Usaha Paul itu, yang dijangka mewakili parti berkenaan merebut jawatan Presiden AS pada pilihan raya Presiden pada 2016, akan mengakibatkan bantuan dari negara itu kepada Palestin yang berjumlah AS$440 juta (RM1.5 bilion) dihentikan serta-merta.
“Kami ketika ini memberi bantuan berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion) yang merupakan wang pembayar cukai Amerika kepada pihak berkuasa Palestin.
“Sudah tentu kumpulan yang mengancam Israel tidak boleh menjadi sekutu Amerika dan saya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Presiden dan Dewan Kongres berhenti melayan musuh Israel sebagai sekutu Amerika,’’ katanya.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, Palestin akan menyertai ICC pada 1 April ini.
Isnin lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama berkata, pihaknya sedang mengkaji pakej bantuan tahunan berjumlah AS$440 juta (RM1.5 bilion) kepada Palestin ekoran keputusan Palestin menyertai ICC.
Paul seorang konservatif memihak kepada kepentingan Amerika di seluruh dunia dan pada 2011 menawarkan satu pelan bajet yang mahu menghentikan bantuan asing kepada kesemua negara termasuk Israel.