Saturday, 7 September 2013

Untuk Kesekian Kalinya, Zionis Menangkap Syaikhul Aqsha

Penjajah Zionis pagi tadi kembali menangkap Syekh Ra'id Sholah. Pemimpin yang digelari Syaikhul Aqsha ini, ditangkap dengan tuduhan menjadi provokator kerusuhan.

Beliau ditangkap saat menuju lokasi jumpa pers tentang aksi "Yaum an-Nafiir" yang rencananya akan berlangsung besok di Masjid al-Aqsha, al-Quds. Entah sudah berapa kali beliau keluar masuk penjara Zionis.

Semoga Allah senantiasa melindungi beliau, dan seluruh pejuang Palestina.

http://www.qudsn.ps/article/27247

Brigade Hamas (PALESTIN) kebangaan Ummah.

Polis Israel tahan 15 remaja Palestin

Baitulmaqdis: Polis Israel melontar bom asap ke arah penunjuk perasaan Palestin yang menunjuk perasaan selepas solat Jumaat di kota lama Baitulmaqdis, menahan 15 daripada mereka.

Jurucakap polis, Luba Samri berkata, beratus- ratus remaja Palestin menunjuk perasaan selepas sembahyang Jumaat di perkarangan Masjidil Aqsa sambil melontar batu ke arah tentera Zionis.
“Polis menyerbu perkarangan masjid itu dan menyuraikan mereka dengan bom asap.

“Seorang anggota polis cedera dan 15 penunjuk perasaan ditahan,” katanya kepada media.

Perkarangan Masjidil Aqsa yang terletak di kota lama Baitulmaqdis sering menjadi tempat tercetusnya pergaduhan kerana kepentingannya kepada umat Islam dan penganut Yahudi.

Penganut Yahudi menyambut hari kedua tahun baru atau Rosh Hashana semalam dan polis meningkatkan kehadiran mereka di sekitar kota lama Baitulmaqdis ekoran perayaan itu.

Kota lama Baitulmaqdis menempatkan Masjidil Aqsa dan Kubah Batu yang menjadi tempat suci ketiga umat Islam selepas Makkah dan Madinah di Arab Saudi.

Penganut Yahudi beribadat di bahagian bawah Tembok Barat yang menjadi sisa terakhir runtuhan tembok yang menyokong kompleks kuil kedua yang dimusnahkan tentera Rom pada tahun ke-70 sebelum masihi dan dianggap tempat suci agama Yahudi. - AFP