Maraton Palestin pertama
Pelari Palestin melepasi pemeriksaan pihak berkuasa Hamas di Beit Lahiya ketika menyertai Maraton Gaza pada 2011.
BAITULHAM - Kira-kira 200 pelari tempatan dan antarabangsa menyertai Maraton Palestin pertama, semalam, dianjurkan dua wanita warga Denmark yang bekerja di Baitulmaqdis.

Dipetik PNN, acara berlangsung di bandar Baitulham itu bertujuan memberitahu negara antarabangsa berhubung hak kebebasan bergerak dan penderitaan penduduk akibat sekatan Israel selain mengutuk insiden pengeboman di Boston.

Kira-kira 160 anggota polis ditempatkan di beberapa laluan bagi mengawal keadaan sepanjang acara larian sejauh 42 kilometer itu berlangsung termasuk berhampiran tembok pemisah di Tebing Barat.

Khamis lalu, Israel enggan memberi kebenaran kepada pelari Palestin dari Genting Gaza untuk menyertai maraton tersebut selepas mendakwa kononnya mereka tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

Difahamkan, seramai 20 peserta termasuk bekas atlet Olimpik, Nadar al-Masri berhasrat untuk menjayakan acara julung kali diadakan itu.