Monday 24 November 2014

Israel Tembak Mati Rakyat Palestin, Korban Pertama Selepas Gencatan Senjata


Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 7:05 PM
Gambar fail menunjukkan insiden letupan bom daripada serangan udara tentera Israel di sebuah rumah di Bandar Gaza pada 23 Ogos lalu. Foto AFP

BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Tentera Israel menembak mati seorang petani rakyat Palestin dekat sempadan di utara Gaza pada Ahad.
Insiden itu menjadikan ia sebagai korban pertama sejak gencatan senjata yang menamatkan perang yang berlangsung selama 50 hari di wilayah itu.
Jurucakap khidmat kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Fadel Mohammed Halawa, 32.
Beliau berkata, mangsa ditembak dari arah belakang. - AFP

Salah satu pemandangan indah di Ardh al-Ghul di Gaza.

Salah satu pemandangan indah di Ardh al-Ghul di Gaza.Sumber : Shehab

Korban Pertama Selepas Gencatan Senjata

Israel Tembak Mati Rakyat Palestin, 

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 7:05 PM
Gambar fail menunjukkan insiden letupan bom daripada serangan udara tentera Israel di sebuah rumah di Bandar Gaza pada 23 Ogos lalu. Foto AFP

BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Tentera Israel menembak mati seorang petani rakyat Palestin dekat sempadan di utara Gaza pada Ahad.
Insiden itu menjadikan ia sebagai korban pertama sejak gencatan senjata yang menamatkan perang yang berlangsung selama 50 hari di wilayah itu.
Jurucakap khidmat kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Fadel Mohammed Halawa, 32.
Beliau berkata, mangsa ditembak dari arah belakang. - AFP

Pelampau Yahudi bakar rumah penduduk Palestin

Keadaan rumah penduduk Palestin yang diserang pelampau Yahudi di Tebing Barat, semalam.
Keadaan rumah penduduk Palestin yang diserang pelampau Yahudi di Tebing Barat, semalam.
TEL AVIV - ISRAEL. Pelampau Yahudi dilaporkan membakar sebuah rumah milik penduduk Palestin di Tebing Barat, menurut media tempatan semalam.

Insiden berlaku di Khirbet Abu Fallah, 25 kilometer di utara Ramallah.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Datuk Bandar, Masud Abu Mura berkata ketika kejadian terdapat empat penghuni wanita berada di dalam rumah berkenaan.

"Kira-kira pukul 4 pagi, beberapa pelampau Yahudi membaling bom petrol dan menyebabkan sebahagian daripada rumah tersebut musnah dijilat api," katanya.

Abu Mura menambah, dalam serangan itu pelampau Yahudi turut melakar grafiti 'kematian kepada orang Arab' dalam bahasa Hebrew.

Awal bulan ini, sebuah masjid di al-Mughayir rosak teruk apabila diserang menggunakan molotov koktel oleh pelampau Yahudi, laporan dipetik dari Press TV.

Pelampau Yahudi bakar rumah Palestin


BAITULMAQDIS 24 Nov. – Pelampau Yahudi membakar sebuah rumah penduduk Palestin di sebuah perkampungan Palestin di Tebing Barat awal pagi semalam.
Datuk Bandar Khirbet Abu Falah yang terletak di timur laut Ramallah, Masud Abu Mura berkata, penduduk penempatan haram Yahudi itu melemparkan bom petrol di sebuah rumah penduduk Palestin di sini pada kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia).
Beliau berkata, empat wanita yang berada dalam rumah tersebut ketika kejadian berjaya menyelamatkan diri.
Penyerang turut menulis ‘Pergi Mampus Orang Arab’ dalam bahasa Yahudi.
Polis Israel mengesahkan menerima laporan tentang kejadian tersebut.
Sementara itu, Israel meluluskan dana tambahan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur.
Akhbar Haaretz, kelmarin melaporkan Jawatankuasa Kewangan Parlimen Israel baru-baru ini meluluskan dana tambahan sebanyak 20 juta shekel (RM15.6 juta) untuk tujuan keselamatan di kawasan penempatan haram Yahudi, meningkatkan jumlah perbelanjaan untuk tujuan itu pada 2014 kepada lebih 100 juta shekel (RM78 juta). - Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelampau-yahudi-bakar-rumah-palestin-1.28606#sthash.CRxDCz1n.dpuf

Petani Gaza ditembak mati askar Israel

Gaza City: Tentera Israel menembak mati seorang petani Palestin berhampiran kawasan sempadan di utara Gaza semalam.
Ia adalah kematian pertama sejak Hamas dan Tel Aviv mencapai persetujuan untuk gencatan senjata selepas perang 50 hari berlangsung.
Sumber perubatan berkata, mangsa yang dibunuh Israel itu ialah Fadel Mohammed Halawa, 32.
Katanya, Fadel maut selepas ditembak di kepalanya dari belakang.
“Peluru itu dipercayai dilepaskan dari menara kawalan berhampiran ketika mangsa sedang mengerjakan tanahnya yang terletak berdekatan pagar sempadan,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:17 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11323#sthash.K9nuv1nl.dpuf

Pendatang Yahudi serang rumah warga Palestin

Ramallah: Sekumpulan orang dipercayai pelampau Yahudi melontar koktel molotov ke arah sebuah rumah di petempatan Palestin awal pagi semalam.
Datuk Bandar Khirbet Abu Falah, Masud Abu Mura berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan) apabila pendatang haram Yahudi melontar bom api ke arah rumah berkenaan.
“Sebahagian daripada bangunan itu musnah dalam kebakaran,” katanya.
Ketika serangan berlaku, kata Masud, ada empat wanita di dalam rumah itu, tetapi mereka sempat menyelamatkan diri.
Berhampiran rumah itu pula, menurut Masud, penyerang bersorak “Mati Arab” dalam bahasa Hebrew.
Saudara mangsa, Mohammed Abdelkarim Hamayel berkata, penyerang dipercayai datang dari petempatan Shilo yang terletak beberapa kilometer di utara kampung berkenaan.
“Di tengah malam penghuni rumah dikejutkan dengan suara orang bercakap dalam bahasa Hebrew. Tidak lama kemudian pintu rumah diketuk tetapi wanita terbabit tidak membukanya kerana takut.
“Sejurus kemudian penyerang membaling satu kanister gas pemedih mata dan beberapa koktel molotov ke arah balkoni yang kemudian terbakar,” katanya.
Polis Israel yang bertanggungjawab ke atas kawasan itu berkata, penyiasat forensik dan unit jenayah berada di lokasi untuk mengumpul maklumat.
Jurucakapnya berkata, rumah dua tingkat itu mengalami banyak kerosakan di bahagian bawah. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:17 AM


SEORANG wanita menunjukkan kesan kemusnahan rumahnya yang dilontar koktel molotov di Khirbet Abu Falah, Tebing Barat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11320#sthash.YQKENRmd.dpuf