Ahmet dalam satu sidang media berkata, tindakan Israel mengebom Gaza dan menyerang flotila bantuan diketuai Turki ke Genting Gaza pada 2010 sehingga menyebabkan 10 rakyatnya terkorban, sama dengan tindakan serangan pengganas di Paris.
“Serangan kejam di Paris yang dilakukan oleh pengganas merupakan satu jenayah kemanusiaan dan Netanyahu adalah ketua kerajaan yang menyebabkan banyak kanak-kanak yang sedang bermain di pantai terbunuh dengan tindakannya mengebom mereka.
“Serangan yang dilancarkan ke atas flotila bantuan sehingga mengakibatkan rakyat kami terkorban di kawasan perairan antarabangsa itu juga merupakan satu jenayah kemanusiaan,” jelas Ahmet.
Barisan kepimpinan Turki mengutuk serangan ke atas pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo minggu lalu yang mengakibatkan 12 orang terkorban dan memberi amaran peningkatan Islamofobia akan menyebabkan lebih banyak kekacauan.
Ahmed merupakan salah seorang daripada pemimpin Islam yang menghadiri majlis perarakan bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam serangan di Paris itu.
Ahmed turut mengutuk tindakan akhbar sekular Turki, Cumhuriyet kerana menerbitkan keratan ahkbar Charlie Hebdo terbitan terbaharu yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad, sambil berkata, kebebasan akhbar tidak seharusnya mendokong nilai-nilai yang menghina agama. – REUTERS