18 JANUARI 2016
Penduduk Palestin menghadiri perasmian projek kediaman Sheikh Hamad yang dibiaya Qatar di Khan Younis, dekat selatan Genting Gaza. - Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Projek pembinaan dibiayai Qatar telah menyediakan 1,000 kediaman baharu untuk rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat perang Gaza dengan Israel pada tahun 2014.
Sumbangan negara Teluk itu adalah tanda ketara untuk membina semula Genting Gaza yang menyaksikan kira-kira 100,000 orang masih menjadi pelarian selama 18 bulanselepas pertempuran, dengan pertumbuhan ekonomi disekat rejim Zionis dan Mesir.
Wakil Qatar Mohammed Al-Amadi berkata, selepas perang 2014, negaranya berjanji menyumbangkan ASD1 bilion (RM4 bilion) untuk projek pembangunan di Gaza, di mana ASD50 juta (RM221 juta) dibayar kepada pemilik rumah dimusnahkan bagi membiayai pembinaan semula perlindungan.
"Qatar melakukan semua usaha untuk membantu rakyat Gaza dalam bidang elektrik, pertanian, infrastruktur dan perumahan termasuk membina semula rumah yang musnah sepenuhnya," katanya.
Selain itu, pembiayaan Qatar turut menyediakan 1,060 rumah baharu lain di bandar Khan Younis untuk keluarga berpendapatan rendah. - Reuter
s