BAITULMAQDIS 15 Ogos - Polis Israel menahan sebanyak 52 penduduk Palestin di timur wilayah ini, kelmarin menjadikan jumlah penduduk yang ditahan polis Zionis kepada lebih 600 orang selepas mereka membantah tindakan pembunuhan seorang remaja Palestin awal bulan lalu.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, lebih banyak tangkapan akan dibuat dengan kebanyakan rusuhan dibuat di timur Baitulmaqdis terhadap polis yang berkawal di situ dengan penunjuk perasaan membaling bom petrol dan batu ke arah polis.
Katanya, rusuhan itu meletus selepas penculikan dan pembunuhan remaja berusia 16 tahun, Mohammed Abu Khder dari Shuafat, sebuah kawasan dikuasai Israel di timur Baitulmaqdis, dengan pendakwaraya Israel telah mendakwa tiga penduduk Yahudi kerana pembunuhan yang menyaksikan Mohammed dibakar hidup-hidup. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140815/lu_03/Polis-Israel-pergiat-tangkap-penduduk-merusuh-bantah-pembunuhan-remaja-Palestin#ixzz3APOx3Ues
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment