Ramallah: Penunjuk perasaan Palestin semalam mencemuh dan melontar telur ke arah konvoi Menteri Luar Kanada John Baird ketika dia melawat Tebing Barat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24717#sthash.I2jRQGaz.dpuf
Tunjuk perasaan itu dilakukan kerana membantah sokongan Kanada terhadap Israel.
Kejadian berlaku selepas Baird mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Palestin di Ramallah.
Beberapa anggota keselamatan Palestin yang lengkap bersenjata tidak bertindak untuk menghalang kira-kira 100 penunjuk perasaan berkenaan yang melaungkan slogan ‘Anda tidak dialu-alukan di sini.’
Kanada antara segelintir negara yang menentang usaha Palestin menjadi anggota bukan negara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2012.
Bulan ini, Baird menyifatkan langkah Palestin untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai berbahaya.
Sementara itu, perunding kanan Palestin Saeb Erekat mendesak Baird meminta maaf kerana melawat pegawai Israel di Baitulmaqdis Timur tahun lalu.
Palestin mahukan wilayah yang ditawan Israel itu, bersama-sama Tebing Barat dan Semenajung Gaza pada perang 1967 menjadi ibu negaranya.
“Kami kesal dengan pendirian kerajaan Israel kerana menyokong penjajahan dan dasar aparteid Israel secara membabi buta,” kata Saeb. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:26 AM