Friday, 5 July 2013

jentera tolak Mesir mula memusnahkan terowong-terowong antara Mesir dan Semenanjung Gaza

Pada tengahari Khamis, jentera tolak Mesir mula memusnahkan terowong-terowong antara Mesir dan Semenanjung Gaza yang selama ini menjadi talian hayat bagi menghubungkan Gaza dan dunia luar semenjak tahun 2006.

Laman Facebook News Network RNN melaporkan bahawa jentera besar milik Mesir mula memusnahkan terowong-terowong itu sambil diawasi dengan kehadiran pasukan tentera.

Saksi dari Rafah menyatakan bahawa mereka melihat jenteratolak itu tiba beberapa hari lalu, namun mula melakukan robohan semenjak semalam.
________________________________

Sumber: Team Palestina
TT: Aman Palestin Mesir

kanak-kanak menjadi sasaran tahanan Israel

 Tentera Zionis kebelakangan ini dilihat sering mengambil gambar kanak-kanak Palestine. Hal ini membimbangkan kerana kebiasaannya, selepas gambar mereka ditangkap, mereka menjadi sasaran tahanan Israel.

Sumber: Team palestina

TT: Aman Palestin Mesir

Sekatan Israel halang pembangunan Palestin

WASHINGTON 4 Julai - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), semalam berkata, sekatan ketat Israel ke atas sektor swasta Palestin menghalang perkembangan sektor tersebut dan membantutkan pembangunan ekonomi Palestin.
Dalam laporan selepas misi ke Tebing Barat dan Gaza, IMF berkata, pihaknya menjangka pembangunan ekonomi Palestin akan perlahan pada tahun ini kepada kira-kira 4.25 peratus dengan tiada perkembangan untuk mengurangkan kadar pengangguran yang kini pada kadar 24 peratus.
Laporan itu berkata, Palestin perlu membina sektor swasta dalam ekonomi didominasi oleh perbelanjaan pihak berkuasa, terutama Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bergantung penuh kepada bantuan luar untuk mengatasi defisit negara.
''Kawalan dan sekatan Israel yang berterusan dalam pergerakan dalaman, eksport dan import di Tebing Barat dan juga penutupan Gaza, menghalang perkembangan sektor swasta Palestin.
''PA memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat antarabangsa dan kerjasama Israel serta dipacu oleh objektif bersama untuk mencapai ekonomi Palestin yang kuat.
''Tiada perkara lain yang boleh menggantikan tindakan pengurangan sekatan Israel bagi meningkatkan pembangunan sektor swasta bagi membasmi pengangguran,'' kata IMF.
Badan kewangan dunia itu berkata, PA juga terlalu melebihkan gaji dan pencen dan tidak memberi keperluan cukup kepada pelaburan dalam pendidikan dan infrastruktur awam, tindakan yang mengekang sektor swasta. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130705/lu_09/Sekatan-Israel-halang-pembangunan-Palestin#ixzz2Y9kpkyqY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel berwaspada


Baitulmaqdis: Israel kekal berhati-hati memerhati perkembangan di Mesir selepas tentera negara itu menyingkirkan Mohamed Mursi, semalam.

Pegawai kerajaan yang biasanya pantas memberi kenyataan bagi setiap perkembangan serantau, kebanyakannya berdiam diri selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan Kabinet supaya tidak memberi komen.


Menteri Pengangkutan, Yaakov Katz adalah pemimpin pertama memberi kenyataan terbuka, tetapi tetap enggan membuat komen panjang lebar.



“Kami tiada kaitan setakat ini dan ia adalah isu dalaman Mesir,” katanya. Menurut Yaakov, Israel mesti menjaga sempadan dan kepentingannya.


Seorang lagi pegawai yang enggan dikenali berkata, Tel Aviv mengikuti perkembangan itu dengan teliti.


“Tetapi kami tidak membuat sebarang ramalan kerana perkembangan masih berterusan.

“Penting untuk rakyat Mesir menikmati kebebasan pada tahap baru, tetapi keadaan semasa menghantar gelombang kejutan ke seluruh dunia Arab dan ia menyebabkan sedikit kebimbangan di Israel,” katanya. - AFP

MESIR DAN GAZA



Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama (baca : satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.

Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowing bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Kepada pihak yang menyokong penggulingan Morsi :

Anda harus insaf bahawa ini adalah di antara ribuan 'pahala permulaan anda' kerana menyokong penggulingan Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat Mesir...

Sumber: www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin

MESIR DAN GAZA




Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama (baca : satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.

Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowing bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Kepada pihak yang menyokong penggulingan Morsi :

Anda harus insaf bahawa ini adalah di antara ribuan 'pahala permulaan anda' kerana menyokong penggulingan Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat Mesir...

Sumber: www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin