Iran, Pakistan, Sudan, Turki dan Venezuela antara negara yang mengundi untuk menyokong permohonan PRC tersebut. |
TEL AVIV - Israel mula tidak senang duduk selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan gerakan Hamas.
Pengiktirafan ke atas Pusat Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC) itu dibuat selepas menerima 12 undi sokongan dan tiga undi menentang manakala tiga lagi berkecuali.
Dalam satu kenyataan, Duta Israel ke PBB, Ron Prosor berkata, keputusan tersebut seakan memberi peluang kepada Hamas untuk mendapat pengiktirafan penuh dari agensi antarabangsa tersebut.
Menurutnya lagi, PRC mempromosikan propaganda anti-Israel di Eropah dan anggota badan terbabit kononnyamempunyai hubungan rapat dengan pertubuhan yang menyalurkan bantuan dana kepada Hamas.
Pada 2010, Israel pernah mengisytiharkan PRC sebagai pertubuhan haram selepas ia didakwa beroperasi sebagai sayap organisasi Hamas di rantau Eropah. - Press TV