Serangan Israel memusnahkan kediaman dan pelbagai kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya. Foto: AFP
Serangan Israel memusnahkan kediaman dan pelbagai kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya. Foto: AFP
RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi berjanji akan menyalurkan bantuan berjumlah AS$500 juta (RM1.7 bilion) bagi membantu membina semula Gaza, menurut Perdana Menteri Rami Al-Hamdallah, kelmarin.

"Saudi akan menderma RM1.7 bilion, dan bantuan lain akan diberi dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pembinaan semula," katanya dalam satu sidang video dari Tebing Barat.

Bantuan dari kerajaan berkenaan dibuat menjelang satu persidangan di Kaherah 12 Oktober ini dan pemimpin Palestin berharap penderma lain termasuk Turki, Qatar, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat turut memberi bantuan serta sokongan lapor Arab News.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Pemimpin Hamas Moussa Abu Marzouk memberitahu, sebuah rundingan tidak langsung antara pihak Palestin dan Israel di Kaherah akan bermula sebelum akhir bulan ini untuk membincangkan persiapan Gaza selepas perang.