Wednesday 22 September 2010

Pertembungan Di Al-Quds, 1 Syahid

Imej22 September 2010 - Alquds - Seorang pemuda Palestin hari ini gugur dan sejumlah yang lainnya cedera akibat serangan dari pendatang haram Yahudi di kampung Silwan di Kota al-Quds. Akibat dari serangan tersebut berlaku pertembungan yang sengit di antara penduduk Palestin di Silwan dengan pendatang haram Yahudi yang disokong oleh pihak Israel.

Sumber tempatan menyebut bahawa pendatang haram Yahudi tersebut tudak membenarkan sebarang bantuan perubatan kepada pemuda Palestin yang cedera sehinggalah beliau syahid.

Ahli Dewan Silwan, Fakhry Abu Diyab menegaskan bahawa pemuda yang syahid adalah dari keluarga Sirhan. Pemuda tersebut dibiarkan selama 2 jam di tepi jalan sebelum pihak Israel memindahkannya. Beliau menyatakan bahawa ada dua pemuda lain yang juga cedera parah, walaupun dalam keadaan demikian mereka tetap ditangkap oleh pihak Israel.

Fakhry Abu Diyab menyebut bahawa pertembungan yang sengit meletus antara penduduk Palestin di Silwan dengan pendatang haram Yahudi yang dibantu oleh pihak berkuasa Israel. Pertembungan tersebut berlarutan akibat dari provokasi pendatang haram Yahudi.

Pihak Israel memperketatkan kawasan di seluruh Silwan dengan menutup semua pintu masuk ke kota tersebut.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)