Saturday 3 October 2015

Israel culik ratusan rakyat Palestin


3 OKTOBER 2015
Palestin-Israel


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mendakwa tentera Israel telah menculik 562 rakyat Palestin termasuk puluhan kanak-kanak di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, sepanjang bulan lalu.

PPS menambah, seramai 294 rakyat Palestin sebahagian besarnya kanak-kanak turut dilarikan di timur al-Quds.

"Mereka yang diculik biasanya ditahan dan dipindahkan ke penjara. Kebanyakan tangkapan dibuat selepas pelampau Yahudi dan tentera memperhebatkan serangan mereka sehingga ke perkarangan Masjid al-Aqsa.

"Seramai 230 kanak-kanak Palestin juga kini berada di penjara Israel. Mereka dinafikan hak-hak asas selain didera secara fizikal dan psikologi," kata PPS.

Sehingga kini menurut laporan Press TV, lebih 7,000 rakyat Palestin dilaporkan ditahan di penjara Israel tanpa melalui proses pendakwaan atau perbicaraan.