RAMALLAH - PALESTIN. Pihak berkuasa rejim Zionis didakwa telah menahan kira-kira 550 penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak di Tebing Barat sejak Januari lalu berbanding 383 orang pada 2014.

Ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Amjad Najjar memaklumkan, seramai
225 tahanan tersebut dikenakan penahanan pentadbiran yang turut dikritik banyak pihak kerana tahanan tidak dibicarakan secara adil.

"Tahap kesihatan 78 tahanan lain dilaporkan semakin membimbangkan kerana
mereka tidak diberikan rawatan sepatutnya.

Kebanyakan daripada mereka juga menerima layanan buruk dan dilayan secara tidak berperikemanusiaan," katanya.

Laporan PPS menunjukkan lebih 7,000 tahanan Palestin kini meringkuk di kira-kira 17 penjara dan pusat tahanan di Israel.

Dalam perkembangan lain, tentera rejim Zionis didakwa telah menembak mati seorang remaja Palestin dalam insiden keganasan terbaru di Tebing Barat.

Jurucakap pihak berkuasa memberitahu, Mohammad Kosba, 17, maut akibat terkena dua das tembakan selepas dia dipercayai membaling batu ke arah kenderaan milik tentera Israel berhampiran pusat pemeriksaan Qalandia, selatan
bandar Ramallah. - Press TV