Tuesday, 22 July 2014
"Hamas melakukan beberapa cubaan untuk menjatuhkan helikopter kami.."
Briged Izzuddin Al-Qassam mengesahkan bahawa tentera mereka berjaya meletupkan keseluruhan kereta kebal Merkava

Briged Izzuddin Al-Qassam mengesahkan bahawa tentera mereka berjaya meletupkan keseluruhan kereta kebal Merkava yang dilaporkan sebelum ini d iHayu Tuffah Syjaiyyah.
Api kebakaran masih menyala dan kenderaan pengangkut Israel tidak dapat mendekati tempat kejadian kerana bahang.
Gaza 11:26 AM
Perang Hari ke-15
Sumber;
GazaNOw
Inilah tentera Zionis, Moshe Malaki daripada Briged Golani yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Briged Al-Qassam
![]() |
Terkini | Gaza 11.41 am | Perang Hari ke-14 Inilah tentera Zionis, Moshe Malaki daripada Briged Golani yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Briged Al-Qassam. Pihak tentera Zionis telah membenarkan gambar dan namanya disebarkan. Sumber : Shehab News Agency |
Tentera penjajah menembak sebuah hospital; Hospital Syuhada Aqsa di Deir Balah
Briged Izzuddin Al-Qassam menunjukkan sebuah cip papan eletronik yang diletakkan dalam kulit tawanannya

Cip papan elektronik ini ditanam di dalam setiap kulit pasukan khas Israel bagi mengelakkan mereka diculik oleh tentera pejuang Palestin.
Pengalaman peperangan yang lalu 2008 menyaksikan 2 orang tentera Israel yang diculik berjaya dikesan dan di bom oleh pesawat Israel kerana terdapat cip ini di dalam badan mereka.
Kerana itulah pengumuman penculikan ini hanya boleh diumumkan pada malam penculikan.
Sumber;
Resalanet
Khaled Mesh'al bertemu dengan Mahmoud Abbas di Qatar

Sebelum ini, Mahmoud Abbas dilihat bersetuju dengan plan damai yang diberikan Mesir manakala Khaled Mesh'aal dan fraksi pejuang bersenjata yang lain inginkan syarat dan tuntutan 10 mereka ditunaikan dahulu.
Pengumuman penting bakal dibuat bekas Perdana Menteri Palestin
Kenyataan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam sebentar tadi menyebut tentang operasi serangan hendap di garisan belakang musuh di Timur Beit Hanoun di Kem Askar 16;

12 orang ahli pasukan komando berjaya menyelinap masuk ke kem tersebut dan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
2 Buah jeep peronda berjaya dimusnahkan total bersama yang di dalamnya(tidak dipastikan berapa orang), manakala dalam perjalanan pulang mereka diserang dengan mesingan musuh dan juga helikopter Apache, berlaku pertempuran yang sangat sengit berjam lamanya sebelum 10 daripada mereka syahid dan baki 2 orang dapat pulang ke Gaza dengan selamat.
Sumber;
Qassam
Briged Al-Qassam mengumumkan berjaya membunuh hampir kesemua tentera penceroboh Israel di Hayyu Ghawafir Timur Qararah Timur Khan Younis Utara Gaza,

Briged Al-Qassam mengumumkan berjaya membunuh hampir kesemua tentera penceroboh Israel di Hayyu Ghawafir Timur Qararah Timur Khan Younis Utara Gaza, dalam satu operasi serangan hendap ke atas barisan musuh.
Sebelum pulang Al-Qassam berjaya meletupkan saki baki tentera yang penceroboh yang cuba melarikan diri dengan 8 biji bom mortar.
Masih menunggu laporan rasmi operasi di sana.
Sumber;
GazaNow
"Operasi Darat merealisasikan kejayaan besar buat negara Israel."
5 penceroboh tentera Israel terbunuh.

Sebentar tadi dalam satu pertempuran melibatkan pasukan komando Briged Izzuddin Al-Qassam melaporkan berjaya meletupkan sebuah lagi pasukan dengan perangkap, kemudian menembak mereka dengan RPG dan beberapa senjata berat serta bom tangan kemudian bertempur untuk beberapa minit pada jarak yang sangat dekat. Dan mereka mengesahkan bahawa 5 penceroboh tentera Israel terbunuh.
Masih menunggu laporan rasmi terperinci.
Sumber :
GazaNow
"Kami tiada apa-apa masalah dengan Mesir, tetapi masalah kami adalah dengan musuh Zionis israel.."

"Bahawa semua tuntutan kami para pejuang adalah tidak mustahil dan boleh diterima.."
"Kami tiada apa-apa masalah dengan Mesir, tetapi masalah kami adalah dengan musuh Zionis israel.."
Sumber;
QudsN
Salah seorang yang terkorban adalah merupakan rakyat Algeria.
11 rakyat Palestin terbunuh apabila dua peluru berpandu Israel menghentam Menara Salam

Lebih daripada 11 rakyat Palestin terbunuh apabila dua peluru berpandu Israel menghentam Menara Salam di mana 40 keluarga tinggal di situ anggota Rela masih bekerja untuk mencari mangsa-mangsa di bawah runtuhan.
Mangsa-mangsa baru ini meningkatkan angka kematian kepada 573 orang yang mati syahid.
Sumber;
QQN
Subscribe to:
Posts (Atom)