Tuesday 22 July 2014

50% mangsa dibunuh rejim Israel pelajar, kanak-kanak


HARAKAHDAILY | .
GAZA: Kementerian Pendidikan Gaza berkata bahawa hampir 50 paratus daripada mangsa-mangsa kekejaman Israel setakat ini, adalah kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, laporan statistik awal menunjukkan bahawa beratus-ratus daripada 425 rakyat Palestin yang terbunuh cedera adalah kanak-kanak dan pelajar sekolah manakala sebahagian besar daripada 3,008 yang cedera itu juga dari kelompok sama.

Kenyataan itu juga menyebut, hampir setengah juta pelajar di Gaza telah mengalami trauma akibat serangan ganas tentera rejim Zionis Israel termasuk kesan kematian ngeri saudara-saudara mereka yang dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Serangan tentera rejim sejak 7 Julai lalu itu juga kata kenyataan itu, telah merosakkan beratus-ratus sekolah, tadika dan institusi pengajian tinggi.

"Kementerian menggesa negara-negara yang menyokong Israel, terutamanya Amerika Syarikat, untuk menghentikan bantuan tentera, ekonomi, dan sokongan politik mereka atau mereka akan dianggap sebagai rakan sejenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

"Kita juga meminta masyarakat dunia, PBB, dan semua institusi antarabangsa yang berkenaan seperti UNICEF dan UNESCO untuk memainkan peranan dalam membendung keganasan Israel dan mengheret pemimpin-pemimpin politik dan tentera Israel dalam perbicaraan di mahkamah antarabangsa," kenyataan itu dipetik. -HARAKAHDAILY 21/7/2014

No comments:

Post a Comment