecederaan yang dialami, doktor terpaksa memotong sebahagian kaki kanannya dari paras lutut ke bawah manakala sebahagian kaki kiri dan perut terpaksa dibedah untuk mengeluarkan serpihan.


Dia saban hari memikirkan nasib ibu bapa serta lima lagi adik-beradiknya yang masih berada di Gaza dan berdoa mereka sentiasa dalam keadaan selamat.


Bapa saudaranya, Abu Salamah yang menceritakan tragedi menimpa Ghasam Salim berkata, mati syahid pada bila-bila masa adalah realiti masyarakat di Gaza namun percaya satu hari nanti Palestin akan bebas daripada cengkaman Zionis Israel.

“Akan tiba masanya umat Islam seluruh dunia akan bersatu membebaskan Gaza dan bumi Palestin.


“Dengan izin Allah kita semua akan solat berjemaah di Kota Al-Quds (Masjid Al-Aqsa),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Rawat di Malaysia


Badr Nabil Mahrouse, 4, parah di beberapa bahagian di tubuhnya termasuk buah pinggang dan usus hancur selepas terkena tembakan bertalu-talu. 
Buah pinggang kirinya terpaksa dibuang, dan paru-paru dipenuhi air akibat kecederaan manakala usus besar pecah. 

Ketua Unit Perubatan Misi Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Dr Alwi Abdul Rahman berkata pada mulanya beliau sukar mempercayai Badr mampu bertahan selepas terkena beberapa tembakan terutama membabitkan organ penting namun percaya ini adalah bukti kekuasaan Allah melindungi rakyat Gaza.
Foto
BADR Nabil bakal dirawat di Malaysia.

“Pada pandangan saya biasanya keadaan sedemikian pasti akan mengakibatkan kematian kerana membabitkan kehilangan darah yang banyak, apatah lagi dia kanak-kanak kecil.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Gencatan senjata lima hari


Lewat kelmarin, perunding di Kaherah mencapai persetujuan di saat akhir untuk menyambung gencatan senjata sedia ada selama lima hari lagi.
Namun sebelum ia diumumkan, sekurang-kurangnya satu roket meledak di Israel sebelum diikuti lima lagi dalam tempoh beberapa jam seterusnya.

Tentera Israel berkata, satu lagi roket dapat dipintas di udara.
Foto
SEORANG lelaki kaku ketika merenung keadaan di sekitar sebuah bangunan di Beit Hanun, utara Gaza, semalam.
Foto
IBRAHIM (kanan) dan adiknya, Adham, duduk untuk bersarapan di bawah khemah di luar bangunan kediaman mereka yang musnah.

Jet pejuang rejim Zionis kemudian bertindak balas melalui empat serangan udara sebelum keadaan tenang kira-kira jam 3 pagi (8 pagi waktu Malaysia).
Kenyataan Kementerian Luar Mesir berkata, perjanjian melanjutkan gencatan senjata selama lima hari diterima kedua-dua pihak bagi membolehkan lebih banyak masa mereka berunding.

Pengumuman itu dibuat sejurus sebelum tengah malam (5 pagi waktu Malaysia).
Sementara itu Ketua Perunding Palestin, Azzam al-Ahmed mengesahkan gencatan senjata selama lima hari itu dan berkata, delegasi terbabit mencapai ‘persetujuan dalam banyak perkara’ mengenai isu menamatkan sekatan ke atas Gaza sejak lapan tahun lalu.

Namun, kata Azzam, mereka perlukan lebih banyak masa menyelesaikan pertikaian lain.

Di Israel pula orang ramai berkumpul di Tel Aviv mendesak kerajaan mencari ‘penyelesaian jangka panjang dan stabil’ untuk menamatkan serangan roket di selatan negara itu.

- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Gencatan senjata bermula goyah


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 5:29 AM
BANDARAYA GAZA: Israel dan pejuang di Gaza masing-masing tidak melepaskan tembakan pagi semalam selepas perjanjian gencatan senjata baharu diteruskan walaupun bermula goyah, dengan bedilan roket Palestin pada waktu malam disusuli dengan serangan udara rejim Zionis.

Lewat tengah malam kelmarin, pada perbincangan yang berlanjutan sehingga ke saat-saat akhir sebelum berakhirnya tempoh gencatan senjata 72 jam, kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh gencatan berkenaan selama lima hari lagi untuk membolehkan rundingan diteruskan bagi mencapai persetujuan gencatan senjata lebih panjang.

Tentera Israel berkata, tiada pertempuran selama beberapa jam, sejak serangan udara Israel ke atas Gaza berakhir kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.

