Saturday, 4 October 2014
Palestin beri amaran heret Israel ke ICC
4 Oktober 2014
Israel bakal berdepan dakwaan melakukan jenayah perang susulan daripada Operasi Perlindungan Sempadan pada 8 Julai lalu. |
Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah mengemukakan tuntutan kepada agensi antarabangsa tersebut supaya memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi rangka masa ditetapkan.
"Kami berharap Majlis Keselamatan PBB dapat mengeluarkan draf resolusi yang membawa kepada pengunduran Israel dari wilayah Palestin termasuk Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur menjelang November 2016.
"Jika mereka gagal berbuat demikian, kami tidak akan teragak-agak mengambil langkah menyertai ICC untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya," katanya dipetik Press TV
Menurutnya lagi, Palestin tidak akan berputus asa kerana objektif utama mereka adalah mencari cara yang paling efektif untuk menamatkan pendudukan Israel bagi mendapatkan kemerdekaan.
Pada 29 November 2012, Palestin diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB yang membolehkan mereka mengemukakan tindakan undang-undang ke atas Israel atas dakwaan melakukan jenayah perang di ICC.
Sehingga kini, Tel Aviv masih enggan mematuhi perjanjian garis sempadan 1967 dan terus berdolak-dalik dalam setiap rundingan damai bersama Palestin.
RM13 bilion bina semula Genting Gaza
BAITULMAQDIS 3 Okt. - Kerajaan Palestin memerlukan bantuan berjumlah AS$4 bilion (RM13 bilion) untuk membangunkan semula wilayah Gaza yang musnah teruk akibat operasi ketenteraan Israel selama 53 hari pada Julai dan Ogos lalu.
Dalam laporan setebal 76 muka surat yang didedahkan menjelang sidang khas pada 12 Oktober ini, kerajaan Palestin berkata, jumlah tersebut melibatkan proses membaikpulih infrastruktur awam dan swasta yang dianggarkan menelan belanja sebanyak AS$1.9 bilion (RM6.18), manakala AS$1.2 bilion (RM3.9 bilion) lagi untuk pemulihan ekonomi Gaza.
Namun, kerajaan memberi keutamaan terhadap proses mengalihkan runtuhan dan memusnahkan kira-kira 5,000 bom serta peluru berpandu yang tidak meletup di seluruh Gaza.
Stesen janakuasa juga akan dibaiki, selain sistem perairan, kesihatan dan pendidikan, manakala perbelanjaan terbesar akan digunakan untuk membina semula rumah selepas lebih 100,000 penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal akibat serangan ganas Israel," tambah laporan itu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141004/lu_08/RM13-bilion-bina-semula-Genting-Gaza#ixzz3F7TU0Gs0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Enggan jadi tentera: Remaja Israel dipenjara
TEL AVIV 3 Okt. - Kumpulan anti tindakan ketenteraan, New Profile melaporkan, dua remaja Israel yang enggan berkhidmat sebagai tentera dihantar semula ke penjara.
Sumber, electronicintifada.net melaporkan, dua remaja berkenaan, Udi Segal, 18, yang pernah dipenjara empat kali serta Uriel Ferera, 19, yang pernah dipenjara lapan kali dijatuhi hukuman penjara selama 10 hari pada Isnin lalu.
Segal dan Fererea merupakan antara 50 orang remaja Israel yang menandatangani surat terbuka kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu awal tahun ini menyatakan keengganan mereka berkhidmat dalam tentera kerana hal itu melanggar hak asasi rakyat Palestin.
Dalam satu rakaman video, Segal berkata, mereka enggan berkhidmat dalam tentera bagi menamatkan penjajahan Israel ke atas Palestin.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141004/lu_09/Enggan-jadi-tentera-Remaja-Israel-dipenjara#ixzz3F7S46Vzt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)