Kemenangan mengejutkan Netanyahu itu berlaku selepas beliau berjanji di hari-hari terakhir kempen bahawa tidak akan ada negara Palestin selagi beliau berkuasa, sekali gus melenyapkan impian penduduk Palestin yang mahu konflik puluhan tahun tersebut diselesaikan.
“Kemenangan ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Israel telah mengundi untuk menguburkan proses damai.
“Mereka tidak memilih penyelesaian dua negara selain menghapuskan kesinambungan peluang pekerjaan dan penempatan,” kata Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat kepada siaran stesen radio Voice of Palestine.
Dalam kempen saat akhirnya, Netanyahu kelmarin turut berikrar akan terus membina penempatan haram di kawasan yang diduduki rakyat Palestin.
Pemimpin Palestin berkata, tempoh empat penggal pemerintahan Parti Likud membuatkan pihaknya kini berazam untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Situasi menjadikan kami perlu bertindak segera membawa Israel ke muka pengadilan,” kata Pe­mimpin Pertubuhan Liberal Palestin, Wasel Abu Youssef.
Palestin dijangka menjadi negara anggota ICC pada 1 April ini. 
– REUTERS