Pejuang Palestin membedil dua roket ke selatan Israel dua jam sebelum itu, selepas lanjutan gencatan senjata lima hari berkuat kuasa.

Jurucakap tentera berkata, pesawat menyerang kawasan pelancaran roket, simpanan senjata dan pusat aktiviti pejuang tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Selepas beberapa hari menggunakan cara diplomasi, perjanjian yang dianjurkan Mesir dicapai dalam apa yang berkemungkinan menjadi tempoh bertenang paling panjang dalam konflik selama lima minggu itu, dan membolehkan rundingan mengenai isu paling penting yang memisahkan kedua-dua pihak diteruskan, kata Palestin.

"Persetujuan dicapai untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata selama lima hari, yang diterima kedua-dua pihak untuk memberi lebih banyak masa untuk rundingan," kata jurucakap Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

Ketua perunding Palestin, Azzam al-Ahmed berkata anggota delegasi mencapai "persetujuan dalam banyak perkara" berhubung penarikan balik sekatan lapan tahun Israel terhadap Gaza, meskipun mereka memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan pertikaian yang lain.

Israel juga berkata ia menerima cadangan Mesir.

"Kami telah menerima lanjutan tempoh gencatan senjata," kata seorang pegawai kanannya.

Perjanjian gencatan senjata sebelum ini gagal dalam gelombang keganasan 7 Ogos lalu.

Lebih 1,950 penduduk Palestin maut dan 67 di pihak Israel sejak 8 Julai lalu, apabila Israel melancarkan serangan untuk memusnahkan roket dan terowong Hamas. - AFP

Keganasan Zionis tak halang perkahwinan


Pasangan itu melangsung perkahwinan mereka di sebuah bangunan sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza, yang kini dijadikan pusat perlindungan pelarian. 
Kelmarin, beberapa jam sebelum gencatan senjata 72 jam antara Israel dengan Hamas berakhir, sekolah yang terletak di kem pelarian Shati diubah menjadi dewan, dihiasi dengan belon pelbagai warna untuk meraikan pasangan berkenaan. 

Heba Fayad, 23. dan Omar Abu Namar, 30, sebelum ini merancang berkahwin bulan depan. Tetapi serangan Israel memusnahkan rancangan mereka.
Foto
HEBA dan Omar melangsungkan perkahwinan mereka di sekolah yang ditadbir PBB dan kini dijadikan pusat perlindungan penduduk Gaza yang menjadi sasaran keganasan Israel.

Rumah keluarga Heba musnah. Begitu juga dengan persiapan perkahwinan - pakaian, aksesori, bunga - semuanya hangus apabila pesawat Zionis menghujani wilayah yang didiami hampir 1.8 juta penduduk Palestin itu dengan bom.

Dengan pembinaan semula dijangka mengambil masa bertahun-tahun, Heba memutuskan untuk menyegerakan majlis itu tanpa perlu menanti rumahnya dibina semula. 

“Jika tidak berkahwin hari ini, mungkin saya tidak boleh berkahwin dalam masa tiga tahun lagi,” katanya. 

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) dan agensi bantuan lain turut membantu pasangan itu mencapai impian mereka. 

Sebahagian daripada kesungguhan Heba untuk melangsungkan perkahwinan itu tanpa mempedulikan suasana perang ialah hakikat bahawa dia sendiri sudah mengalami beberapa serangan Israel dan keluarganya terpaksa membayar harga yang tinggi. 

Ibunya, Nabila, kini terpaksa menggunakan kerusi roda selepas cedera dalam serangan Israel pada 2006. 

Nabila juga kehilangan anak lelaki yang berusia sembilan tahun dalam serangan Israel itu. 

“Heba ialah kehidupan saya. Saya inginkan majlis perkahwinannya diadakan dalam keadaan lebih baik. Tetapi apa daya kami. Israel memusnahkan impian kami,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Maut dalam saf


Kaherah (Mesir): Dalam sekelip mata dia bukan saja kehilangan seorang abang, malah terpaksa meneruskan hidup dengan hanya sebelah kaki selain mengalami kecederaan parah di perut akibat terkena bedilan peluru berpandu rejim Zionis Israel.
Remaja Palestin, Mohd Salim, 19, ketika itu sedang duduk dalam saf bersama abangnya di Masjid Suleiman, Khan Yunis untuk menunaikan solat Isyak, 14 Ramadan (12 Julai) lalu apabila serangan tentera udara Israel meranapkan masjid dan membunuh sebahagian daripada 330 jemaah. 
Abangnya antara yang syahid dalam serangan itu dan dia pula dibawa ke hospital berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Palestin di sini untuk rawatan susulan. 

