Thursday, 13 March 2014

Tentera Israel bunuh ulama

Tentera Israel bunuh ulama
Jenazah Raed Zeiter diusung ketika pengkebumian di Tebing Barat, Nablus, semalam. - Foto AFP 


Israel: Seorang hakim Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di kawasan bersempadan Jordan kelmarin.

Hakim Palestin itu, Raed Zeiter, 38 ditembak dan dibunuh tentera berhampiran Jambatan Allenby antara Israel dan Jordan, dan melaungkan “Allahu Akbar” ketika mara ke arah tentera yang menjaga terminal sebelum kematiannya.

Raed Zeiter, seorang ulama kelahiran Nablus dengan kerakyatan Jordan dikatakan cuba merampas senapang salah seorang tentera. Pihak tentera berkata, ia masih meneruskan siasatan.

Ambil “langkah tegas” Selepas Jordan mengancam untuk mengambil “langkah tegas” terhadap tindak balas Israel membabitkan insiden itu, pihak berkuasa Israel berjanji memaklumkan perkembangan kepada Jordan membabitkan siasatan itu.

Insiden itu mencetuskan kemarahan pemerintahan Hashemite dengan penunjuk perasaan berkumpul di luar Keduataan Israel di Amman menuntut Jordan menarik diri daripada perjanjian damai 1994 yang ditandatangani antara pihak berkaitan.

Tunggu hasil siasatan

Menteri kerajaan Jordan dipetik agensi media China Xinhua kelmarin sebagai berkata bahawa Amman menunggu keputusan siasatan Israel membabitkan insiden itu.
“Kami mengikuti siasatan ini,” kata menteri hal ehwal media Jordan, Mohammad Momani. “Apabila kami mempunyai keputusan, kami akan mengumumkan langkah tegas ini.

Kami juga akan mengambil tindakan terhadap pembunuh hakim ini.” katanya.