Sunday, 13 July 2014

Anak muda Palestin bangkit tanpa hirau nyawa


ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kegagalan Yahudi untuk mencerobohi Masjidi Al-Aqsa sebelum Ramadan lalu kini dialih kepada serangan membabi buta terhadap orang awam di Gaza.

Presiden Pertubuhan Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa berkata, anak-anak muda dan penduduk Baitul Maqdis berkampung bagi menjaga Masjid Al-Aqsa.

“Jiwa mereka tidak pernah luntur dengan api perjuangan walau pun usia masih setahun jagung. Jiwa besar mereka sudah berani untuk menghunus senjata walau pun sekadar lontaran anak batu.

“Tenaga muda yang dikenali sebagai 'murabbithin' bangkit dan terus bangkit tanpa menghiraukan nyawa,” katanya di sini.

Sehingga hari ini media melaporkan sekurang-kurangnya 135 orang awam terbunuh, manakala lebih 948 lagi cedera parah akibat bedilan berterusan rejim Israel terhadap penempatan di Gaza.

Wan Mohd Sharafi juga berkata, peperangan besar-besaran itu telah diduga apabila kegagalan zionis menceroboh rumah ibadat umat Islam.

Katanya juga, alasan zionis bertindak kejam ekoran laporan tiga tentera Yahudi yang didakwa diculik Hamas.

“Helah dan justifikasi rejim zionis menyerang Gaza dan memusnahkan Hamas dan Al-Qassam hanyalah tipu muslihat mereka sudah lama dapat dihidu.

“Namun tentera zionis tidak mampu berdepan panji-panji jihad kalangan anak-anak muda di Palestin,” katanya.

Kata beliau apa yang disaksikan sekarang menggambarkan Israel meraung seperti orang gila untk memberitahu dunia kononnya mereka dalam keadaan terancam.

Oleh itu beliau mengharapkan umat Islam di Malaysia berdoa untuk keselamatan pejuang Islam di Gaza.

Beliau juga mengharap sumbangan derma untuk disalurkan kepada Tabung Cakna Palestin. Sumbangan boleh disalurkan melalui Bank Islam - 0301 8010 1229 39, Maybank - 5530 3803 3881 dan Public Bank - 3988 9949 14.

Maklumat lanjut boleh dihubungi di talian 609-7432010 atau 01110732010 atau e-mel - mcpalestin@gmail.com.-HARAKAHDAILY 13/7/2014

Gaza: Hospital kehabisan ubat-ubatan


HARAKAHDAILY | .

GAZA: Perkhidmatan perubatan di bandar Gaza dalam keadaan kritikal ekoran peningkatan jumlah mangsa serangan tentera zionis Israel yang masuk hari keenam hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan Palestin dan hospial mungkin tidak mampu lagi menerima pesakit kerana kekurangan bekalan ubat-ubaan pada tahap kritikal.

Mereka juga turut menghadapi kekurangan bekalan bahan api untuk meneruskan operasi hospital.

WHO berkata sebuah hospital dan tiga klinik di kem pelarian juga telah rosak.

"Kami membuat rayuan segera bagi mendapatkan 40 juta USD untuk menyokong Kementerian Kesihatan dalam menyediakan bekalan penting untuk hospital yang mencukupi selama enam bulan," kata Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Dr Ala Alwan, .

Sementara itu, Ketua Kecemasan Hospital al-Shifa, Dr Ayman al-Sahbani, memaklumkan mereka menghadapi kekurangan peralatan hospital dan perubatan, sambil menambah doktor hampir tidak berehat dan tidak dapat pulang ke rumah ekoran jumlah mangsa yang cedera terus meningkat.

Serangan juga kata Ayman turut menjejaskan gaji para doktor ketika ini dan menyukarkan urusan mereka.

"Saya tidak mempunyai petrol untuk kereta saya sendiri dan oleh itu datang ke hospital dengan berjalan kaki," katanya.

Sehingga kini 135 orang rata-rata orang awam Palastin termasuk wanita dan kanak-kanak maut dibedil roket zionis Israel, manakala hampir 1000 lagi cedera. - HARAKAHDAILY 13/7/2014

Boikot Israel

Ketua Polis Gaza antara 15 maut dibom Israel


Ketua Polis Gaza antara 15 maut dibom Israel
Israel menyerang sebuah masjid pada Sabtu di saat jumlah kematian kini melebihi 120 orang. -foto AP
GAZA: Serangan udara Israel di rumah Ketua Polis Gaza mengakibatkan Ketua Polis, Tayseer Al-Batsh maut dan turut mengorbankan 15 rakyat Palestin yang lain.

Menurut laporan Reuters, kebanyakan yang mati merupakan dari kalangan ahli keluarganya sendiri.

Serangan itu menyusul tidak lama selepas Briged al-Qassam, melepaskan beberapa roket di bandar-bandar Israel di Tel Aviv dan Bat Yam. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, tentera Israel meminta rakyat Palestin untuk mengosongkan kawasan utara Gaza sebagai langkah keselamatan.

Ia susulan selepas serangan Israel yang mengorbankan lebih 135 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam masuk hari keenam pada Ahad.

Menurut laporan AFP, tiga roket berjaya dipintas sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

"Tiga roket dipintas di atas kawasan metropolitan Tel Aviv. Satu lagi roket diserang di kawasan terbuka berhampiran Rishon LeTzion," kata tentera Israel selepas siren dan letupan kedengaran di kawasan berkenaan.

Sementara itu, kumpulan Jihad Palestin Islam, Briged al-Quds berkata, pertempuran meletus dengan Israel dalam misi untuk mara ke Gaza.

Bagaimanapun, kumpulan itu menyifatkan serangan itu tidak menguntungkan mereka.

Dalam pada itu, Komander tentera Israel, Gantz berkata tenteranya bersedia untuk bertindak dan menghantar kereta kebal serta tentera darat seperti yang dilakukan dalam masa dua minggu pada awal 2009.

"Kami di tengah-tengah perjuangan serangan dan bersedia untuk mengembangkannya sebanyak mana yang diperlukan, ke mana sahaja diperlukan, dengan apa sahaja kuasa akan diperlukan dan selama yang diperlukan," kata Gantz.

Menurut tentera, setengah daripada 20,000 pasukan simpanan telah pun digerakkan.

Pada Jumaat Briged al-Qassam mengancam  untuk melancarkan roket ke lapangan terbang antarabangsa Tel Aviv, selain memberi amaran kepada syarikat penerbangan untuk tidak membuat penerbangan ke pintu masuk utama Israel.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Israel telah melakukan serangan ke lebih daripada 1,000 sasaran dalam tempoh empat hari pertama serangan, selain memaklumkan masih banyak lagi lokasi untuk diserang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan memperluaskan serangan udara dan menimbang semua kemungkinan selain bersedia untuk segala kemungkinan.

Seorang pemuda Palestin dilaporkan dibakar hidup-hidup di Jerusalem disyaki misi membalas dendam oleh Israel.

"Pengganas di Gaza membuat kesilapan dengan menyerang orang Israel. Mereka membawa bencana kepada diri mereka sendiri," kata Ketua Pasukan Tentera Israel, Benny Gantz dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter pada Jumaat.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Gaza diserang, siapa bantu Hamas hadapi serangan Israel?

Sunday, July 13, 2014

Setiap kali berlaku serangan ke atas Gaza di Palestin, atau sebarang konflik dalam wilayah dunia Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC, sering disebut dalam kenyataan-kenyataan, mendesak pertubuhan terbesar masyarakat Islam dunia itu bertindak.

Malangnya, realiti politik aliansi global tidak membenarkan peranan yang besar itu diambil oleh OIC, sebuah pertubuhan yang dikuasai oleh Arab Saudi dan tidak melibatkan diri dalam isu politik yang rumit.

Negara-negara Arab yang secara tradisi menguasai dunia Islam dan sekaligus OIC ialah Arab Saudi dan Mesir, dua negara yang juga sekutu kuat Amerika Syarikat.

Dua negara ini ialah negara yang tidak senang dengan Ikhwan al-Muslimin dan Hamas, kumpulan yang umumnya berkongsi falsafah perjuangan yang sama.

Maka, amat sukar untuk melihat OIC yang dikuasai Saudi dan Mesir berupaya mengambil tindakan yang tegas dalam isu Palestin.

Mesir di bawah Abdel Fatah al-Sisi kini lebih kuat memusuhi dua kumpulan ini, dan tidak dapat diharapkan sama sekali untuk membantu dalam kes Gaza.

Dalam dunia Arab, politik serantau seperti konflik Syria dan Iraq biasanya ditangani melalui Liga Arab, yang kini juga dikuasai oleh Arab Saudi dan sekutu-sekutunya di Teluk Parsi.

Tindakan paling tegas diambil oleh Liga Arab sejak beberapa tahun lalu, pada 2011, ialahmenggantung keahlian Syria, dalam satu tindakan yang memperlihatkan persaingan serantau melibatkan konflik di negara itu.

Syria yang bersekutu dengan Iran sejak 1979 kini digugat oleh Saudi, Qatar, Turki dan negara sealiran yang lain dalam usaha melemahkan paksi Syria-Iran dan kumpulan-kumpulan yang disokong mereka, yang paling utama Hizbullah dan Hamas.

Syria dan Iran - dan juga Sudan - memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kekuatan persenjataan Hamas dan Hizbullah dalam berdepan dengan Israel.

Syria dan Iran ialah pembekal utama senjata kepada Hamas dan Hizbullah, yang menjadi satu sebab AS yang melindungi Israel mahu pakatan Syria-Iran diputuskan.

Selain dua negara itu, Sudan berperanan sebagai satu saluran bekalan senjata dari Iran ke Hamas dan Hizbullah. Kilang senjata, yang satu destinasinya utamanya ialah Gaza, turut beroperasi di wilayah Sudan.



Pada tahun 2012, sebuah kilang senjata di Sudan, tidak jauh dari Khartoum, dibom, dipercayai oleh Israel sebagai usaha menjejaskan bekalan senjata kepada musuhnya di Gaza dan Lubnan.

Kilang tersebut dikatakan dimiliki oleh Iran, dan dioperasikan untuk membekalkan senjata kepada musuh-musuh Israel di kawasan Syam.

Sudan sebelum itu pada 2009 menjadi sasaran serangan udara, dipercayai oleh AS ke atas konvoi membawa senjata. Satu serangan pada Januari dan satu lagi pada Februari, 2009, dilaporkan mengorbankan 88 orang.

Hari ini, Iran masih membekalkan senjata kepada Hamas - dan juga semakin banyak kepada Jihad Islami - yang berdepan dengan serangan Israel.

Realiti politik serantau menunjukkan yang kuasa-kuasa Arab tidak diyakini untuk berdepan secara tegas dengan Israel, akibat pelbagai kepentingan dan keterbatasan.

Sebuah lagi negara Islam, Turki, telah menunjukkan kesediaan berdepan dengan Israel pada tahap tertentu, tetapi kedudukannya sebagai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato, menghalangnya daripada bertindak lebih tegas.

Realiti politik rantau Arab mendedahkan kompleksiti yang menjadikan sebarang tindakan tegas ke atas Israel sukar dilakukan oleh kuasa-kuasa Arab, terutama Mesir yang bersempadan dengan Gaza, yang kini dipimpin oleh al-Sisi.

Kekuatan dan iltizam politik yang lebih kuat diperlukan oleh kerajaan-kerajaan negara Islam untuk membantu umat di Palestin.

Ini tidak bermakna usaha membantu terhad kepada kerajaan, kerana pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan telah menunjukkan kemampuan dalam membantu warga Palestin. Tetapi, realiti politik melibatkan persaingan kuasa-kuasa di dunia Islam ini menjadikan penyelesaian masalah Palestin menjadi semakin sukar, dan bermakna serangan ke atas Gaza akan terus berulang.

Dalam menangani isu kekejaman Israel, selain bantuan kemanusiaan, penyelesaian politik tetap diperlukan kerana faktor kuasa negara yang menjadi penentu besar dalam hal ini.

Tetapi, pada masa sama, perhatian yang serius juga perlu diberikan pada umat Muslim di negara-negara lain yang juga berdepan kezaliman seperti di Burma, Thailand, Filipina, dan Sri Lanka. - Julai 11, 2014
http://siasahdaily.blogspot.com/2014/07/gaza-diserang-siapa-bantu-hamas-hadapi.html

Umat Islam perlu bantu saudara di Gaza

Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri
Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri
SERDANG - [VIDEO] Umat Islam seharusnya menghulur bantuan kemanusiaan berterusan kepada mangsa peperangan di Gaza sebagai tanda sokongan.

Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri berkata, umat Islam seharusnya memberikan bantuan makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin yang semakin dihimpit penderitaan dari sehari ke sehari.

"Pergolakan di Gaza ini adalah suatu kemalangan bagi umat Islam dan saya menganggap bahawa ia merupakan satu musibah yang dilalui penduduk Palestin," katanya kepada pemberita.

Kata beliau lagi, tragedi yang menimpa penduduk Palestin di Gaza boleh disifatkan sebagai suatu musibah dan ujian yang diduga oleh ALLAH.

"Ayuh kita bersatu, bersama-sama mengangkat tangan dan bermunajat kepada ALLAH supaya dugaan ke atas mereka dapat diringankan.

"Kepada yang mempunyai kelebihan dari sudut kewangan, bolehlah menghulur bantuan dan sumbangan kepada agensi-agensi serta NGO yang melaksanakan tugas sebaik mungkin supaya bantuan sampai kepada mereka(mangsa peperangan)," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan penghargaan kepada sahabat yang banyak memberikan bantuan dalam menyokong inspirasi kebebasan yang sepatutnya dimiliki Palestin supaya rakyat Palestin dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai.

"Dalam sebuah dalil, ALLAH ada menyatakan, DIA sentiasa membantu hamba-NYA tatkala seorang umat menolong saudaranya. Justeru, tatkala kita masih ada kelapangan dari segi kewangan, kita hulurkan bantuan kepada yang memerlukan, Insya-ALLAH, ALLAH SWT akan lapangkan kehidupan kita bukan sekadar di dunia malah turut di akhirat kelak," jelasnya.

Sukarelawan belum boleh ke Gaza

Ratusan rakyat Indonesia melakukan demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis di Jakarta, semalam. - Foto: AFP
Ratusan rakyat Indonesia melakukan demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis di Jakarta, semalam. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR . Duta Besar Republik Indonesia ke Mesir, mengeluarkan arahan bahawa sukarelawan masih belum dibenarkan ke Gaza kerana keadaan masih tegang, lapor AntaraNews.

Nurfaizi Suwandi berkata, ketika ini pos keselamatan di sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Gaza, ditutup oleh pihak berkuasa Mesir bagi mengelakkan rakyat negara itu memasuki Gaza.

"Segala bantuan sebaiknya disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Mesir atau Duta Besar Palestin di Jakarta untuk masuk ke Gaza.

Mereka perlu dapat kebenaran dari Kementerian Luar Mesir," katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa Mesir hanya mengizinkan penduduk Gaza memasuki negara itu jika memerlukan rawatan susulan di hospital.

Remaja Israel bangga caci penduduk Palestin

Remaja Israel bangga caci penduduk Palestin
SHAH ALAM - Rentetan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, banyak pihak tampil mengecam perlakuan Israel yang menzalimi penduduk di Gaza.

Namun di sebalik kecaman itu, remaja Israel dengan bangga menyokong pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas penduduk Gaza.

Berdasarkan tinjauan penulis di portal berita Mondoweiss, David Sheen pada Khamis lalu menerusi laman sosial Twitter, ada segelintir anak muda Israel khususnya remaja perempuan memuat naik gambar ‘selfie’ mereka bersama hashtag #ZionStandUp dan jelas mengutuk rakyat Palestin yang ditindas.

Tidak cukup dengan penghinaan yang dilemparkan, remaja tersebut turut melaungkan sokongan terhadap Israel dalam memerangi Gaza serta mendesak bangsa Palestin dihapuskan dari muka bumi.

Salah seorang remaja yang menggunakan hashtag tersebut turut memuat naik sebuah post yang mengutuk Palestin dan mendesak supaya hukuman gantung dan mati dijatuhkan ke atas setiap penduduk Palestin.

Difahamkan, hashtag tersebut mula diwujudkan sejak peperangan ke atas Gaza diisytiharkan Israel.

Penyebaran hashtag tersebut yang meluas kini mula mendapat perhatian masyarakat dunia dan kini ada pihak yang menggunakan hashtag tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dan mengecam keras perbuatan Israel ke atas rakyat Palestin.

palestin

Update : 121 jiwa syahid (Insya Allaah) di Gaza, dan belum ada seorang pun yang mati di Israel. Sejauh ini 1100 serangan udara telah dilancarkan Israel untuk menggempur Gaza yang menewaskan ratusan jiwa.#Pray4Gaza

Syarat pertama, hafal quran 30 juz, kedua, shalat subuh jamaah di masjid selama 40 hari tidak putus, ketiga..

Cerita dari Bayu Gawtama, Relawan ACT Indonesia yang pernah pergi ke Gaza..
"Saya tanya, "apakah saya boleh jadi anggota pasukan al qossam?" mereka bilang boleh dengan beberapa syarat. "Syarat pertama, hafal quran 30 juz, kedua, shalat subuh jamaah di masjid selama 40 hari tidak putus, ketiga..." lalu saya terdiam malu. Belum saatnya... #Gaza2010
Saya minta dia tidak melanjutkan syarat berikutnya... Karena saya tahu semakin berat buat saya. SUBHANALLAH... Malu rasanya, ternyata kekuatan mereka bersumber dari sana (hafalan, shalat jamaah dll)

Fb: facebook.com/gaw.gawtama

Komando Israel, tentera Hamas bertembung di Gaza



Komando laut Israel bertembung dengan tentera Hamas semasa serbuan di Semenanjung Gaza pada Ahad, mencetuskan kejadian tembak-menembak pertama seumpamanya.

Ia pertama kali berlaku dalam operasi Israel yang masuk hari keenam bagi menghalang pelancaran roket rakyat Palestin.

Kenyataan tentera menyebut, tentera Israel menyerang utara Gaza menggunakan roket jarah jauh selepas ditembak yang menyebabkan empat komando cedera ringan.

Menurut Hamas, pejuangnya menyerang pasukan Israel di pesisir pantai bagi mengelakkan mereka mendapat.

Israel mengaku mengerahkan 20,000 pasukan tentera simpanan untuk serangan di Gaza. Bagaimanapun kebanyakan serangan setakat ini dibuat daripada udara, dengan 1,200 sasaran telah dibedil.

Hamas, pejuang Islam yang mendominasi Gaza, melancarkan ratusan roket ke Israel, menyerang jauh lebih dalam ke nagara itu berbanding sebelum ini.

Keganasan rentas sempadan menunjukkan tiada tanda-tanda akan berkurangan walaupun tekanan antarabangsa makin memuncak supaya ia dapat dihentikan.

Siren kecemasan berbunyi sepanjang malam di Israel dan penduduk berpusu-pusu memasuki bilik selamat dan pusat perlindungan bom.

Israel melancarkan beberapa siri serangan di Gaza, termasuk terhadap ibu pejabat polis, menurut pihak berkuasa Palestin.

Seorang lagi wanita dan anak kecil tiga tahun meninggal dunia akibat serangan udara, menjadikan korban dalam operasi enam hari seramai 149 orang. Kebanyakan daripada mangsa orang awam.

Israel menyalahkan Hamas kerana meletakkan nyawa orang awam awam dalam bahaya kerana menempatkan senjata dan penembaknya di kawasan perumahan.

Tiada seorang pun penduduk Israel terkorban selepas kebanyakan tembakan Hamas dalam dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome, yang sebahagiannya ditaja oleh Amerika Syarikat.

- Reauters

palestin

palestin

While we are counting number of Palestinians murdered by them, their grave concern in Israel is the "sound of sirens". 

palestin

Even if we were to shed tears of blood...it can never equates the pain and sorrow of this man having to lose his entire family this way. 

Who is TERRORIST in this equation?
 

palestin

Palestin menangis

Gaza: Jumlah kematian meningkat 135 orang


HARAKAHDAILY | .

GAZA: Serangan berterusan tentera Israel terhadap penempatan awam Palestin sehingga malam tadi telah mengorbankan 135 nyawa yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak.

Malam tadi sahaja, enam lagi warga Gaza syahid dibedil peluru berpandu tentera rejim manakala puluhan yang lain cedera.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Ashraf al-Qudra, mangsa yang cedera, telah dikejarkan ke hospital al-Shifa di Gaza.

Orang awam yang dibunuh telah dikenal pasti sebagai Rateb Sobhi Youssef al-Sayfi, 22, Azmi Mahmoud Taha Ubaid, 51, Nidhal Muhammad Ibrahim Abu al-Malash, 22, Suleiman Said Younes Ubaid, 56, Ghassan Ahmad al-Masri, 25, dan Mustafa Muhammad Taha Inaya, 58.

Pasukan perubatan berkata , keadaan mayat yang tiba sangat menyedihkan dengan keadaan sebahagian anggota terpotong dan hancur akibat serangan jet Israel.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh pemberita di Gaza, sekurang-kurangnya 135 orang awam terbunuh setakat ini manakala lebih 948 yang lain mengalami kecederaan yang teruk.

Beratus-ratus rumah orang awam pula 'telah musnah di sepanjang serbuan rawak Israel.

Hari ini merupakan hari keenam Israel melancarkan serangan terhadap Gaza.

Angka kematian dijangka terus meningkat dengan tentera rejim tiada tanda-tanda mahu memberhentikan tindakan kejam itu.

Malah Israel telah mempersiap 40,000 lagi tentera mereka untuk membuat serangan darat ke atas Gaza.

Israel dengan angkuh mendakwa mereka enggan tunduk kepada tekanan antarabangsa agar menamatkan serangan itu. -HARAKAHDAILY 13/7/2014

OIC, PBB digesa campur tangan di Gaza


BENTONG: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa segera campur tangan bagi membendung kekejaman rejim Israel yang kini semakin agresif menindas rakyat Palestin di Gaza.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sikap tidak
berperikemanusiaan rejim Zionis itu yang mengakibatkan nyawa banyak kanak-kanak dan wanita tidak berdosa menjadi korban, perlu dihentikan segera.


"Kekejaman serta kezaliman zionis itu kini sudah sampai pada kemuncaknya yang telah mengorbankan lebih 120 penduduk serta mencederakan ratusan penduduk dan memusnahkan banyak kediaman dan harta benda.
"Hanya dengan campur tangan PBB dan OIC serta kuasa besar seperti Amerika sahaja yang boleh membendung keganasan ke atas rakyat dan bumi Palestin di Gaza, bagaimanapun kita kesal kerana sehingga ke hari ini dua badan besar dunia itu masih berdiam diri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan barangan
keperluan masjid dan surau berupa barangan elektrik bernilai lebih RM148,000 sumbangan Yayasan Belia Felda di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai Bentong semalam.

Katanya walaupun rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan dan perarakan sebagai membantah kekejaman Isreal itu, namun hanya sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang perubahan kepada rejim tersebut dan perlu dibantu oleh negara lain. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Tentera Israel kepung Gaza


2014/07/13

Tentera Israel kepung Gaza
Sanak saudara memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Noor Alnajedy, 10, yang terbunuh dalam serangan udara Israel terhadap bangunan berhampiran kediamannya, di Semenanjung Gaza, kelmarin. - Foto AP

Bandaraya Gaza: Ketika angka kematian terus meningkat dan mencecah 127 orang semalam, Israel pula akan melakukan serangan melalui darat dan keputusan mengenainya akan dibuat hari ini.

Malah, tentera Yahudi itu sudah menempatkan kereta kebal serta perisai di sepanjang sempadan, manakala sekurang-kurangnya 33,000 daripada 40,000 tentera simpanan mereka diluluskan oleh Kabinet untuk digerakkan.

Masuk hari kelima semalam, sekurang-kurangnya 16 lagi kawasan penduduk Palestin menjadi sasaran dalam serangan ganas Israel, pada ketika Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu bertegas untuk tidak tunduk dengan tekanan antarabangsa bagi menghentikan pengeboman.

Menteri Luar, Avigdor Lieberman kelmarin berkata beliau menjangkakan satu keputusan politik dibuat hari ini untuk melancarkan kemungkinan serangan darat. “Pada masa ini kita menjalankan fasa pertama... serangan udara,” katanya kepada televisyen Channel One.

Wartawan AFP melihat banyak kenderaan perisai digerakkan ke selatan pagi semalam dan anggota tentera pula tiba di kawasan sempadan.

Banyak lagi akan diserang

Jurucakap tentera Jeneral Moti Almoz berkata beliau menjangkakan serangan udara akan berterusan untuk beberapa hari kerana ‘terdapat banyak lagi sasaran untuk diserang’.
“Pada masa sama kita bersiap sedia untuk operasi seterusnya, mempersiapkan tentera untuk melakukan serangan darat,” katanya kepada radio awam.

Sementara itu dalam satu sidang media lewat kelmarin di Tel Aviv, Netanyahu berkata beliau tidak akan menamatkan kempen ketenteraannya sehingga mencapai matlamatnya bagi menghentikan bedilan Hamas.

Teruskan serangan

“Tiada tekanan antarabangsa yang akan menghalang kami daripada terus menyerang dengan semua kekuasaan yang ada terhadap apa yang dilakukan Hamas,” katanya.

Serangan terbaharu semalam membunuh tiga penduduk di timur kejiranan Tufah di Bandaraya Gaza, kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra. AFP 

Nak tahu tak. Zionis telah mencuri organ dalaman dari jenazah rakyat Palestin yang terkorban.

palestin

palestin

Kartunis lebih berani


Dengan angka kematian sehingga petang semalam (waktu Malaysia) mencecah sekurang-kurangnya 115 orang dan kemarahan masyarakat dunia terus memuncak, pelukis kartun di Timur Tengah tampil menyindir orang awam kerana memikirkan banyak isu lain berbanding penderitaan penduduk Gaza.
Antara isu yang menjadi perhatian ramai di Timur Tengah ialah demam Piala Dunia. 

Ketika Israel menjadi sasaran kecaman masyarakat Arab serta AS yang menyokong negara itu, keberkesanan Liga Arab turut dipertikaikan.
Foto
LAKARAN satira Emad Hajjaj
Foto
LAKARAN satira Emad Hajjaj

Kolumnis akhbar The Guardian, Ian Black berkata, kewujudan Liga Arab itu sendiri banyak dipengaruhi oleh konflik di Palestin, namun sehingga kini pertubuhan berkenaan belum membincangkan krisis terbaru itu.

Pelukis kartun Abdullah Jaber ‘bertindak’ lebih pantas dengan menghasilkan lakaran menunjukkan sebuah kereta kebal Israel mengisi minyak berjenama “Arab Senyap.”

Pelukis kartun Mesir, Amr Okasha melukis dua lelaki pejuang jihad sedang berbual.

Seorang daripadanya berkata: “Zionis menyerang Gaza,” dan dijawab rakannya - yang memegang bendera hitam Negara Islam Iraq dan Syam: “Kita sedang sibuk. Kita cuma mahu membunuh orang Arab.” 

Pelukis kartun Jordan, Emad Hajjaj menghasilkan imej seorang penjaga gol dalam bentuk peta Palestin yang bersusah-payah cuba menangkap objek berlogo Zionis.

Hamzeh Hajjaj pula menghasilkan kartun dengan tiga lelaki berbual. 

Lelaki pertama berkata: “Saya orang Arab dan menyokong Jerman.”

Lelaki kedua pula berkata: “Saya orang Arab dan Brazil.”

Akhirnya lelaki ketiga berkata: “Saya orang Arab dan mahu rakyat Arab bangkit daripada tidur.”

Kartunis Arab Saudi, Aimantoon memilih imej seorang remaja melahap kentang goreng dan minuman berkarbonat sambil menangis melihat laman sesawang Gaza yang mendapat ribuan “Like.”

Seniman Libya pula menggunakan Twitter untuk menyindir: “Jangan bimbang penduduk Gaza. Orang Arab di seluruh dunia sedang menukar gambar profil mereka untuk membantu kalian.” 

Imej lain yang beredar di media sosial turut menampilkan ketidakseimbangan perhatian diberikan kepada korban keganasan itu - lebih 100 orang penduduk Palestin maut dan tiada kematian di pihak Israel. 

Black berkata, reaksi kerajaan Arab juga tidak begitu memberangsangkan, antaranya gara-gara kebencian Arab Saudi dan Mesir kepada gerakan Islam Hamas yang mentadbir Gaza. 

Jordan pula mengecam Tel Aviv kerana melakukan ‘keganasan tidak bertamadun’ ke atas Gaza, namun seperti Mesir, mereka dilihat tidak akan merosakkan perjanjian damai dengan rejim Zionis itu.

Media Syria pula mengutuk Riyadh dan Doha kerana menyokong gerakan menggulingkan Presiden Bashar al-Assad namun tidak berbuat apa-apa bagi membantu Gaza.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Takut punca negara Islam lain sukar bantu

Mohd Azmi
Mohd Azmi
KUALA LUMPUR - Takut kepada sekatan ekonomi dari Israel menjadi punca kepada kelesuan negara Islam di dunia untuk membantu Palestin yang diserang rejim Zionis.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Liga Arab serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak bersedia mengambil sebarang tindakan yang berkesan membantu rakyat dan menghentikan keganasan Israel.

“Israel seperti sedia maklum sememangnya sebuah negara yang berpengaruh dalam ekonomi di mana dunia hari ini dilihat banyak bergantung kepada kepesatan ekonomi Israel. Disebabkan hal ini banyak negara yang terpaksa berdiam diri daripada membantu kerana takut menerima nasib sama.

“Angka kematian semakin meningkat dan perkara berkenaan menunjukkan tanda-tanda kemusnahan yang bakal berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” katanya ketika sidang media Pelan bertindak NGO-NGO  Malaysia Isu Gaza, hari ini.

Beliau berkata, Gaza kini mengalami kekurangan ubat-ubatan serta alatan perubatan kerana kehilangan khampir 30 peratus bekalan berkenaan.

“Bekalan ubat-ubatan kini hanya tinggal 15 peratus dan dijangka akan habis dalam masa beberapa hari sepanjang serangan Israel.

“Walaupun rayuan dibuat kepada kerajaan konsensus Palestin yang ditubuhkan bulan lepas, namun tiada sebarang tindakan diambil setakat ini untuk menyelamatkan sisitem penjagaan kesihatan di Gaza,” katanya.

Menurutnya, Israel menjadi kebal daripada sebarang undang-undang antarabangsa atau Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencerobohan dan kekejaman terhadap Gaza.

“Serangan ini bukan 'perang' dengan Hamas sebagaimana yang didakwa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Nantanyahu.

“Tujuan sebenar Israel hanya mahu menghapuskan sebarang ancaman kepada kewujudan negaraYahudi termasuklah menggunakan pendekatan membunuh rakyat Palestin,” katanya.

Minyak senjata utama lawan Israel

Sekatan penjualan minyak oleh negara Arab kepada AS pada 1973 membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam.
Sekatan penjualan minyak oleh negara Arab kepada AS pada 1973 membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam.
ISRAEL, yang kini sedang menyembelih rakyat Palestin di bumi Gaza mungkin terkenal dengan pelbagai senjata canggih ciptaan orang bijak pandai Yahudi, selain mendapat sokongan kuat ketenteraan daripada Amerika Syarikat (AS).

Tetapi, negara Islam, walaupun mungkin tidak memiliki kecanggihan teknologi ketenteraan seperti Israel dan sekutunya, mereka dikurniakan ALLAH dengan sumber paling berharga di muka bumi, iaitu minyak.

Dengan perang ekonomi inilah Israel dapat dikalahkan, jika negara Islam pengeluar minyak menyekat eksport minyak kepada AS.

Sekatan ke atas AS dan sekutunya ini seterusnya dapat memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin.

Kaedah ini, yang membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam pernah digunakan pada 1973.

Waktu itu, semasa Perang Yom Kippur, negara-negara Arab yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengenakan sekatan minyak terhadap AS sebagai tindak balas kepada keputusan AS memberikan bekalan ketenteraan kepada Israel dalam perang rejim Zionis itu dengan Mesir dan Syria.

Sekatan turut dikenakan kepada negara penyokong Israel lain termasuk Belanda, Portugal dan Afrika Selatan.

Embargo itu mengharamkan eksport petroleum kepada negara yang disasarkan tersebut.

Terjejas teruk dengan sekatan itu, AS terpaksa tunduk dan berunding supaya Israel meninggalkan kawasan milik Syria dan hanya selepas rundingan itu berjaya, sekatan itu ditamatkan pada Mac 1974.

Sekatan itu menyebabkan kemerosotan ekonomi kepada AS dan negara pengimport minyak yang lain, serta mengukuhkan pengaruh negara-negara Arab dalam arena politik antarabangsa.


Dunia Islam kuasai simpanan minyak

Menurut statistik Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) bagi April 2014, sebanyak 110 juta daripada 287 juta tong minyak sebulan diimport oleh AS dari negara OPEC, dan daripada jumlah itu, 48 juta tong diimport dari Arab Saudi sahaja.

Adakah adil untuk menyasarkan sekatan ke atas AS?

Jawapan pendek: Ya.

Laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongres AS berhubung bantuan kepada Israel bertarikh 11 April 2014 menunjukkan Israel ialah penerima bantuan luar AS terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Sehingga tarikh laporan itu, AS telah memberikan Israel AS$121 bilion (RM385 bilion) bantuan kewangan.

"Hampir kesemua bantuan dua hala kepada Israel ialah dalam bentuk bantuan ketenteraan," menurut laporan itu.

Pada 2007, AS bersetuju memberi pakej bantuan ketenteraan AS$30 bilion (RM95 bilion) kepada Israel untuk tempoh 10 tahun dari 2009 hingga 2018, dan semasa lawatannya ke Israel pada Mac 2013, Presiden AS Barack Obama berjanji AS akan terus memberikan Israel bantuan ketenteraan.

Benar, kuasa OPEC semakin berkurangan kerana sejak sekatan itu, negara Barat berusaha mengeluarkan minyak mereka sendiri.

Namun dengan simpanan minyak di negara Islam mencecah kira-kira 55.7 peratus daripada jumlah keseluruhan di seluruh dunia, mengikut statistik EIA bagi 2013, kita masih mampu menggoncang dunia.

Malangnya, negara Islam, dengan kekayaan sumber alam yang diberikan ALLAH, masih belum bangun daripada tidur selepas 66 tahun bumi Gaza diratah dengan rakus oleh bangsa pendatang Yahudi.

Perbuatan Zionis makin kurang ajar, kejam

Bedilan roket Israel memusnahkan sebahagian besar bandar berhampiran Rafa. - Foto: AFP
Bedilan roket Israel memusnahkan sebahagian besar bandar berhampiran Rafa. - Foto: AFP
GAZA - Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah terkena bedilan roket Zionis, dalam serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yang memasuki hari kelima.

Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya.

Mungkinkah Zionis menggandakan serangan udara sebagai test market sebelum serangan darat dan laut dilancarkan, bagi melihat reaksi negara dunia.

Jurucakap Hamas di Qatar Husam Badran berkata, ini adalah kali pertama Zionis menyasarkan masjid dalam serangan mereka sejak bermusuhan lebih berabad.

“Pengeboman dua buah masjid di Gaza semalaman menunjukkan bagaimana kejamnya Zionis terhadap umat Islam. Serangan ini dapat membuka mata negara Islam antarabangsa supaya tampil membantu menghentikan serangan dan kekejaman ini,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan, tentera Israel ada menyiarkan beberapa gambar masjid untuk dibedil menerusi laman media sosial.

Mereka mendakwa kumpulan pejuang  Hamas biasanya akan menggunakan masjid sebagai tempat bersembunyi dan menyembunyikan senjata melalui terowong bawah tanah.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Peter Lerner mendakwa, pejuang Hamas  biasanya akan meletakkan penduduk Palestin di hadapan masjid bagi mengelakkan dibedil.

“Taktik ini sudah dapat dibaca. Kini, apa juga cara sekali pun kami akan pastikan Gaza musnah seluruhnya. kami hanya menanti arahan pihak atasan untuk melakukan gempuran,” katanya.

Difahamkan sehingga semalam, Hamas sudah melepaskan 700 roket ke Israel dengan 130 daripadanya dapat dipintas oleh Iron Dome milik Israel.

Israel mula meningkatkan tumpuan sasaran di 1,100 kawasan dalam Gaza setiap minit sepanjang tempoh 24 jam sejak lima hari lalu.

Serangan makin sengit itu tidak menunjukkan tanda untuk ia dihentikan dan jauh sekali untuk mengisytiharkan gencatan senjata.

Negara Arab lemah dorong Zionis serang Gaza

 Mohamad Abu Bakar
Mohamad Abu Bakar
SHAH ALAM - Kelemahan negara-negara Arab dipercayai antara faktor yang mendorong Israel menyerang Gaza kini, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.

Beliau berkata, siapa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat Palestin untuk membantu mereka kerana dunia Arab semakin lemah dan berpecah-belah.

"Dulu ada Iraq tetapi Iraq sudah hancur. Syria diambang kehancuran, Mesir pula dalam keadaan tidak menentu,” katanya, semalam.

Ditanya apakah faktor penyatuan Hamas dan Fatah yang kini dalam proses untuk membentuk semula Kerajaan Perpaduan menjadi punca susulan kebimbangan Israel bahawa penyatuan itu menjejaskan mereka, katanya: "penyatuan Hamas dan Fatah hanya satu suara penyatuan kepada Palestin untuk berurusan dengan Barat dan PBB.

“Selain itu, dari segi ketenteraan tiada ada yang perlu dibimbangkan Israel. Apalah sangat ketenteraan yang ada pada Hamas dan Fatah?”

Mohamad berkata, penyatuan Hamas yang mentadbir Gaza dengan Fatah yang menguasai Tebing Barat boleh memberi kekuatan atau petunjuk baru bagi Palestin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

“Hamas yang sebelum ini dilabel sebagai pengganas oleh Barat, boleh mendapat pengesahan baru,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya pembunuhan warga Israel dan serangan roket oleh Hamas sekadar helah bagi rejim Zionis untuk melancarkan serangan.

“Berbekalkan helah yang pelbagai ini, pada zahirnya ia dilihat sebagai taktik membantutkan penyatuan Hamas dan Fatah, sedangkan strategi umum adalah untuk memastikan gerakan Palestin dihancurkan,” katanya.

Sementara itu, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak turut senada dengan Dr Mohamad bahawa negara Arab gagal mendesak rejim Zionis kerana keadaan mereka yang tidak bersatu dan berpecah-belah.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, negara Islam khasnya di Timur Tengah sukar bersepakat dan bertindak mencapai penyatuan dalam keputusan.

“Mereka berpecah-belah berdasarkan kepada kepentingan nasional masing-masing. Malah ada yang sanggup bersekongkol dengan Israel atas dasar kepentingan bersama,” katanya.

Beliau berkata, perdamaian hanya berlaku apabila negara Arab bersatu dan memberi tekanan kepada Israel menghentikan serangan mereka.

ISIL telah bergabung menghentam Israel!


TERKINI : Isu di Palestin :

Daulah daulah Islamiah ! Allahuakbar !!!

Maklumat terbaru...tentera Daulah Islamiah ISIL telah mula berada di Gaza.. Mujahidin Ansar Baytul Maqdis yang telah berbai’at kepada Khilafah Islamiyah telah meluncurkan roket-roketnya hingga ke Ibu Kota Israel Tel Aviv, mereka juga telah membunuh sedikitnya 3 tentara Israel di Hebron, dan mengirim Sniper ke Tarqumia. Gambar dibawah menunjukkan pejuang-pejuang Islam di Palestin sedang menunaikan solat sebelum berangkat ke sempadan Gaza untuk menyerang Israel Yahudi Laknatullah !!!!



Penutupan lapangan terbang Israel memberikan kerugian yang lebih besar dari kerugian dalam perang terhadap warga Palestine.



Jantung Israel iaitu Tel Aviv di bedil Roket Mujahidin Palestine. Alhumdulillah... Moga Israel yahudi Laknatullah dapat dihancurkan



Gambar di bawah menunjukkan rakyat Israel Yahudi Laknatullah ketakutan dan menyorok kerana takut kepada roket-roket Pejuang Palestine. Allahuakbar !!!!



Antara wajah Anak-anak kita di Palestine yang kini sedang di bom bertubi-tubi dari udara dan darat oleh Tentera Israel. Maklumat terkini 11.30 malam ( M'sia time) Laluan udara dan darat telah dikepung sepenuhnya oleh tentera Israel yahudi Laknatullah. Seluruh pejuang-pejuang Islam dunia sedang mara dan menunju ke Gaza untuk bertempuh dgn tentera Yahudi Zionis Laknatullah. Doakan semoga Allah s.w.t memberi kemenangan kpd pejuang-pejuang Islam disana. Takbir.... Allahuakbar !!!!


Gambar ekslusif dibawah dihantar oleh Komando-Komando dari Skuad Syahid Brigade Ezzudin Al Qassam yang terlibat dalam " Operasi Mati Syahid Gempur " Pengkalan Militer Israel di Zekem. Dimana mereka berenang dan menyusup dari air untuk menggempur pengkalan ini. Laporan penuh akan menyusul nanti...

NOTE : SEJARAH TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA SYIAH PERLU DIHAPUSKAN DAHULUKAN JIKA HENDAK MEMBEBASKAN BUMI PALESTIN..... JIKA TIDAK MEREKA AKAN MENJADI "GUNTING DLM LIPATAN" . Pasal tu semua negara termasuk Amerika sedang berusaha untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam (ISIL) kerana menentang Syiah Laknatullah. Takbir..... Allahuakbar !!!!!



 TERKINI isu di Palestin:

(1) Jam 12.30 pagi (Malaysia Time) Abraham, stesyen radio ketenteraan Yahudi melaporkan 65 roket Al Qassam telah jatuh di Israel dalam tempoh kira-kira 3 jam terakhir tadi sahaja.

(2) 9 jam yg lalu Lapangan Terbang Tentera Milik Israel,Nevatim di bedil dua Roket jenis M75 oleh skuad khas Brigade Ezzudeen Al Qassam sayap Tentera Hamas. Manakala di bandar B'irr Sabe' pasukan Alwia An Nasir Liwa' Tauhid bom bandar dengan dua roket grad

(3) Iron Dome Israel hanya dapat menghalang kira-kira 25% shj roket hamas . Bakinya 75 %berjaya menembusi Israel. 

Doakan semoga pejuang-pejuang Islam di sana memperolehi kemenangan. Ya Allah KAU bantulah pejuang-pejuang Islam ini dlm memerangi Yahudi Laknatullah !!!! Amin Ya Rabbal Alamin.... Takbir..... Allahuakbar !!!!

TERKINI: 12.30 pagi (Malaysia time) Pejuang-pejuang Islam ISIL yg sudah berada di Palestin sedang bergabung kekuatan dgn tentera Hamas dan Fatah untuk menyerang Israel Yahudi Laknatullah.Allahuakbar !!! Gambar di bawah adalah wajah Asy Syahid Bashar Ziyad Abid (Ketua Komando Unit Tempur Laut Al Qassam) yang di telah sahkan syahid dalam Operasi gempur Pengkalan militer Zionis di Zekem.

YA ALLAH ..TEMPATKAN LAH DIA DI SYURGA JANNAH .


Antara kemusnahan yang di alami oleh Israel di Kafr Azza akibat bedilan roket mujahidin Palestine. 


Kredit kepada Sharifah Sofea

Tentera israel mara ke Utara Gaza,,insyaallah al Qassam akan menghantar mrk ke neraka

Gaza terus menangis


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kuala Lumpur: “Serangan jet pejuang F-16 dan helikopter tempur Apache AH-64D tentera Zionis dilakukan tidak mengira siang atau malam. Ia berlaku ketika kami berbuka puasa hinggalah larut malam dan Subuh,” kata penuntut Gaza Islamic University Ahmed Al Aqqad.

Menurut Ahmed, serangan bertali arus yang kini meragut nyawa lebih 120 penduduk Tebing Gaza sejak lima hari lalu menyebabkan penduduk sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.



“Tidak pasti bila serangan ini akan berakhir. Bila-bila masa saja bom atau roket Zionis boleh singgah ke rumah kami dan membunuh semua penghuni.

“Serangan tentera Israel kali ini sama seperti sebelumnya. Bermotifkan sasaran untuk membunuh seramai mungkin wanita dan kanak-kanak Islam Gaza,” katanya yang dihubungi wartawan melalui laman sosial Facebook (FB).

Foto
KEADAAN sejurus roket Zionis memasuki Tebing Gaza.

Foto
AHLI keluarga bersedih di samping mayat mangsa serangan bedilan Zionis.

Ahmed berkata, jumlah kanak-kanak dan wanita yang ‘disembelih’ melebihi 50 peratus daripada keseluruhan mangsa yang terkorban.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Semakin kejam


Gaza (Palestin): Seramai 13 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, awal pagi ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 118 orang.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, rejim Zionis turut menyerang persatuan kebajikan orang kurang upaya menyebabkan dua terbunuh di Beit Lahiya, utara Gaza, manakala serangan kedua di barat Gaza mengorbankan tiga mangsa.

Lapan lagi mangsa yang terkorban adalah susulan serangan udara rejim Zionis Israel.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan wakil kerajaan Palestin, masjid-masjid dan kediaman pimpinan Hamas menjadi sasaran utama serangan Israel di sekitar Gaza, sejak awal pagi ini.

Foto
ANTARA serangan udara Israel yang memusnahkan sebahagian bandar Gaza. FOTO AFP
Foto
ORANG ramai mengusung jenazah Sahir Abu Namus, 4, antara mangsa kekejaman Zionis. FOTO AFP


Israel memulakan Operasi Perlindungan Sempadan Selasa lalu, dalam usaha untuk menghentikan serangan roket rentas sempadan kononnya didalangi kumpulan militant Palestin.


Kumpulan militan itu didakwa melepaskan sekurang-kurangnya 520 mortar ke arah Israel, manakala serangan 140 roket berjaya dipintas oleh Iron Dome, sebuah sistem pertahanan peluru berpandu milik Israel, dalam kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.

Setakat ini tiada kematian warga Israel dilaporkan.

Serangan sepanjang lima hari berturut-turut itu merupakan yang terburuk sejak November 2012, dengan peningkatan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv dan juga jauh ke utara seperti Haifa.

Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya, Khamis lalu bagi melancarkan serangan darat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Israel serang 10 sasaran di Gaza


2014/07/07


Foto
Tentera Israel melancarkan roket daripada sistem pertahanan Iron Dome untuk memintas roket yang dibedil dari Gaza di bandar Ashkelon, semalam. - Foto AP
Foto
Warga Palestin memeriksa kerosakan akibat serangan udara Israel di Khan Younis di Semenanjung Gaza semalam. - Foto REUTERS

Reaksi balas ke atas bedilan roket pejuang Palestin

BAITULMAQDIS: Pesawat Israel melancarkan serangan ke atas 10 kawasan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza semalam, sebagai tindak balas terhadap serangan roket berterusan dari wilayah kecil itu, kata tentera Israel.

Pelancar roket dan satu kemudahan pengeluaran senjata adalah antara sasaran serangan udara terbabit, menyusul satu satu bedilan roket Palestin, yang dipintas oleh sistem roket pertahanan Iron Dome, Israel di selatan bandaraya utama Beersheba kelmarin.