'Netanyahu penjenayah perang'
Puluhan aktivis menghalang pintu Pusat Konvensyen Washington ketika persidangan tahunan AIPAC. Foto: EPA
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Polis di Amerika Syarikat (AS) menahan lima aktivis yang mengadakan bantahan terhadap jenayah dilakukan Perdana Menteri Isreal Benjamin Netanyahu.

Menurut laporan Press TV, protes anjuran Kod Pink dan beberapa kumpulan anti Israel itu disertai puluhan aktivis yang berkumpul di luar Pusat Konvensyen Washington, iaitu hari di mana Netanyahu tiba di AS.

Mereka mengadakan tunjuk perasaan pada hari pertama persidangan tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC), iaitu salah sebuah kumpulan pro Israel paling berkuasa di AS.

Penunjuk perasaan yang memakai topeng pemimpin rejim Zionis sambil memegang sepanduk Netanyahu adalah penjenayah perang itu menuntut keadilan dan kesamaan untuk rakyat Palestin serta menamatkan aparteid Israel.

Aktivis juga dikatakan mahu menamatkan acara tiga hari itu kerana percaya AIPAC bekerja untuk mewajarkan jenayah Israel.