Akibat kecederaan yang dialami, doktor terpaksa memotong sebahagian kaki kanannya bermula dari paras lutut ke bawah manakala sebahagian kaki kiri dan perut terpaksa dibedah untuk mengeluarkan serpihan.
Foto
ABU Salamah (dua kiri) menunjukkan kecederaan dialami anak saudaranya Mohd Salim kepada Abdul Azeez. FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid

Dia saban hari memikirkan nasib kedua ibu bapa serta lima lagi beradiknya yang masih berada di Gaza dan berdoa agar mereka sentiasa dalam keadaan selamat.

Bapa saudaranya, Abu Salamah yang menceritakan tragedi menimpa Mohd Salim berkata mati syahid pada bila-bila masa adalah realiti masyarakat di Gaza namun percaya satu hari nanti Palestin akan bebas daripada cengkaman Zionis Israel. 

"Akan tiba masanya umat Islam seluruh dunia akan bersatu membebaskan Gaza dan bumi Palestin. Dengan izin Allah kita semua akan solat berjemaah di Kota Al-Quds (Masjid Al-Aqsa)," katanya ketika ditemui di sisi Mohd Salim di sini semalam. 

Kisah menyayat hati Mohd Salim turut mendapat perhatian Presiden Kelab Putera 1Malaysia merangkap Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang melawat beberapa mangsa konflik di Hospital Palestin bersama Duta Besar Palestin di Malaysia Dr Anwar Al-Agha dan doktor pakar. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14

Tragedi petang 1 syawal


Kaherah (Mesir): Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri dengan insan tersayang, satu keluarga di Gaza bermandi darah dan airmata apabila dibedil dalam serangan udara rejim Zionis.
Lebih menyedihkan tragedi berlaku pada petang 1 Syawal ketika sanak saudara dari seluruh Palestin berkumpul di rumah Ziyad Abu Zaid yang terletak di Rafah.
Serpihan peluru berpandu yang meletup di ruang tamu ketika mereka sedang menjamu selera mengorbankan lapan saudara termasuk adik-beradik, bapa saudara dan sepupu.

"Ketika kejadian, saya keluar sebentar untuk membeli makanan di kawasan berdekatan dan tidak lama kemudian terdengar bunyi letupan.
Foto
ZIYAD mengucup dahi anak perempuannya Roah di hospital di Kaherah. FOTO Mior Azlan Kamarulbaid

"Saya tergamam melihat rumah ranap manakala anggota badan dan mayat saudara mara bergelimpangan," katanya yang mengalirkan airmata ketika menceritakan kejadian.

Dua anak Ziyad parah dalam kejadian itu dan kini dirawat di hospital berdekatan di Gaza sebelum dipindahkan ke Hospital Institut Nasser, di sini, untuk rawatan susulan.

Roah Ziyad, 9, cedera di perut yang mengakibatkan kerosakan buah pinggang manakala adiknya Muthasin Ziyad, 8, patah tulang kaki dan mengalami komplikasi saraf.

Malam tadi, Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkesempatan melawat dan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Penduduk Gaza ratapi kematian pakar pemusnah bom





BANDAR GAZA - Ketua Unit Pemusnah Bom di Gaza, Rahed Taysir al-Hom (gambar) selamat dikebumikan di tanah perkuburan Jabaliya, Gaza di kawasan kejiranan beliau dibesarkan tengah hari kelmarin.
Upacara pengkebumiannya itu dihadiri oleh beratus-ratus penduduk yang sedih ekoran kehilangan seorang anggota masyarakat yang disenangi selain amat berjasa kepada penduduk Gaza.
Bapa berusia 43 tahun itu merupakan ketua unit yang bertanggungjawab melupuskan bom dan roket yang tidak meletup di selatan Gaza sekali gus mengelak daripada mencederakan beratus-ratus penduduk tempatan.
Penduduk di Gaza berdepan ancaman bom yang ditembak atau digugurkan dari udara oleh tentera Israel dan berada di jalan raya atau di celah runtuhan bangunan.
Dia terkorban semasa cuba mematikan sebutir bom seberat 500 kilogram pada pukul 10.30 pagi kelmarin semasa pertempuran antara Israel dan Palestin berlarutan lebih sebulan.
Dalam kejadian itu, tiga daripada rakannya termasuk dua wartawan juga terbunuh.
Pada minggu lalu semasa gencatan senjata 72 jam dilaksanakan antara Israel dan Hamas, Rahed menerima 70 panggilan yang meminta bantuan mematikan bom.
Dia berjaya melupuskan hampir 400 bom pelbagai jenis sepanjang konflik terbaharu di Gaza itu tercetus.
"Saya mencuba sebaik mungkin," katanya ketika ditemu bual akhbar Guardian baru-baru in.
"Isteri saya tahu, suatu hari nanti, saya akan pulang ke rumah dengan cebisan badan dalam keranda," katanya.
Rahed bertanggungjawab mematikan bom, roket dan peluru sepanjang lima tahun daripada perkhidmatannya selama 20 tahun dalam pasukan polis Gaza. Dia ada menerima latihan daripada beberapa pakar antarabangsa tetapi kemahirannya lebih kepada pengalaman yang ditempuhi setiap hari sebelum ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3APWFqDCu 
Hakcipta terpelihara 

Gencatan bersambung lima hari lagi


AFP
DUA lelaki Palestin menikmati sarapan pagi di hadapan bangunan pangsapuri yang rosak di Beit Hanun, Gaza kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Israel dan Hamas meneruskan gencatan senjata semalam selepas satu perjanjian gencatan baharu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Namun, gencatan senjata itu hampir berkubur selepas Hamas mmbedil roket dari Gaza yang disusuli serangan udara tentera rejim Zionis malam kelmarin.
Pada lewat kelmarin, rundingan di Kaherah, Mesir berjaya mencapai persetujuan untuk melanjutkan gencatan senjata selama 72 jam sebelum ini kepada lima hari lagi.
Keputusan itu dicapai selepas gencatan senjata sebelum ini tamat kelmarin.
Bagaimanapun, sebelum gencatan senjata baharu itu diumumkan, tentera Israel memberitahu sekurang-kurannya satu serangan roket mengenai wilayahnya diikuti lima lagi serangan serupa beberapa jam kemudian.
Beberapa pegawai Palestin berkata, Israel membalas serangan itu dengan limelancarkan lima serangan udara sebelum situasi kembali tenang kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan oleh kedua-dua pihak.
"Satu perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata selama lima hari lagi telah diterima oleh kedua-dua belah pihak bagi memberikan lebih masa untuk rundingan dijalankan," kata Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan sebelum tengah malam kelmarin.
Ketua perunding Palestin, Azzam al-Ahmed mengesahkan lanjutan gencatan senjata itu dan memberitahu mereka telah mencapai 'persetujuan dalam mana perkara' berhubung tuntutan bagi mengakhiri sekatan Israel ke atas Gaza sejak lapan tahun lalu.
Bagaimanapun, ujarnya, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan beberapa tuntutan lain.
Seorang pegawai Israel juga mengesahkan pihaknya menerima cadangan Mesir untuk melanjutkan gencatan senjata selama lima hari lagi.
"Kami menerima cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata itu. Pendirian kami sejak mula lagi adalah menyokong gencatan senjata tanpa syarat tetapi persoalannya adakah Hamas akan melakukan perkara yang sama.
"Pada malam semalam (kelmarin) selepas Hamas melanggar gencatan senjata kami menerima arahan untuk bertindak balas," ujarnya.
Sementara itu, Azzam berkata, para perunding Israel pulang ke negara mereka lewat kelmarin dan delegasi Palestin dijangka pulang semalam.
Namun, tidak dapat dipastikan bila delegasi dari kedua-dua belah pihak akan kembali semula ke Kaherah untuk menyambung semula rundingan.
Lebih 1,950 penduduk Gaza yang majoritinya orang awam terbunuh manakala seramai 67 warga Israel maut sejak tentera rejim Zionis melancarkan serangan di Gaza pada 8 Julai lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3APW55CDV 
Hakcipta terpelihara 

