Tuesday, 30 September 2014

palestin

palestin

palestin

palestin

Remaja Palestin Cedera Ditembak Tentera Israel


Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 7:02 PM
Kawasan di sempadan Genting Gaza dan Israel. Foto AFP

BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Seorang remaja Palestin berusia 14 tahun cedera apabila ditembak oleh tentera Israel di utara Genting Gaza pada Isnin.
Pihak perubatan berkata, ia merupakan insiden kedua seumpama itu yang berlaku dalam tempoh 24 jam.
Budak lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas ditembak di kampungnya yang terletak berdekatan dengan sempadan Israel, kata jurucakap perkhidmatan kecemasa, Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan.
Di bawah kepungan Israel di negara itu, penduduk di Gaza tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 100 meter dari pagar sempadan sekiranya berjalan kaki, atau 300 meter dengan menggunakan kenderaan.
Tentera Israel sering melepaskan tembakan terhadap rakyat Palestin yang berada dekat dengan kawasan itu.
Tentera Israel berkata, pihaknya sedang melihat laporan terbaharu mengenai tembakan yang hanya berlaku selepas sebulan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas.
Peperangan selama 50 hari itu mengorbankan lebih 2,140 rakyat Palestin, di mana kebanyakannya adalah orang awam dan 73 orang terbunuh di pihak Israel yang sebahagian besarnya adalah tentera sebelum gencatan senjata berkuat kuasa pada 26 Ogos lalu. - AFP

Gaza bekukan program pekerjaan

Majoriti peluang pekerjaan yang disediakan di Genting Gaza adalah di bawah projek dibiayai agensi antarabangsa seperti UNRWA.
Majoriti peluang pekerjaan yang disediakan di Genting Gaza adalah di bawah projek dibiayai agensi antarabangsa seperti UNRWA.
GENTING GAZA - PALESTIN. Kementerian Buruh Palestin di wilayah Gaza mengumumkan keputusan membekukan program pekerjaan secara sementara akibat kekurangan bajet operasi yang dianggarkan berjumlah AS$17 juta (RM56 juta).

Pengarah di kementerian itu, Abdullah Kelab berkata, program Jedara yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 10,000 graduan itu terpaksa ditangguhkan sehingga mempunyai dana mencukupi.

"Seramai 6,000 graduan masih menunggu giliran untuk menandatangani kontrak pekerjaan. Saya menggesa kerajaan perpaduan membiayai dana diperlukan untuk meneruskan program yang bertujuan mengatasi masalah pengangguran di Genting Gaza," jelasnya dipetik Middle East Monitor.

Menurut Pusat Biro Statistik Palestin, hanya 25 peratus daripada kira-kira 30,000 graduan mempunyai pekerjaan dan selebihnya terpaksa menganggur akibat krisis ekonomi yang meruncing di Genting Gaza.

Sekatan haram Israel sejak lebih tujuh tahun lalu turut menyumbang kepada masalah pengangguran di wilayah tersebut.

Netanyahu bidas Mahmoud Abbas


Netanyahu
Netanyahu
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-69 'panas' selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu nekad membidas tuduhan Palestin terhadap negaranya berhubung serangan 50 hari di Gaza Jun dan Julai lalu.

Sejurus tiba di New York  semalam, Netanyahu membangkitkan usul itu yang dikatakan pembohongan terbesar Presiden Palestin Mahmoud Abas terhadap dunia.

Jumaat lalu, Mahmoud menuduh Israel melakukan jenayah pembunuhan hingga meragut lebih 2,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya orang awam termasuk kanak-kanak.

"Beliau pembohong. Saya akan bentangkan tentang keberanian Pasukan Pertahanan Israel yang dianggap sebagai tentera paling bermoral di dunia," katanya dipetik Al Arabiya.

Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyifatkan tuduhan terbabit sebagai keganasan diplomatik dan punca kegagalan semua perjanjian diplomatik yang sepatutnya lancar.

Perhimpunan kali ini dijangka hangat selepas hampir kesemua negara anggota PBB menyelar Israel kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.