Cameron (kiri) berucap ketika sidang media bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat, Mac lalu.
Cameron (kiri) berucap ketika sidang media bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat, Mac lalu.
LONDON - Langkah simbolik Parlimen Britain mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara mula dipertikai selepas Perdana Menteri, David Cameron mengeluarkan kenyataan bercanggah beberapa jam sebelum pengundian bersejarah itu.

Menurut laporan Agensi, jurucakap beliau dengan angkuh menegaskan bahawa dasar luar kerajaan terhadap wilayah itu tidak akan berubah kerana Britain tidak pernah mengkategorikan Palestin sebagai sebuah negara.

"Bagaimanapun, ia mungkin akan berubah jika pengiktirafan itu dapat menjayakan semula rundingan damai bersama Israel. Sebarang keputusan tidak akan mengubah pendirian kerajaan," katanya lagi.

Perdebatan hangat yang berlangsung selama enam jam sebelum proses pengundian itu bermula menyaksikan 274  ahli parlimen menyokong manakala 12 menentang usul tidak terikat berjudul 'Penyelesaian Masa Depan Israel-Palestin'.

Bagaimanapun, Cameron mengambil pendekatan berkecuali dalam proses tersebut walaupun majoriti ahli parlimen sebulat suara mengikut jejak langkah Sweden yang turut mengambil keputusan sama awal bulan lalu.

Difahamkan, langkah itu dipercayai boleh menghidupkan semula rundingan damai dengan Israel.