Monday, 8 June 2015

Israel lancar serangan udara ke Gaza

Israel lancar serangan udara ke Gaza
Kanak-Kanak Palestin bermain dengan pistol mainan di hadapan runtuhan bangunan yang musnah semasa perang 50 hari tahun lalu.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pesawat Israel dilaporkan menyerang utara Semenanjung Gaza, semalam, sebagai tindak balas kepada sebuah roket yang dilancarkan dari wilayah dikawal Hamas.

Serangan udara itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan, kecederaan atau kemalangan jiwa kerana ia mendarat di sebuah kawasan terbuka.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan tersebut menyasarkan infrastruktur di bahagian utara Semenanjung Gaza dan bedilan yang dilancarkan telah disahkan.

Difahamkan melalui laporan Reuters, serangan roket dari Gaza beberapa minggu lalu memecahkan kesunyian sejak perang Israel selama 50 hari menentang Hamas berakhir selepas gencatan senjata Mesir Ogos lalu.

Siren serangan udara dibunyikan di seluruh Ashkelon, sebuah bandar kira-kira 10 kilometer di utara Gaza dengan kepadatan penduduk hampir 12,000 orang.

Sebuah kumpulan Salafi, Omar Brigades, mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan di Ashkelon, bertujuan sebagai solidariti terhadap tahanan Palestin di penjara Israel dan anggota kumpulan mereka yang dikawal Hamas di Gaza.

Tahanan mogok lapar kritikal

Tahanan mogok lapar kritikal
Seorang penunjuk perasaan Palestin melahirkan rasa tidak puas hati selepas diminta menghentikan protes menyokong tahanan mogok lapar.

RAMALLAH - PALESTIN. Seorang banduan Palestin yang melancarkan mogok lapar bagi membantah penahanan pentadbiran oleh rejim Israel kini berada dalam keadaan kritikal, menurut pegawai Palestin, semalam.

Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Banduan, Issa Qarage berkata, Khader Adnan mengadakan mogok lapar sejak 35 hari lalu dan kini kehilangan berat badan serta kadar denyutan jantungnya semakin lemah.

"Dia telah dibebaskan daripada jagaan Israel selepas melancarkan salah satu mogok lapar paling lama dalam sejarah pada 2012, namun ditahan semula pada Julai tahun lalu," menurutnya.

Menurut Press TV, pada masa sama, Qaraqe menuntut supaya tahanan pentadbiran ditamatkan.

Dalam satu surat terbuka Adnan bulan lalu, mogok lapar yang diadakannya bertujuan menghalang Tel Aviv daripada merosakkan pencapaian tahanan Palestin yang berjaya mendapatkan kebebasan daripada mogok lapar sebelum ini.

Gaza bergegar

Baitulmaqdis: Tentera udara Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi semalam untuk hari kedua dalam tempoh tiga hari selepas serangan roket dilepaskan ke arah Israel.
Perkara itu dinyatakan tentera Israel dalam satu kenyataan.
Serangan berkenaan yang ketiga dilancarkan Israel di Gaza sejak dua minggu lalu seterusnya menimbulkan kebimbangan konfrontasi baru dengan pejuang Palestin.
Dengan setiap kejadian dibuat susulan serangan roket terhadap kawasan di selatan.
Sehubungan itu, kerajaan Israel mengarahkan sempadan Erez dan Kerem Shalom - masing-masing digunakan sebagai laluan manusia dan barangan - ditutup buat sementara waktu.
Hanya kes perubatan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan melintasi kawasan berkenaan.
Sumber keselamatan Palestin dan saksi berkata, serangan udara terbabit menyasarkan lokasi latihan Briged Izzudin al-Qassam - sayap bersenjata Hamas - di Beit Lahiya.
Tembakan roket dari Gaza lewat Sabtu itu mengenai kawasan terbuka berhampiran Ashkelon di selatan Israel, namun tiada kecederaan dilaporkan. Lokasi itu turut disasarkan tiga roket pada Rabu lalu yang juga dibalas dengan serangan udara Israel.
Selepas serangan Rabu itu, tentera Israel menggunakan sistem pertahanan Iron Dome di keliling Ashkelon sebagai langkah berjaga-jaga.
Kumpulan baru yang menggelar dirinya Penyokong Negara Islam di Baitulmaqdis mengakui bertanggungjawab bagi semua serangan roket sejak dua minggu lalu terhadap Israel termasuk yang pertama pada 26 Mei lalu.
Kumpulan itu dalam pergelutan kuasa dengan Hamas - kuasa de facto di Gaza- yang turut mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan seperti itu.
Minggu lalu, polis Hamas menembak mati seorang ketua penjihad tempatan ketika operasi dilakukan di Gaza City.
Sejak perang 50 hari musim panas lalu antara Israel dan Hamas di Gaza, tanda-tanda pergolakan dalaman dengan serangan bom yang menyasarkan bangunan awam selain organisasi antarabangsa.
Walaupun tiada pihak mengaku bertanggungjawab, ia dipercayai perbuatan golongan Salafi radikal - yang mengamalkan gaya hidup berdasarkan orang Islam awal - yang tidak takut mencabar Hamas.
Golongan itu menganggap Hamas gagal melaksanakan perundangan Islam selain tidak bersetuju dengan gencatan senjata dengan Israel.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:10 AM


SEORANG petani Israel memeriksa taman bunga mataharinya yang dibedil roket ditembak pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56375#sthash.JqPPIvyL.dpuf

Israel lancar roket lagi ke Gaza


Pesawat Israel bertindak melancarkan serangan udara ke utara Semenanjung
Pesawat Israel bertindak melancarkan serangan udara ke utara Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket didakwa dari wilayah Palestin ke Israel. AGENSI
BAITULMAQDIS 7 Jun – Pesawat Israel bertindak melancarkan serangan udara di utara Semenanjung Gaza, hari ini sebagai tindak balas kepada serangan roket pergerakan Hamas yang disasarkan ke selatan Baitulmaqdis, malam semalam.
Tentera Israel berkata, serangan balas yang disasarkan terhadap kem latihan Hamas itu dilakukan selepas pergerakan Islam tersebut melancarkan serangan di sebuah kawasan terbuka di kawasan rejim Zionis, dengan tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dikeluarkan.
Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan pi­haknya melancarkan serangan berkenaan.
Susulan daripada serangan itu, penggera amaran diaktifkan di bandar Ashkelon, kira-kira 10 kilometer di utara Gaza yang diduduki kira-kira 12,000 penduduk sebagai langkah berjaga-jaga sekira berlakunya serangan udara di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, kumpulan rangkaian kumpulan militan Negara Islam (IS), Briged Sheikh Omar Hadeed, mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut termasuk beberapa serangan lain di Israel.
Kumpulan tersebut melaporkan, serangan yang dilancarkan ke bandar Ashkelon didedikasikan kepada pejuang-pejuang Palestin yang dipenjarakan di Israel dan rakan-rakan mereka yang berada di bawah pengawasan pergerakan Hamas di Gaza.
“Penduduk Yahudi tidak akan berasa selamat selagi kami masih hidup,” jelas kenyataan briged berke­naan. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-lancar-roket-lagi-ke-gaza-1.100302#sthash.Jq03g7N0.dpuf