Friday, 28 June 2013

Israel bina lagi penempatan haram

Israel bina lagi penempatan haram
Israel melanggar usaha rundingan damai dengan membina penempatan haram di Timur Baitulmaqdis.
BAITULMAQDIS - PALESTIN . Israel mengumum kan untuk meluluskan pembinaan 69 kediaman di penempatan haram Har Homa, Timur Baitulmaqdis sekali gus melanggar usaha rundingan damai, kelmarin.

Pegawai Palestin yang mengumumkan perkara itu, mengutuk tindakan rejim dan Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry yang dilihat cuba melengahkan rundingan damai di Timur Tengah.

"Israel perlu hentikan projek itu sebelum rundingan damai bersambung," katanya dipetik dari PressTV.

Menurut pakar, Har Homa adalah kawasan pertikaian di pinggir selatan Baitulmaqdis dan berkemungkinan pembinaan penempatan haram itu memberi kesan negatif kepada sektor sempadan dengan Tebing Barat.

Sementara itu, Kementerian Perumahan mendakwa, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu secara senyap mengarahkan pembinaan rumah di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis sejak Mac lalu.

kerajaan Amerika Syarikat akan menghantar pesawat C-130 Herules ke Israel

28/6/2013

Terkini : kerajaan Amerika Syarikat akan menghantar pesawat C-130 Herules ke Israel pada musim bunga 2014. Pesawat yang sebesar ini boleh mengangkut bertan-tan barang muatan senjata pemusnah. Pesawat-pesawat ini kebanyakan digunakan secara meluas ketika perang di Iraq dan Afganistan.

Sumber: Hani Siliman Salamah

TT: Aman Palestin Mesir