Tuesday 9 September 2014

Permulaan Pelancaran Intifadhah (Kebangkitan Palestin)

Tahukah anda?

Permulaan Pelancaran Intifadhah (Kebangkitan Palestin)

Percikan api intifadhah telah dilancarkan pada 8 Disember 1987 selepas insiden treler Israel melanggar secara sengaja dua buah lori kecil yang mengangkut para pekerja Palestin dari kem pelarian Jabaliya.Kemalangan tersebut telah mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 9 yang lain cedera.Ekoran daripada itu,kekacauan telah berlaku.Ia telah merebak ke kem-kem pelarian di Tebing Barat dan akhirnya meliputi seluruh bumi yang dijajah.Ia telah mengumpulkan seluruh lapisan masyarakat Palestin. 

Metod Israel menghadapi Intifadhah.

1) Melaksanakan prinsip 'Rabin' untuk menghancurkan tulang kerangka intifadhah berdasarkan nasihat Amerika.
2) Mengusir beratus penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
3) Menjalankan hukuman beramai-ramai seperti penyiksaan penduduk kampung ,sekatan perjalanan dan memutuskan sistem pengangkutan dan komunikasi.
4) Menggunakan peluru hidup yang diharamkan pihak Antarabangsa.
5) Menyekat keperluan asas dan mengurangkan pengaliran wang.
6) Penduduk awam Yahudi turut serta bersama tentera Israel dalam menggunakan senjata untuk menakutkan serta membunuh orang awam.

Sumber: Dunia Islam Kini, karangan Dr.Taufiq Yusuf Al-Waie

Raja Abdullah taja rakyat Palestin tunai haji

RAJA ABDULLAH
RAJA ABDULLAH
MAKKAH - ARAB SAUDI. Seramai 1,000 rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka terkorban dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza, akan menunaikan haji dengan penajaan Raja Arab Saudi, Raja Abdullahm selaku Penjaga Dua Masjid Suci.

Arab News, menerusi www.arabnews.com, melaporkan dengan penajaan terbaharu itu, Raja Abdullah secara peribadi telah menaja 12,000 orang rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka sama ada telah meninggal dunia atau dipenjarakan, untuk mengerjakan haji.

Ia memetik Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi,  Saleh Al-Asheikh, sebagai berkata bahawa kementerian itu  merangka program khas untuk menaja jemaah Palestin dan membantu mereka menunaikan ibadah haji dengan selesa.

Sementara itu, dua lagi penerbangan sewa khas Tabung Haji iaitu Penerbangan KT30 dan Penerbangan KT31 dijangka mendarat di Lapangan Terbang Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah pada 2.35 petang waktu tempatan (7.35 malam waktu Malaysia) dan 10.35 malam waktu tempatan (2.35 pagi Selasa waktu Malaysia).

Penerbangan KT30 yang membawa 278 jemaah haji berlepas dari Terengganu pada 10.55 pagi dan Penerbangan KT31 membawa 273 jemaah haji berlepas dari Pulau Pinang pada 7.05 malam.

Dengan dua penerbangan itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang tiba di Tanah Suci setakat ini ialah 10,166 orang termasuk 4,213 orang yang berada di Makkah. - Bernama

Bubar Kabinet Perpaduan

Askar Israel menyembur serbuk lada ke arah penduduk ketika protes di Tebing Barat. - Foto: AFP
Askar Israel menyembur serbuk lada ke arah penduduk ketika protes di Tebing Barat. - Foto: AFP
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhasrat memutuskan perjanjian dengan Hamas jika gerakan itu tidak membenarkan kerajaan yang ada sekarang beroperasi di Genting Gaza secara terbuka dan bebas.

Menurut Al Jazeera, beliau menyuarakan hasrat itu ketika menemui Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi di Kaherah untuk menyambung semula mesyuarat gencatan senjata dengan Israel.
“Kami sukar menerima situasi ini secara berterusan jika wujud sebuah lagi kerajaan bayangan di wilayah itu,“ katanya.

Di bawah terma perjanjian Kabinet Perpaduan ditandatangani April lalu, persaingan antara Hamas dan Fatah untuk menerajui kelompok Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat perlu dihapuskan.

Pada 2 Jun lalu, beberapa wakil Kabinet secara rasmi meletak jawatan namun mereka masih mempunyai kuasa di Gaza.

Sementara itu, pasukan keselamatan Israel bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas seorang remaja Palestin maut akibat ditembak ketika demonstrasi bantahan di timur Baitulmaqdis, kelmarin.

Jurucakap Polis Baitulmaqdis, Muhammad Abd al-Majid berkata, Sunuqrut, 16, parah selepas ditembak dengan peluru getah di kepala ketika protes di Wadi Joz.

"Kami sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kejadian 8 Julai lalu tidak mustahil berulang jika situasi sebegini terus berlaku," katanya.