Gaza: Kecederaan tidak jejas semangat perjuangan Ghasam


KAHERAH 14 Ogos - Bibir pemuda ini bergerak-gerak untuk cuba menyatakan sesuatu, sebelum air mata mengalir di pipinya apabila terlalu sedih kerana tidak dapat meluahkan perasaanya.
Ghasam Salim Abu Azab, 19, yang sebelum ini sihat dan cergas, kini terlantar di perbaringan akibat cedera.
Kehidupan anak bongsu daripada tujuh beradik itu berubah sepenuhnya apabila serangan yang dilancarkan Israel pada satu malam Ramadan baru-baru ini, bukan sahaja menjadikannya cacat, malah meragut nyawa abangnya.
Satu letupan, dipercayai berpunca daripada peluru berpandu yang dilancarkan sebauh jet pejuang F-16, menyebabkan kaki kanan pemuda ini terpaksa dipotong dari bahagian atas lutut dan alat penyokong tulang pula dipasang pada kaki kirinya.
Ghasam juga mengalami kecederaan usus dan memerlukan 'colostomy' - kaedah untuk membolehkannya membuang air besar melalui lubang di bahagian perut - manakala jarinya pula luka teruk serta mengalami gangren.
Bapa saudaranya Salamah Abu Azab, 50, yang menemani Ghasam di Hospital Bulan Sabit Merah Palestin di Heliopolis di sini, berkata keadaan yang dialami Ghasam tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang demi tanah air tercinta.
"Beliau menyatakan kepada saya, apabila dapat berjalan semula, beliau akan pulang ke rumahnya di Khan Younis dan berjuang menentang Israel sehingga gugur syahid," kata Salamah kepada Bernama menerusi penterjemah.
Selain Ghasam, ibu bapa dan lima lagi beradiknya Semenanjung Gaza, selamat dalam serangan kejam itu.
Pemuda itu adalah antara 14 rakyat Palestin yang dihantar ke Hospital Palang Merah Palestin di Kaherah bagi mendapatkan rawatan setelah menjadi mangsa dalam serangan tentera Israel di Gaza mulai 8 Julai.
Dibiayai Palang Merah Palestin, ia adalah antara hospital di ibu negara Mesir ini yang memberi rawatan kepada pesakit kritikal dari Palestin. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140814/lu_14/Gaza-Kecederaan-tidak-jejas-semangat-perjuangan-Ghasam#ixzz3APSJwhWw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel cabul gencatan senjata


Dua orang penduduk Palestin memadamkan kebakaran di sebuah kilang makanan al-Awdah yang ranap akibat bedilan tentera Israel di Deirl al-Balah di tengah Gaza, semalam. - REUTERS
GAZA CITY 14 Ogos - Jet rejim Zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza, awal hari ini selepas mendakwa pergerakan Hamas melancarkan roket ke arah wilayah Israel, sekali gus mengancam gencatan senjata terbaharu selama lima hari yang berkuatkuasa pada pukul 12 tengah malam tadi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Palestin melaporkan Israel melancarkan empat serangan udara ke atas Gaza, kira-kira 30 minit selepas gencatan senjata terbaharu itu dikuatkuasakan, sementara Israel mendakwa Hamas melancarkan lapan roket ke arah wilayah Israel lewat semalam.
Israel berkata, pihaknya melancarkan serangan ke atas Gaza sebagai tindak balas daripada serangan roket Hamas ke wilayahnya.
Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dalam serangan berkenaan.
Sementara itu, Hamas menafikan pihaknya melancarkan serangan roket ke arah Israel.
Gencatan senjata terbaharu selama lima hari itu dicapai selepas gencatan senjata selama 72 jam sebelum itu yang berakhir semalam, bagi membolehkan rundingan damai diteruskan, namun setakat ini Israel dan Hamas tidak mencapai sebarang penyelesaian dalam pertemuan antara kedua-dua pihak yang bertelagah itu yang diadakan di Mesir.
Mesir yang bertindak sebagai orang tengah berjaya menggesa kedua-dua pihak untuk melanjutkan gencatan senjata tersebut selama lima hari lagi.
Anggota kanan pasukan perunding Palestin, Azzam al-Ahmed berkata, gencatan senjata kali ini akan diadakan selama lima hari.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140815/lu_05/Israel-cabul-gencatan-senjata#ixzz3APQDuK3M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Israel pergiat tangkap penduduk merusuh bantah pembunuhan remaja Palestin


BAITULMAQDIS 15 Ogos - Polis Israel menahan sebanyak 52 penduduk Palestin di timur wilayah ini, kelmarin menjadikan jumlah penduduk yang ditahan polis Zionis kepada lebih 600 orang selepas mereka membantah tindakan pembunuhan seorang remaja Palestin awal bulan lalu.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, lebih banyak tangkapan akan dibuat dengan kebanyakan rusuhan dibuat di timur Baitulmaqdis terhadap polis yang berkawal di situ dengan penunjuk perasaan membaling bom petrol dan batu ke arah polis.
Katanya, rusuhan itu meletus selepas penculikan dan pembunuhan remaja berusia 16 tahun, Mohammed Abu Khder dari Shuafat, sebuah kawasan dikuasai Israel di timur Baitulmaqdis, dengan pendakwaraya Israel telah mendakwa tiga penduduk Yahudi kerana pembunuhan yang menyaksikan Mohammed dibakar hidup-hidup. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140815/lu_03/Polis-Israel-pergiat-tangkap-penduduk-merusuh-bantah-pembunuhan-remaja-Palestin#ixzz3APOx3Ues
© Utusan Melayu (M) Bhd