Thursday, 31 December 2015

Washington intip Netanyahu


Netanyahu


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) masih meneruskan intipan ke atas sistem komunikasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan aktiviti penggodaman terhadap sekutu-sekutu­nya, lapor akhbar The Wall Street Journal kelmarin.
Ketika dihubungi agensi berita AFP, White House tidak menyangkal laporan tersebut yang memetik ke­nyataan daripada beberapa pegawai AS yang masih bertugas dan telah bersara.
Bagaimanapun, White House menegaskan hubu­ngan rapat dan berterusan dengan Israel adalah sangat penting. Kedutaan Israel pula enggan mengulas tentang laporan tersebut.
Dua tahun lalu, Presiden Barack Obama berjanji akan mengehadkan intipan ke atas sekutu-sekutu AS selepas kontraktor risikan, Edward Snowden mendedahkan berhubung aktiviti intipan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA).
Canselor Jerman, Angela Merkel pernah mendapat malu susulan pendedahan bahawa telefon bimbitnya diintip oleh AS.
Menurut akhbar itu, Obama memutuskan untuk meneruskan pengintipan beberapa pemimpin dunia termasuk Netanyahu dan Presiden Turki, Recep Tay­yip Erdogan atas tujuan kese­lamatan AS.
Pentadbiran AS memutuskan untuk tidak menghentikan atau membuang ‘implan-siber’ yang dipasangnya pada sistem komunikasi asing memandangkan peralatan tersebut sukar diganti. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3vrC6pi9P 
Hakcipta terpelihara 

Hospital Indonesia beroperasi di utara Gaza

Hospital Indonesia beroperasi di utara Gaza
30 DISEMBER 2015
Hospital Indonesia mula beroperasi di utara Gaza pada Ahad lalu.



BAITULMAQDIS - PALESTIN. Rakyat Palestin di utara Gaza kini berpeluang menikmati kemudahan rawatan selepas sebuah hospital yang dibiayai NGO Indonesia mula beroperasi, Ahad lalu.
Menurut laporan Middle East Monitor, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, hospital itu mengandungi 110 katil termasuk 10 di unit rawatan rapi (ICU).
"Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan perubatan yang berkualiti tinggi dan sudah tentu ia beri manfaat kepada penduduk di utara Gaza," kata jurucakap kementerian, Dr Ashraf al-Qudra.
Tambahnya, hospital berharga AS$15 juta (RM64.41 juta) itu turut dilengkapi dengan mesin pengimbas CT, empat bilik pembedahan serta diterajui doktor dan jururawat yang berkelayakan
.