Thursday 27 June 2013

Haneya Sambut Amir Qatar Bersama Ayahnya


[ 26/06/2013 - 10:11 ]

Gaza – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menyambut hangat kedatangan Amir Qatar yang baru, Tamim Hamad Alu Tsani bersama ayahnya, Hamad ben Khalifah Alu Tsani ke Gaza.

Dalam pada itu, Haneya berdo’a semoga Qatar terus maju. Kami yakin Allah akan memberikan cahayaNya kepada Qatar termasuk di dalamnya masalah Palestin dan bangsa Arab. Ia menambahkan, langkah Qatar ini merupakan perintis dalam mengembangkan perdamaian di kalangan para pemimpin negara dan pemerintah agar menjadi pembelajaran di dunia, ditengah kekerasan yang terjadi berbagai negara Arab dan kawasan Timteng. Kunjungan Qatar ke Palestin, setidaknya menunjukan kepemimpinan seorang negarawan serta tekad kuat untuk memperbaiki keadaan Palestin.

Haneya menambahkan, “Anda yang memegang estafet kepemimpinan setelah anda menunaikan amanah, menyusul keberhasilan Qatar di dunia antarabaangsa serta menempatkan dirinya di kancah peta politik, ekonomi, agama dan antarabangsa, ungkapnya.
__________________________________

Sesungguhnya kemenangan Palestin semakin hampir... InsyaAllah

Sumber : Info Palestina
TT: Aman Palestin

Bertemu jodoh di bumi Palestin


Dia bukanlah individu pertama yang berkahwin dengan warga Palestin namun Shahrina Ahmad Sharkawi, 42, adalah wanita pertama yang berkahwin di bumi Palestin tatkala negara terbabit terus dihimpit konflik peperangan membabitkan pejuang Mujahidin dan tentera Israel.
Shahrina selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Hassan Rezq Alzhar, 27, di Mahkamah Rendah Gaza, 5 Mac lalu.
Wartawan yang berkesempatan meluangkan masa seharian bersama pasangan berkenaan ketika dibawa mengelilingi bandar Gaza turut menyaksikan sendiri kisah percintaan mereka selepas berkahwin.

Shahrina akui, dia dan Hassan masih dalam proses menyesuaikan diri biarpun sudah hampir sebulan mendirikan rumah tangga.
Foto
USIA bukan penghalang kasih sayang Hassan dan Shahrina.

“Satu daripada masalah kami adalah dari segi bahasa. Kami masih seperti ayam dan itik namun saya yakin ia akan dapat diatasi sedikit masa lagi,” katanya memberitahu, dia turut membawa kamus ke mana saja bagi memudahkannya mencari maksud perkataan yang tidak diketahuinya.

Diminta berkongsi pengalaman memilih Hassan sebagai teman hidup, Shahrina berkata, sebelum ini dia pernah datang ke Gaza ketika mengikuti misi bantuan kemanusiaan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Disebabkan saya jatuh cinta dengan bumi Palestin selain berniat mahu membantu rakyat Palestin yang kesusahan, saya kembali ke sini.

“Ketika itu, saya datang bersama bapa (Ahmad Sharkawi) dan seperti biasa, saya melawat rumah para syuhada sehinggalah bertemu dengan ibu Hassan.

“Sebelum itu, saya tidak mengenali Hassan namun selepas beberapa kali memenuhi jemputan ibunya, saya mula mengenalinya,” katanya memberitahu, bapanya kembali ke Malaysia selepas beberapa minggu berada di Palestin.

Dia turut mengakui, disebabkan Hassan seorang yang pemalu, dia hanya mula bercakap apabila diminta menemaninya pulang ke rumah.

“Disebabkan hubungan baik dengan ibu Hassan, saya sering mengunjungi rumahnya atas permintaan wanita berkenaan. Ibu Hassan kemudian memberitahu dia menyayangi saya, begitu juga Hassan,” katanya sambil berkata, rumah pemuda itu sebenarnya tidak jauh dari rumah sewanya. 

Beberapa hari kemudian, Hassan pula meluahkan perasaan cinta melalui satu nota yang diserahkan sendiri sebagai tanda lamarannya.

“Pada mulanya saya agak terkejut dengan lamarannya itu sebelum bertanya pendapatnya mengenai perbezaan umur kami,” katanya.

Hassan akui, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah biarpun umur mereka memang ketara perbezaannya. Pemuda itu kemudian menghubungi bapa Shahrina dan menyatakan hasratnya melamar Shahrina sebelum mendapat persetujuan.

Bagi Hassan, selain mengikut sunnah Rasulullah yang berkahwin dengan Siti Khadijah yang lebih tua darinya, dia juga mencintai Shahrina sejak pertama kali bertemu.

“Jodoh ini sudah diatur Allah dan saya kini bahagia biarpun masih perlu belajar berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik,” katanya.

Selepas mengharungi beberapa kesulitan bagi proses pendaftaran, mereka akhirnya berjaya mengatasinya dan melangsungkan perkahwinan pada 5 Mac lalu.

Kata Hassan, hanya al-Quran yang dipinta Shahrina dan keluarganya sebagai mas kahwin.

Bagi Shahrina, sejak bergelar isteri kepada pemuda Palestin itu, dia bukan saja berasa lebih selamat biarpun berada jauh di perantauan sebaliknya segala usahanya bagi mendekati dan membantu rakyat Palestin menjadi lebih mudah.

“Sebelum ini saya sendiri pernah berkahwin dan mempunyai tujuh anak. Sebahagian daripada anak saya kini tinggal bersama bapa saya di Sarawak dan ada yang tinggal bersama bekas suami saya.

“Malah jika difikirkan saya sendiri sebenarnya sudah serik untuk berkahwin lagi selepas kegagalan perkahwinan sebelum ini. Namun apabila memikirkan sikap Hassan yang pemalu dan sangat baik serta kuat beragama, saya tertarik untuk menerima lamarannya seterusnya berkahwin,” katanya.

Shahrina yang kini tidak bekerja namun memiliki syarikat sendiri di Malaysia kini lebih banyak memberi tumpuan pada kerja amal membantu rakyat Palestin dan menubuhkan dana bantuan kewangan From Gaza With Love.

“Perancangan saya untuk membantu rakyat Palestin kini makin tersusun dengan kehadiran Hassan di samping mempromosikan From Gaza With Love bersama rakan, Nadir Al-Nuri.” katanya.

Mereka kini berusaha mewujudkan dana dari Gaza sendiri dan hasil sumbangan itu akan diberikan secara langsung kepada keluarga miskin.

Pada masa sama, dia juga merancang untuk menghasilkan buku mengenai kisahnya di Palestin dan mungkin akan pulang ke Malaysia bersama suami dalam masa terdekat untuk menziarahi ahli keluarganya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/27