Tuesday, 11 March 2014

Liga Arab tidak iktiraf Israel

Mahmoud
Mahmoud 
11 Mac 2014
 TEL AVIV - ISRAEL. Negara-Negara Liga Arab mengesahkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas masih menolak permintaan Israel untuk pengiktirafan negara itu sebagai negara Yahudi.

Permintaan itu ditolak ketika Amerika Syarikat (AS) mendesak pemimpin itu untuk membuat konsesi sebagai sebahagian daripada usaha mencapai perjanjian rangka kerja dan melanjutkan rundingan damai konflik Israel-Palestin.

Menteri Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, semua negara Liga Arab menyokong tindakan Presiden itu dalam usaha untuk menamatkan penjajahan Israel ke atas Palestin.

“Kami sebulat suara dan sekeras-kerasnya menolak untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi,” katanya.

Menurutnya kepada Press TV, Israel melakukan pencabulan hak secara terang-terangan dan merampas tanah penduduk Palestin walaupun negara itu masih terikat dengan perjanjian Oslo pada 1993.

Ketika ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu amat terdesak memerlukan sokongan Liga Arab untuk mengiktiraf negaranya bagi mencapai matlamat rundingan seperti diaturkan AS dan negara  bersekutunya.

Tentera Zionis tembak mati hakim Jordan


Baitulmaqdis: Tentera Israel semalam menembak mati seorang hakim warga Jordan yang didakwa cuba merampas sepucuk senjata daripada seorang askarnya di pintu sempadan Tebing Barat dan Jordan.

Kejadian berlaku di Allenby ketika hakim berkenaan hendak menyeberang dari Jordan memasuki Tebing Barat. Lelaki itu mulanya didakwa warga Palestin.


Sehubungan kejadian itu, Israel bertindak menutup pintu sempadan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan Sabah al-Rafia berkata, pihaknya berusaha mendapat gambaran lebih jelas mengenai kejadian itu daripada pihak berkuasa Israel.


Bapa hakim berkenaan, Alaa Zueter berkata, dia ke mahkamah untuk menemui anaknya tetapi gagal.


“Saya hanya mengetahui dia ditembak mati oleh askar Israel menerusi media,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/11