Sunday 16 June 2013

Tentera Israel tembak petani Palestin

Tentera Israel tembak petani PalestinMangsa dikejarkan ke hospital berhampiran selepas ditembak di Deir al-Balah, Semenanjung Gaza.
SEMENANJUNG GAZA - Tentera Israel ditembak dan mencederakan seorang petani Palestin di Semenanjung Gaza, kelmarin.

Kakitangan perubatan Palestin berkata, petani itu ditembak di bandar Deir al-Balah sebelum dikejarkan ke hospital.

Penyelaras Misi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) James W Rawley berkata, sekatan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza berkuat kuasa 10 April lalu memberi kesan kepada penduduk Palestin.

“Israel meningkatkan sekatan terhadap kemasukan barang makanan ke Gaza, termasuk penutupan laluan Kerem Shalom yang merupakan satu-satunya laluan perdagangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Press TV.

Menurutnya, langkah ini menyebabkan simpanan bahan makanan asas dan gas memasak berkurangan sekali gus menjejaskan kehidupan dan menggugat hak penduduk Palestin di Gaza.

Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak Jun 2007, hingga menyebabkan kadar kemiskinan dan pengangguran meningkat.

Sehingga kini, rejim menafikan hak ke atas kira-kira 1.7 juta penduduk di Gaza dengan menyekat kebebasan pergerakan, bayaran gaji tidak setimpal,mengabaikan penjagaan kesihatan dan mengurangkan keperluan pendidikan.