Penduduk Palestin di Baitulmuqaddis merusuh



BEBERAPA penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel dalam rusuhan yang berlaku di kejiranan Wadi al-Joz di Baitulmuqaddis Timur kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Sejumlah penduduk Palestin merusuh di Baitulmuqaddis Timur di sini kelmarin selepas mendapat tahu seorang remaja dari kejiranan mereka mati akibat kecederaan kerana ditembak polis Israel semasa menyertai tunjuk perasaan pada minggu lalu.
Penunjuk perasaan di kejiranan Wadi al-Joz, dekat Bandar Lama bertindak membaling batu, bom petrol dan sua ke arah kenderaan lalu-lalang manakala polis Israel bertindak balas dengan menembak peluru getah.
Pertempuran itu berlarutan selama beberapa jam.
Tiada laporan mengenai kecederaan parah dalam rusuhan itu.
Sebelum ini, seorang remaja berusia 16 tahun, Mohammed Sinokrot meninggal dunia akibat kecederaan di kepala ketika dia menyertai tunjuk perasaan di sini minggu lalu.
Bapa mangsa, Abdel-Majid berkata, anak lelakinya telah ditembak di kepala menggunakan peluru getah tetapi polis Rejim Zionis mendakwa bahawa Mohammed terjatuh dan kepalanya terhantuk selepas kakinya terkena satu objek yang dibaling ketika dia melarikan diri daripada polis.
Mayat mangsa dibawa ke Tel Aviv untuk bedah siasat.
Dalam satu lagi insiden, sejumlah penduduk Palestin menyerang sebuah stesen minyak di kejiranan Yahudi di sini.
Mereka merosakkan beberapa pam petrol dan cuba membakar kedai serbaneka di premis berkenaan.
Protes di sini tercetus pada Julai lalu selepas seorang remaja Palestin dibunuh dalam serangan balas dendam oleh tiga penduduk Yahudi yang kini dibicarakan.
Pembunuhan itu menyusul selepas kematian tiga belia Yahudi di wilayah Tebing Barat yang diduduki oleh Israel akibat dibunuh oleh militan Hamas. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Clq6jVrY 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk Gaza terus jadi pelarian


GAMBAR bertarikh 3 September lalu merakamkan sebahagian pelarian Palestin yang ditempatkan di sebuah sekolah tajaan PBB di Gaza City. - AGENSI
GAZA CITY 8 Sept. - Beribu-ribu penduduk Palestin di Genting Gaza masih tinggal di sekolah tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dijadikan pusat perlindungan, walaupun konflik Hamas-Israel sudah berakhir hujung bulan lalu.
Dalam lawatan ke sebuah sekolah di Gaza City, AP melaporkan, semua kelas dijadikan tempat tidur dan pakaian-pakaian disidai di dalam tempat belajar di sekolah itu.
"Hampir 100,000 penduduk Palestin di Gaza tidak mempunyai rumah setelah rumah mereka ranap dalam serangan Israel, dan sekolah milik PBB menjadi lokasi perlindungan mereka.
"Kerajaan tempatan berdepan kesukaran untuk menangani ma­salah itu memandangkan sesi persekolahan akan bermula dalam tempoh seminggu lagi," tambah laporan berkenaan.
Agensi berita AP melaporkan, serangan Israel selama tujuh minggu ke atas Gaza menyebabkan kemusnahan teruk di wilayah Palestin itu, menyaksikan beribu-ribu rumah ranap atau rosak teruk.
Jelas laporan berkenaan, projek pembangunan semula masih belum bermula ekoran sekatan yang dikuatkuasakan oleh Mesir dan Israel ke atas import bahan binaan dan simen, kerana rejim Zionis Israel mendakwa pergerakan Hamas akan menggunakan bahan tersebut untuk membina semula terowong dan roket.
Sementara itu, Barat mengancam untuk memulaukan kepimpinan Palestin jika bekas pegawai pergerakan Hamas masih menerima gaji.
Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah berkata, beliau menerima amaran Barat akan menarik sokongan kepada kepimpinan Palestin, jika pihak berkuasa Palestin gagal menyelesaikan isu pemberian gaji kepada bekas pegawai Hamas.
Hamdallah yang mengetuai kerajaan Palestin di Tebing Barat dan Gaza bermula 2 Jun lalu, turut mengakui isu gaji itu menjadi masalah besar dan penghalang kepada pelaksanaan perjanjian damai antara kumpulan-kumpulan dalam Palestin termasuk antara Hamas dan Fatah.
Tambahnya, sejak menandatangani perjanjian perpaduan pada April lalu, Hamas menuntut kerajaan baharu Palestin mengambil tanggungjawab membayar gaji kepada 45,000 pekerja dan kira-kira 27,000 penjawat awam yang berkhidmat untuk Hamas yang memansuhkan pentadbirannya pada Jun lalu berikutan pembentukan kerajaan perpaduan itu.
Jika isu itu tidak diselesaikan, sistem perbankan Palestin akan berdepan masalah besar kerana dipulaukan oleh pihak antarabangsa terutamanya Barat.
"Kerajaan Palestin diberi amaran supaya tidak menyalurkan wang kepada mana-mana individu yang bekerja untuk Hamas selepas pergerakan tersebut disenarai hitam sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
"Rakyat Palestin bergantung kepada bantuan antarabangsa dan tindakan boikot itu boleh memberi kesan buruk kepada kewangan negara," katanya. - AP/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140909/lu_03/Penduduk-Gaza-terus-jadi-pelarian#ixzz3CleOsrdB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Abbas dikatakan cuba sabotaj usaha damai


GAZA 9 Sept - Pergerakan Islam Hamas semalam menuduh Presiden Palestin, Mahmud Abbas cuba untuk mensabotaj perjanjian damai di Palestin selepas dia menuduh pihak Hamas menggerakkan sebuah kerajaan bayangan di Gaza.
Ketika Hamas diserang hebat oleh Israel, Abbas pada Sabtu lalu mengancam untuk memutuskan perjanjian perpaduan melibatkan kumpulan yang sepatutnya mentadbir Semenanjung Gaza.
Namun kata-kata Abbas itu mencetuskan kemarahan dari Hamas melalui jurucakapnya, Fawzi Barhum yang menuduh Abbas cuba memusnahkan perdamaian dan menjadi rakan sekutu Amerika Syarikat dan Israel. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140909/lu_01/Abbas-dikatakan-cuba-sabotaj-usaha-damai#ixzz3Cle8Bcxh
© Utusan Melayu (M) Bhd