Friday, 3 April 2015

Israel culik Ahli Parlimen Palestin


3 April 2015

 Israel culik Ahli Parlimen Palestin
Israel culik Ahli Parlimen Palestin Khalida Kan'an Muhammad Jarrar

RAMALLAH - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel dilaporkan telah menculik Ahli Parlimen Palestin selepas mereka bertindak biadab menggempur kediamannya di Tebing Barat.

Media tempatan melaporkan kira-kira 60 tentera rejim Zionis menyerbu rumah anggota Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin, (PFLP) dan Majlis Perundangan Palestin (PLC), Khalida Kan'an Muhammad Jarrar dan membawa beliau ke sebuah lokasi rahsia.

"Suami beliau turut ditahan di bilik berasingan ketika serbuan itu dibuat," menurut laporan tersebut.

Difahamkan, Khalida adalah pengkritik paling lantang mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Menurut Press TV, pada Ogos lalu, beliau dikenakan perintah pengawasan khas daripada tentera Israel yang mengarahkan wanita tersebut supaya meninggalkan bandar Ariha di Tebing Barat.

Bagaimanapun, beliau nekad mengadakan protes di luar Majlis Perundangan Palestin di Ramallah sehingga arahan kontroversi itu ditarik balik pada September lalu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Rami Hamdallah mencapai persetujuan dengan Hamas untuk menubuhkan jawatankuasa bersama bagi membincangkan pelbagai masalah di Genting Gaza.

 Keputusan itu dibuat selepas Hamas menuntut pengecualian cukai terhadap bahan api di stesen kuasa wilayah Gaza.

Pejuang Palestina Berhasil Usir ISIS dari Kamp Pengungsi Yarmuk


mhj
MILISI Palestina dan pejuang oposisi Suriah merebut kembali sebagian besar kamp pengungsi Yarmuk di Damaskus Kamis kemarin (2/4/2015) dari tangan kelompok ISIS, lapor AFP.
Observatorium Suriah untuk Hak Asasi Manusia mengatakan sejumlah kelompok bersenjata di kamp Yarmuk di Damaskus selatan berhasil mendapatkan kembali kontrol atas semua wilayah yang sebelumnya dikuasai ISIS.
Sebelumnya pada Rabu, kamp pengungsi Yarmuk dibanjiri kelompok ISIS sehingga menimbulkan kekhawatiran bagi ribuan warga sipil yang ada di dalam dan memberi ISIS tempat berpijak potensial di dalam ibukota Suriah.
Namun kelompok-kelompok Palestina bersenjata, yang didukung oleh pejuang oposisi lokal, meluncurkan serangan balik sehari kemudian.
“Kelompok pejuang oposisi Suriah memasuki kamp dan membantu pejuang Palestina mendorong kembali ISIS dalam sebuah bentrokan sengit,” kata Rami Abdel Rahman, kepala Observatorium.
Anwar Abdel Hadi, direktur urusan politik Organisasi Pembebasan Palestina di Damaskus, mengatakan ISIS telah didorong ke pinggiran kamp.
Dia mengatakan Aknaf Baitul Maqdis, sebuah kelompok yang setia kepada gerakan Palestina Hamas, telah bentrok dengan ISIS semalam.
Enam orang tewas dan 17 terluka, namun ia tidak bisa memberikan rincian lebih lanjut.[fq/islampos]

Pejuang Palestin usir militan IS

gambar fail merakamkan beribu-ribu pelarian Palestin yang ditempatkan
Gambar fail merakamkan beribu-ribu pelarian Palestin yang ditempatkan di kem pelarian Yarmuk berbaris untuk menerima bantuan makanan di Damsyik, Syria. AGENSI

DAMSYIK 2 April – Kumpulan pejuang Palestin dan penentang kerajaan Syria, hari ini berjaya merampas semula sebahagian besar kawasan kem pelarian di ibu negara ini, yang ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, dua kumpulan bersenjata tersebut berjaya mengusir anggota militan IS yang menguasai kem pelarian Yarmuk di selatan Damsyik sejak semalam.
Menurut pengarah pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman, kejayaan itu, sekali gus melegakan beribu-ribu pelarian Syria dan Palestin yang berlindung di kem tersebut dan mengekang kemaraan militan IS untuk menguasai Damsyik.
“Kumpulan penentang kerajaan Syria memasuki kem tersebut dan membantu pejuang Palestin menentang militan IS sehingga tercetus pertempuran yang sengit.
“Namun, militan IS masih menguasai beberapa kawasan kecil di kem terbabit,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Politik Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Damsyik, Anwar Abdel Hadi berkata, kumpulan pejuang Palestin itu merupakan pasukan bersenjata yang setia kepada pergerakan Hamas.
Jelasnya, enam orang disahkan terbunuh dan 17 lagi cedera.
Dalam pada itu, Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk pelarian Palestin berkata, situasi di kem pelarian tersebut sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi memikirkan soal keselamatan pelarian.
Jurucakap UNRWA, Chris Gunness berkata, kem itu menempatkan 18,000 orang awam dan 3,500 daripada mereka merupakan kanak-kanak.
“Pertempuran antara kumpulan bertelagah boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan yang serius kepada kanak-kanak,” katanya.
Yarmuk terletak kira-kira enam kilometer dari Damsyik dan pernah menempatkan 160,000 pelarian Palestin dan Syria. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pejuang-palestin-usir-militan-is-1.76561#sthash.8iXN3KWX.dpuf

IS serang Sinai, 15 askar maut


SINAI 2 April – Sebanyak 15 anggota tentera maut dan 19 yang lain cedera dalam satu serangan yang dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS) ke atas sebuah pusat pemeriksaan tentera di wilayah bergolak di utara Mesir, di sini hari ini.
Pegawai keselamatan berkata, anggota kumpulan militan IS itu juga berjaya merampas dua buah kereta kebal serta menyebabkan tiga orang awam terkorban.
Katanya, IS turut melancarkan empat serangan lain ke atas beberapa pusat pemeriksaan tentera yang mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan 13 yang lain.
Empat serangan itu bertujuan mengalihkan perhatian daripada serangan utama di selatan pusat pemeriksaan di bandar Sheikh Zuweid, kata mereka.
Pegawai berkata, militan IS turut menjadikan beberapa orang askar sebagai tebusan apabila mereka merampas dua kereta perisai sebelum melarikan diri.
Namun, militan gagal merampas kereta kebal Abrams buatan AS kerana anggota keselamatan berjaya memintas kenderaan itu di pusat pemeriksaan berhampiran, kata mereka. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/is-serang-sinai-15-askar-maut-1.76571#sthash.4sITOfZp.dpuf