Friday, 5 July 2013

Israel berwaspada


Baitulmaqdis: Israel kekal berhati-hati memerhati perkembangan di Mesir selepas tentera negara itu menyingkirkan Mohamed Mursi, semalam.

Pegawai kerajaan yang biasanya pantas memberi kenyataan bagi setiap perkembangan serantau, kebanyakannya berdiam diri selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan Kabinet supaya tidak memberi komen.


Menteri Pengangkutan, Yaakov Katz adalah pemimpin pertama memberi kenyataan terbuka, tetapi tetap enggan membuat komen panjang lebar.



“Kami tiada kaitan setakat ini dan ia adalah isu dalaman Mesir,” katanya. Menurut Yaakov, Israel mesti menjaga sempadan dan kepentingannya.


Seorang lagi pegawai yang enggan dikenali berkata, Tel Aviv mengikuti perkembangan itu dengan teliti.


“Tetapi kami tidak membuat sebarang ramalan kerana perkembangan masih berterusan.

“Penting untuk rakyat Mesir menikmati kebebasan pada tahap baru, tetapi keadaan semasa menghantar gelombang kejutan ke seluruh dunia Arab dan ia menyebabkan sedikit kebimbangan di Israel,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment