BAITULMUQADDIS - Israel bersetuju memenuhi sala satu tuntutan Palestin dalam usaha menyambung semula rundingan damai yang tertangguh hampir tiga tahun.
Menteri Kewangan Yuval Steinitz memberi amaran, hanya tuntutan itu sahaja akan dipenuhi dan tidak membabitkan isu utama lain.
“Pembebasan tahanan dilakukan dalam jumlah terhad dan berperingkat. Hanya penghuni penjara 30 tahun dibebaskan,” katanya kepada Reuters.
Sementara itu, tuntutan membabitkan persempadanan wilayah dan pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi ditolak sejajar dengan perjanjian ketika Perang Asia Barat 1967.
“Kawasan wilayah itu diambil semula oleh Israel seperti mana termaktub dalam perjanjian 1967.
Israel akan terus mempertahankan hak dan tiada sebab mengapa projek pembinaan penempatan di kawasan Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis perlu ditangguhkan,” katanya.
Menurutnya, rundingan damai ini sekali lagi akan gagal sekiranya Israel terus didesak untuk memulangkan semula tanah kepada penduduk Palestin.