Tuesday, 7 January 2014

1450 penduduk Palestin di Tebing Barat ditahan

Ulasan 2013 | 

Menurut sumber Wadil Al-Hilwa & Pusat Maklumat Silwan, 1450 penduduk di Baitul Makdis di tahan zionis Israel. 450 daripadanya warga kanak-kanak, 20 dari mereka disoal siasat dan dikurung sehingga 5 hari.

Semasa dalam tahanan, hak mendapatkan peguam dan berjumpa ahli keluarga dinafikan, manakala mereka diletakkan di kawasan yang tidak berperikemanusiaan.

446 penduduk terpaksa berpindah, 95 buah kedai musnah, beratus-ratus waran dikeluarkan untuk memusnahkan kediaman warga Palestin. Sementara itu, zionis merancang untuk menambah sebanyak 4500 buah penempatan haram.

Tambahan lagi, 9000 penduduk haram zionis termasuk anggota polis Israel sentiasa mencuba untuk membatalkan setiap solat jumaat di tempat suci ketiga umat Islam tersebut. [Ph]

sumber: Wadi Al-Hiwa, SIlwanInformation.
#aqsasyarif

***

Langgan 'Newsletter' kami di sini: http://goo.gl/CrSr6oAyuh! Hangatkan derma anda!
#ShitaaEmergencyRelief (Klik untuk maklumat lanjut)

IOF Membunuh Belia Palestin, Lancarkan serangan udara di Gaza



Sumber perubatan di Semenanjung Gaza berkata, Jumaat pagi Adnan Abu Khater yang berusia 17 tahun terbunuh kerana kecederaan yang dialami malam Khamis lalu.

Abu Khater telah ditembak oleh tentera rejim Zionis di pagar sempadan, timur kampung Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

Dalam konteks yang berkaitan, IOF melancarkan serangan udara ke atas tiga sasaran Semenanjung Gaza.

Media Ibrani-Bahasa mendakwa bahawa serangan adalah tindak balas terhadap roket Palestin yang mendarat di kawasan terbuka Israel dan tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.

Sumber Palestin berkata kapal terbang Israel melancarkan sekurang-kurangnya satu roket ke arah tanah pertanian di dalam al-Maghazi kem pelarian di tebing barat, tidak ada laporan kecederaan. Pesawat Israel juga melancarkan serangan kedua disasarkan di kampung Beit Hanoun, dan melancarkan serangan ketiga berhampiran dengan al-Shaja'ya, timur Gaza.

PBB-Strike Meninggalkan Tebing Barat Kem Pelarian di Chaos



Satu serangan di kalangan PBB-pekerja di kem-kem pelarian Palestin telah meninggalkan 51 000 kanak-kanak daripada sekolah selama lebih sebulan, lebih 40 klinik kesihatan ditutup dan sampah menimbun di kem-kem. Namun tidak ada tanda-tanda pertikaian buruh diselesaikan.

"Anak-anak kita kini di jalanan. Tidak ada ubat, sampah menyekat jalan-jalan di kem-kem pelarian. UNRWA tidak mengambil berat tentang kita atau tentang pekerja. Tidak mencukupi dengan kita berada di bawah pengepungan dan bahawa kita telah diusir dari tanah air kita. Di manakah hak-hak pelarian? ", Kata Khalil Bal'awi, warga Al Dheisheh kem pelarian di Bethlehem.

Di Tebing Barat 5000 pekerja di PBB pelarian UNRWA agensi yang memohon sejak daripada Disember tahun lepas menuntut gaji yang lebih tinggi dan kontrak tetap bukannya kontrak jangka pendek. Semalam pekerja UNRWA di Gaza juga tunjuk perasaan, menuntut gaji yang lebih tinggi.

"Kami hanya menuntut gaji yang cukup tinggi untuk memberi makan kepada anak-anak kita," kata salah seorang daripada mereka yang ketara di Jerusalem.

Hari Ini Dalam Sejarah Palestin | 3 Januari 1919 | Asobiyyah Yang Membunuh Ummah, Menggadai Palestin



Perang Dunia Pertama (WWI) telah menyaksikan bagaimana semangat asobiyyah kembali memporak-perandakan dunia Arab setelah berkurun lama ia berjaya ditundukkan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di wilayah itu sejak tahun 610 Masihi.

Julai 1915- Januari 1916 telah menyaksikan berlakunya pakatan rahsia antara Emir Hussein bin Ali, Sharif di Mekah dan Sir Henry McMahon, British High Commissioner di Mesir untuk menentang Khalifah Turki Uthmaniyyah dan mengembalikan semula Sistem Khilafah ke Jazirah Arab. Pakatan ini tercatat dalam lembaran sejarah sebagai Hussein-McMahon Correspondence.

Hasilnya, pemberontakan telah berlaku di wilayah-wilayah Arab dari 1916 hingga 1918 dengan bantuan tentera British. Emir Hussein mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Arab di Hijaz yang merangkumi wilayah-wilayah di Palestin, Syria, Jordan, Iraq dan Jazirah Arab.

Pengiktiran British ke atas Kerajaan Hijaz kemudiannya membawa kepada jemputan Emir Faisal, anak Emir Hussein, ke Paris Peace Conference 1919 bagi membincangkan pembahagian tanah-tanah Arab selepas Perang Dunia Pertama (WWI).

Di sinilah termeterainya Perjanjian Faisal-Weizmann pada 3 Januari 1919 yang menyaksikan pengiktirafan ke atas Perjanjian Balfour 1917 oleh Raja Arab bagi membenarkan penghijrahan beramai-ramai warga Yahudi ke Palestin dalam usaha menjadikannya sebagai tanah air Yahudi. Emir Faisal mewakili Raja Arab dan Chaim Weizmann* mewakili Pertubuhan Zionis Sedunia.

Namun, perjanjian ini tidak membuahkan hasil apabila Emir Hussein dan Emir Faisal mendapat tahu tentang butir-butir perjanjian rahsia antara British dan Perancis untuk membahagi-bahagikan tanah Arab dengan cara mereka sendiri (rujuk Perjanjian Sykes-Picot 1916). Mereka membantah tetapi ianya hanyalah sia-sia. Nasi telah menjadi bubur.

Akhirnya Emir Hussein digulingkan oleh Keluarga Saud (kini pemerintah Arab Saudi) dan beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Jordan. Emir Faisal pula memerintah sebentar di Syria sebelum dihantar jauh ke Iraq.

Zionis pula akhirnya berjaya mendapatkan negaranya sementara dunia Arab kini dibahagi-bahagikan kepada negara-negara yang terpisah oleh sempadan asobiyyah bertopengkan nasionalisma.

Ketamakan kuasa telah memusnahkan kesatuan ummah hingga kita rela bersekongkol dengan musuh untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Palestin kini menjadi batu tanda dan peringatan Allah SWT akan kebusukan asobiyyah yang telah membunuh kesatuan ummah ini hampir seratus tahun yang lalu.

Jika perpecahan ummah telah menyebabkan Palestin terlepas daripada genggaman kita, maka hanya dengan kesatuan ummah sahaja kita akan mampu mengembalikan semula Palestin kepada umat ini.

Jika ummah ini bersatu, tiada satu kuasa pun mampu mengganggu-gugat hak dan maruah umat Islam; tidak US, tidak Eropah, tidak juga Israel!

[KJ]

*Chaim Weizmann telah dilantik sebagai Presiden Israel yang pertama atas jasa-jasanya merealisasikan penubuhan negara haram Israel.

Ulasan 2013 | Krisis Kemanusiaan di Gaza Yang Masih Belum Bernoktah



Sejak dikenakan sekatan dan kepungan oleh rejim Zionis Israel pada 2007, situasi kehidupan di Gaza semakin meruncing. Penderitaan di Gaza semakin mendapat perhatian dunia selepas Operation Cast Lead (Disember 2008 - Januari 2009) yang menyaksikan berpuluh kesalahan jenayah perang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

Dunia kemudiannya menyatakan solidariti mereka dengan menghantar Gaza Freedom Flotilla pada Mei-Jun 2010. Malangnya Flotilla ini dihalang masuk ke perairan Gaza dan sebahagian diserang hingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah. Penumpang Flotilla yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan agama, hanya bersenjatakan penyapu, lastik dan beberapa peralatan lain diserang dengan rakus oleh komando rejim Zionis Israel. Kemarahan dunia menyebabkan sekatan ke atas Gaza dilonggarkan sedikit. Namun, ia masih jauh daripada tahap minimum yang diperlukan warga Gaza.

Apabila Arab Spring muncul dan menaikkan Presiden Mohammad Morsi sebagai Presiden baru Mesir, sempadan Rafah telah dibuka seluas-luasnya. Gaza mula bernafas kembali. Namun, ruang ini pantas ditutup oleh rejim Zionis Israel dengan melancarkan Operation Pillars of Cloud pada November 2012. Serangan selama 8 hari ini telah memusnahkan banyak infrastruktur di Gaza dan menyebabkan kerugian berjuta-juta US dollar. Namun, Gaza masih beruntung kerana ketika itu Presiden Morsi berjaya mendesak Israel ke meja rundingan dan menerima syarat-syarat gencatan senjata yang tidak pernah dibayangkan Israel akan bersedia menerimanya.

Malangnya, panas yang dijangka sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. Selepas kudeta ke atas kerajaan Mesir pimpinan Presiden Morsi pada Julai 2013, Gaza kembali menjadi penjara derita. Sempadan Rafah kembali tertutup. Malah situasi menjadi lebih teruk berbanding sewaktu era Mubarak

Lebih seribu terowong penghubung Rafah-Gaza dimusnahkan menyebabkan kadar pengangguran meningkat dengan mendadak. Bekalan bahan api disekat menyebabkan loji kumbahan tidak berfungsi hingga air tidak terawat melimpah keluar ke jalanan seterusnya menyebabkan banjir kecil. Hospital dan industri pula tidak dapat beroperasi dengan baik. Bekalan air bersih menjadi semakin terhad.

Keadaan semakin meruncing apabila Gaza ditimpa hujan lebat pada musim sejuk Disember baru-baru ini, yang terburuk dilaporkan sejak lebih 40 tahun yang lalu. Rumah mereka habis tenggelam dan tinggallah mereka sehelai sepinggang. Sukar untuk membayangkan bagaimana mereka mampu bertahan dalam kesejukan yang mencengkam. Ini ditambah dengan bekalan makanan yang semakin berkurangan.

Tergamakkah kita melihat saudara-mara kita khususnya kanak-kanak, wanita dan warga emas terus terhimpit?

Sama ada kita bersama atau tidak, mereka di Gaza akan terus bangkit. Mereka telah melaluinya lebih daripada satu generasi. Dan mereka akan terus bertahan di bumi barakah itu hingga Allah SWT menetapkan keputusan yang dikehendakiNya.

Ini adalah peluang amal yang dibuka luas oleh Allah SWT untuk kita umat akhir zaman yang serba kekurangan imannya.

Moga Allah merahmati dan membantu mereka di sana; insyaAllah melalui kita yang berada serba cukup di sini, di bumi bertuah bernama Malaysia.

[KJ]

Mari melanggan 'Newsletter' kami: http://goo.gl/kg05AJ
#pace